Nuffnang

Thursday, July 7, 2011

Saya Di Sini

Google

I'm here for the next days. Have to cracked my head to support others to get the certification. And... I already miss my husband :(


p/s: Love u B.


Motif nak speaking? Sebab nak amik feel cam duduk kat oversea la, padahal kat Genting nie je! Hahaha

Tuesday, July 5, 2011

Rutin Selepas Kahwin


Salam dan Hye,

Entri kali nie mungkin tiada gambar peribadi. Semuanya saye google sahaja. Owh, sangat malas nak transfer gambar hoke. Perkahwinan adalah sesuatu yang dinantikan setelah bertahun atau berbulan sesorang wanita itu menyulam kasih. Tapi, masa kita beria sibuk nak kawen, pernah ke terfikir sama ada kite sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi alam selepas kawen. SERONOK? Yes, kawen memang seronok. Hehehe owh, lupakan bab nafkah batin tu, tapi bila dah kawen, korang tak perlu lagi nak risau tunang / boyfriend korang dah selamat sampai ke rumah ke tak lepas hantar korang balik. Tak perlu risau samada dia dah makan ke tak. Baju dah siapa basuh dan gosok ke tak.

-photo removed-



Rindu Momen Itu

Salam dan Hye

Berkesempatan untuk meluangkan masa melihat kembali gambar-gambar masa kahwin dulu. Serius. Rindu giller kot nak kembali kepada momen tersebut. Teringat mama saye yang sangat gembira anak dia nak kawen. Semua perkara nak buat sendiri. Bunga pahar pun dah beli setahun lebih awal! Rindu babah yang hanya tersenyum bila anak dia sibuk buat persiapan. Walaupun babah dah tak sihat masa tu, tapi babah tetap ada untuk saye dan kami semua. Jujurnya, kurang masa saye berbual dengan babah masa majlis nikah dan sanding. Mungkin sebab saye terlalu sibuk menguruskan majlis dan babah lebih banyak berehat di bilik. Ah, saye rindu!

Iye, saye tau dah 7 bulan berlalu, tapi nak citer jugak!

Dan saye juga rindu pada mereka berdua! Wan & Xora. 

Kurang senonoh gambar ini. Hahaha DIVA FOFULAR

Thursday, June 30, 2011

Mode: Gigih Berkerja

Hari ini mode bekerja dengan penuh dedikasi. Sibuk memerah otak untuk memberi tugas-tugas yang lebih mencabar kepada orang lain.  




[Owh, stress sebab kadang-kadang rasa tak boleh nak all out kat dalam blog ni, coz ramai sangat dah officemate dan juga insan yang dikenali membaca blog ku ini. Rasanya perlu inisiatif lain untuk membuka blog baru dengan nama yang lebih privasi, mungkin?]

Wednesday, June 29, 2011

Mama, kenapa KITA takde?

Tetiba je saye terfikir. Kan semua orang yang baru pertama kali mengandung dan menjadi trend sekarang untuk ambil maternity photoshoot kan? Adakah trend tersebut hanya untuk anak sulung sahaja? Ye lah, selalunya kita tengok anak sulung la paling meriah dengan macam-macam hadiah dan ucapan dan sekarang photoshoot. Anak-anak yang kemudian tu selalu macam kurang sedikit (tapi saye percaya, tak semua macam tu kan). 

Jadi nanti kalau baby ada 4 orang, so setiap baby yang dikandung tu perlulah dibuat maternity photoshoot kan? Hah, nanti anak tu dah besar, dia tengok gambar abang/kakak sulung je ada maternity photoshoot nanti dia tanya plak "mama, gambar kite takde pun? kenapa?"

Renang Berenang


Salam dan Hye,

Semalam bermula lah kelas pertama berenang (ko ingat ko sorang je pandai berenang Naza?-hahaha). Walaupun ku sakit di pagi hari, gigihkan jugak pegi sebab dah confirm dengan trainer and dan beli baju! Total damage? Erkkk. Takmo citer. Ni kalau tak pandai jugak nie, taktau la kan.

Isnin malam tu semangat abes la pegi beli baju renang kat Jusco. Sah-sah la ai tak beli yang 2 pieces (suami x kasik-haippp!). Disebabkan seluar tight dah ada, jadi saye beli baju + goggle + cap je. Tempat berlatih berenang - Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya. Sebab pilih kat sini, sebab dekat dengan ofis di Cyberjaya. Kelas pun setiap hari Selasa, jadi kena la pilih yang dekat dengan ofis. Pertama kali sampai sini, fuyoooooooo kagum kot dengan swimming pool dia. Indoor swimming pool, bayaran masuk RM5, dan view dia mengadap tasik putrajaya. Gambar? Ala, tertinggal kabel kat rumah. Nanti ai upload hoke :)

Trainer yang ajar kami ni dari Kompleks Sukan Bukit Jalil. Wanita Melayu. Jadi senang la sket :) Takde la malu sangat. Hehehe 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...