Nuffnang

Friday, October 28, 2011

Udang Galah & Ikan Patin Temerloh


Udang Galah Sungai - Temerloh with Love 

Masak Lemak Udang Galah - Saye yang masak hoke :) 

Masak Tempoyak Ikan Patin - Mama saye masak :) 




Nak resipi? Hehehe Itu yang di atas semua makanan feveret (sebut mcm Usop Wilcha) saye. Cuma udang tu jarang-jarang makan la sebab ikut musim dan juga mahal hoke! Tiap-tiap minggu makan, memang botak la. Untuk Masak Lemak Udang Galah tu saye masakkan untuk keluarga mentua :) Bangga hoke!
Tapi dapat makan kat Temerloh je la :) 


Thursday, October 27, 2011

Dapur Reen: Macaroni Baked Cheese

As salam dan Hi

Kali ni saya nak bercerita tentang resipi yang memang dah lama teringin nak buat dan MAKAN. Jadi akhirnya, 2 minggu lepas saye berjaya buat jugak. Baru ku tahu yang Cheddar Cheesee amatlah mahal. Iye, untuk beberapa keping dan berharga RM10 adalah mahal bagi saye hoke. cheese je kot. Tu belum kira saye guna cheese parmesan la, mozzarella la dan macam-macam cheese lagi la.  Mula-mula ingat susah la nak buat macaroni cheese nie. iye lah sebab nak kena bakor bagai kan. lagipun saye jarang guna oven kat rumah tu pasal die amat kecik. Hehehe kalau nak buat cupcakes pun, adoiii jenuh nak habiskan satu bekas hoke. 

Eih eih lupa nak cerita buat resipi apa. Hah, saye amatlah mengidam kalah orang pregnant nak makan MACARONI BAKED CHEESE. Saye kira agak menjadi la macaroni baked cheese nie sebab takde la teruk sangat kot rasa die. jadi saye amik resepi dari blog masakan my feveret (sebut macam Usop Wilcha, cepat!!!) – Kak Azlita Masam Manis. Saye suka la blog akak nie sebab amat tertarik dengan cara presentation makanan-makanan. Pandai amik gambar jugak akak nie. Semua pun Nampak sedap walaupun hanya dalam gambar. Hehehe Entah kenapa, bila tengok je blog akak nie, rasa rindu plak kat masakan Mama saye. Hehehe 

Tuesday, October 25, 2011

Rindu Dia

Photo was taken on 12 Feb 2011, 6 days before he passed away. 



I missed my dad so much. May he rest in peace. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Babah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. 


“Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, maafkanlah dia dan sejahterakanlah dia. Muliakanlah tempat turunnya dan luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah dia dengan air, salji dan air yang nyaman”.
Al-fatihah.


Tanda-tanda Kematian - klik sini 

Friday, October 21, 2011

Jaga Badan Jaga Makan - Versi Reentartnenas


Salam dan Hi

PENAT! Baru lepas aerobik kat ofis. Saye berjaya mendapatkan kelulusan untuk buat aerobik bagi staf wanita kat ofis nie. Saye juga gembira sebab dapat menyumbangkan sesuatu untuk staf di sini. Dannnnnnn bagus untuk saye juga! Progress kuruskan badan? Saye mula work out dalam 28 September. Jadi setakat hari ini saye hanya berjaya kurangkan 3 kg sahaja! Tapi tapi, inches memang kurang! Sebab saye dah muat kembali pakai baju kurung moden saye, dah tak tersangkut di bontot dan boobs! Apa pun masih belum berpuas hati. Cuma turun 3 kg tu pun sebab saye takde la ekstrem diet. Kalau saye betul-betul jaga makan, pasti boleh turun lagi. Apa pun yang penting sihat dan kena sabar. Kalau kita terlalu paksa diri, memang la berat tak turun-turun. 

Apa saye buat? 

Thursday, October 20, 2011

Tahniah untuk Blog BBF!


Hi Korang!!! 

Hari nie rasanya semua BBF (BloggerBrideForever) sudah sedia maklum dengan kewujudan blog baru khas untuk BBF dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk majlis istimewa masing-masing. Sila klik sini tau: Blogger Bride Forever. Yang saye tahu blog ini terhasil dari usaha Hazlynda Kushairi dan juga pengasas asal kepada Facebook BBF iaitu Farah Fatihah. Walaupun saye tidak bergiat aktif dalam page FB tersebut, tapi setiap masa mesti pegi check out juga HOT-HOT issues di kalangan BBF. Dan tak lupa juga, kalau tetiba tergerak hati nak meroyan atau membebel, haruslah saye menjadi pengkomen tegar!


Tuesday, October 18, 2011

Hari Minggu di Janda Baik


Salam dan Hye

Since dah lama saye dan suami tak habiskan masa bersama berdua sahaja, jadi saye gamble ajak suami pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Dekat je. Kalau dari Puchong, dalam 40 minit dah sampai. Tapi tengok juga keadaan trafik. Tak tau Janda Baik kat mana? Ala, selepas tol Gombak tu, korang exit kat Genting Sempah. Korang pusing Genting Sempah tu dan ikut la signboard ke Janda Baik. Oleh kerana kami pergi tanpa sebarang plan, jadi saye takde buat booking apa pun dan tak tengok map Kg Janda Baik dengan details. Sebab kawasan tu walaupun besar juga, tapi insyallah la tak sesat. 

Thursday, October 13, 2011

Untuk Lelaki Bujang Terlajak SAHAJA!


Hai Semua! 

Pada ketika ini saye masih berazam untuk turunkan berat badan. Walaupun tidak mengamalkan diet yang ektrem, tapi cukupla saye katakan ia menunjukkan perubahan yang amat positif. Diet diet jugak, kesihatan perlu dijaga. Rutin bersukan sudah kembali. Harap saye dapat kekalkan momentum itu sampai bila-bila.

Owh ya, terjumpa gambar ini di Facebook kawan saye. Hahaha memang lawak habis. Beliau tujukan untuk bujang-bujang terlajak nie. Jadi, meh sini saye kongsi dengan korang semua plak. Untuk lelaki, no offense yer. Bergurau je. Hahaha Rasanya bujang terlajak tu kategori yang umur 30 tahun ke atas tapi tak kahwin lagi kot. Hehehe





Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...