Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Mode: Gigih Berkerja

Hari ini mode bekerja dengan penuh dedikasi. Sibuk memerah otak untuk memberi tugas-tugas yang lebih mencabar kepada orang lain.  




[Owh, stress sebab kadang-kadang rasa tak boleh nak all out kat dalam blog ni, coz ramai sangat dah officemate dan juga insan yang dikenali membaca blog ku ini. Rasanya perlu inisiatif lain untuk membuka blog baru dengan nama yang lebih privasi, mungkin?]

Wednesday, June 29, 2011

Mama, kenapa KITA takde?

Tetiba je saye terfikir. Kan semua orang yang baru pertama kali mengandung dan menjadi trend sekarang untuk ambil maternity photoshoot kan? Adakah trend tersebut hanya untuk anak sulung sahaja? Ye lah, selalunya kita tengok anak sulung la paling meriah dengan macam-macam hadiah dan ucapan dan sekarang photoshoot. Anak-anak yang kemudian tu selalu macam kurang sedikit (tapi saye percaya, tak semua macam tu kan). 

Jadi nanti kalau baby ada 4 orang, so setiap baby yang dikandung tu perlulah dibuat maternity photoshoot kan? Hah, nanti anak tu dah besar, dia tengok gambar abang/kakak sulung je ada maternity photoshoot nanti dia tanya plak "mama, gambar kite takde pun? kenapa?"

Renang Berenang


Salam dan Hye,

Semalam bermula lah kelas pertama berenang (ko ingat ko sorang je pandai berenang Naza?-hahaha). Walaupun ku sakit di pagi hari, gigihkan jugak pegi sebab dah confirm dengan trainer and dan beli baju! Total damage? Erkkk. Takmo citer. Ni kalau tak pandai jugak nie, taktau la kan.

Isnin malam tu semangat abes la pegi beli baju renang kat Jusco. Sah-sah la ai tak beli yang 2 pieces (suami x kasik-haippp!). Disebabkan seluar tight dah ada, jadi saye beli baju + goggle + cap je. Tempat berlatih berenang - Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya. Sebab pilih kat sini, sebab dekat dengan ofis di Cyberjaya. Kelas pun setiap hari Selasa, jadi kena la pilih yang dekat dengan ofis. Pertama kali sampai sini, fuyoooooooo kagum kot dengan swimming pool dia. Indoor swimming pool, bayaran masuk RM5, dan view dia mengadap tasik putrajaya. Gambar? Ala, tertinggal kabel kat rumah. Nanti ai upload hoke :)

Trainer yang ajar kami ni dari Kompleks Sukan Bukit Jalil. Wanita Melayu. Jadi senang la sket :) Takde la malu sangat. Hehehe 

Monday, June 27, 2011

I'm The Boss


Kadang-kadang, aku tak faham kenapa masih ada boss yang dah hampir 10 tahun jadik boss tapi tetap tak reti nak jadi boss yang baik? Eih, maksud baik di sini, kenapa lah boss nie masih tak tahu nak memberi arahan kepada staff? Adoiii, ko boleh kan buat listing, apa yang ko nak suruh staff ko buatkan...? Jadi tak perlu la aku nie or colleagues aku ni nak kena buat kerja 10 kali. Ko faham tak? Ke tak faham lagi?




*ko bukan boss aku pun yang ko nak kasik-kasik arahan nie. tapi masalah di sini adalah ko memang tak reti nak bagi arahan, pastu ko sebenarnya tak tahu apa yg ko nak hoke! 




Nota kaki: Penggunaan perkataan 'aku' di atas sebab saye tengah marah. Hari ni saya dapat rehat 20 minit je sebab kena buat keje yang so-called urgent yang sepatutnya sebulan lepas dah ko mintakkk hoke!!!!!!!!!

Thursday, June 23, 2011


Saya sedih. Semoga diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. 
Mungkin ada hikmah disebaliknya (kata-kata yang sering diucapkan untuk menyedapkan hati sendiri). 

Tuesday, June 21, 2011

Tak Suka

Tak suka bila orang lelaki tanya kat orang perempuan 'dah ada isi dah ke?'.
Saya rasa dia sangat kepoh sebab selalu perempuan je yang tanya.
Ataupun sebenarnya ko nak suruh perempuan tu tanya ko balik sama ada isteri ko itu sudah mengandung atau tidak.

Saya tak suka bila dengar orang cakap, 'owh, my husband sharpshotter'. Serius, saya rasa macam nak lempang-lempang je. Tolonglah jangan berbangga. Saya jeles? Owh tidak sama sekali. Sebab saya rasa perkataan itu tidak wajar diucapkan di khalayak ramai. Tunggulah nanti bila anak ko berderet-deret, husband ko yang sharpshotter tu tak mampu/larat nak membantu ko jaga anak ko tu nanti.

Saya tak suka orang bagi nasihat pasal patutnya mempunyai anak sekarang sedangkan dia baru je mendapat anak pertama selepas 6/7 tahun berkahwin. Ada aku tanya ko kenapa dah 6/7 tahun ko kahwin baru sekarang ko dapat anak?

Monday, June 20, 2011

Baju Pengantin Nie Cantik



Salam dan Hye...


Cantik kan dress dia? 








Mahu lagi, sumber dari sini : BakriHafiz


Terus teringat dress reception saye :) Sila lihat sini. 


Nota Kaki: Dah hampir 7 bulan kami kawen :)   -nak kumpul duit, nak pegi honeymoon-

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...