Nuffnang

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Anak Sulung Hatinya Kuat


Terbaca artikel ini dari iluvislam.com 

Setuju dengan apa yang ditulis. Saye setuju bahawa masa anak sulung dulu, mak ayah baru nak membina hidup. Baru kahwin, terus dapat anak. Masa tu tengah sibuk memikirkan bagaimana mahu cari duit lebih. Bagaimana mahu menyediakan rumah untuk isteri dan anak-anak nanti. Jadi semuanya kena ikat perut. Dan anak sulung itu lahir. Anak sulung itu kuat kerana perlu merasa susah mak dan ayah. Alhamdulillah, hati saye tidak pernah terdetik, eih kenapa mama lebihkan dia, kena babah bagi dia semua. Alhamdulillah, mama dan babah tidak membezakan kami semua. Sama rata. 

Friday, January 28, 2011

Chris Medina True Love Story

Salam dan Hye...


Berbelogwalking di RedButterfly. Beliau bercerita tentang mamat yang dapat masuk American Idol 10, Chris Medina. Sebelum nie memang ada dengar orang cerita, tapi takde la amik kesah sangat. Serius, saye tengok video nie, saye nangis! Owh, amat touching hoke. Apa perasaan korang kalau suami/tunang/kekasih sanggup menerima keadaan korang seadaanya? Sedangkan kite tahu kite serba kekurangan? Setiap kali timbul perasaan negatif dalam diri, saye selalu ingatkan diri, "Saye perlu bersyukur dengan apa yang saye miliki sekarang. Dan saye tak mahu ada rasa menyesal di kemudian hari". 


Sumber: Bumpshack 


Macam Chris Medina, walaupun tunang dia dah tak sempurna, tapi beliau masih percaya yang tunang dia akan sembuh dan terus menyayangi nya. 
""How can I walked out when she needed me the most?"


Monday, January 17, 2011

Suara adalah...

Sumber: Google.com 






Penting untuk seorang isteri menjaga adab serta perilaku nya.
Suara juga adalah aurat. Jaga lengkok suara bila berbual dengan orang lain terutama lelaki. 
Tak perlu berbual manja serta bergaul mesra dengan lelaki walaupun mereka adalah majikan kite. 


Saye bukan mahu jadi ustazah, tapi ini sekadar luahan yang saye rasa saye perlu coretkan di belog saye supaya saye tak simpan perasaan menyampah ini setiap hari.
Bukan juga kerana saye baru menjadi isteri. Tapi semua ni saye dengar dan lihat sebelum saye kahwin lagi. Mungkin memang orang tu suka berbual manja kot. 


Apa pun, stresss hokeeeeeeeee! 


Nota tambahan: Semoga saye tidak akan jadi begitu. 





Friday, January 14, 2011

Penat Seorang Isteri

Salam dan Hye


Tiada hal-hal 'intim suami isteri' yang akan diceritakan. Hanya berkongsi rasa dan pengalaman. Pada mula menjadi isteri, semua seems normal, pagi pegi kerja, balik kerja on time (dulu selalu balik lambat, skang kena awal), balik rumah masak, makan, gosok baju, tengok TV dan tido... Esok pagi bangun, dan meneruskan rutin yang sama. Hujung minggu, cuba untuk berehat, tapi ada je hal yang perlu disettlekan. Since kami duduk berdua, banyak juga hal-hal rumah yang perlu diselesaikan. Syukur juga tindakan bijak saye untuk pindah awal ke rumah yang kini diduduki bersama, memudahkan urusan kami. Sekurang-kurangnya selepas kahwin, dah boleh terus duduk bersama. Syukur juga barang-barang asas dah ada, jadi tak perlu la keluarkan duit 'selepuk' untuk beli barang rumah. Susah senang kami berdua. 


Saat indah bersenang lenang hanya dalam masa 2 minggu je kot. Lepas tu mula dengan keadaan yang memenatkan di mana kerja bertambah, saye perlu balik lambat dan suami seperti biasa perlu kerja luar setiap hari, urusan kelaurga. Penat? Iye memang penat. Walaupun begitu saye enjoy momen yang ada bersama. Jadi korang, siapa kata jadi isteri tak penat? Hari-hari pun kena pegi nak bagi suami makan apa. Kerja rumah yang perlu dibuat. Kadang-kadang saye akui, balik kerja dah penat, siap masak semua, saya akan duduk terus depan tv. Nak lipat baju, gosok baju semua tak larat. Tak tahu la macam mana dah ada anak nanti kan? Sama ada saye bersedia untuk itu atau tidak. Syukur suami banyak membantu. Cuma apa yang saye rasa hilang ialah, saat berdua nak pergi berjalan macam masa belum kahwin. 


Pernah kawan saye cakap, 'ko tau perlu masak, sebab hanya untuk bagi 2 mulut makan je. tak worth untuk penat'. Saye? Owh, cukup la suami makan di kedai. Air tangan saye, walaupun tidak sehebat air tangan mamak yang buat roti canai (iye, suami saye dan mamak tak dapat dipisahkan kot :p), saye tetap mahu masak juge. 


B2B, kahwin ini bukan untuk seronok aje, bangun pagi tengok muka suami, sebelum tidur ada suami di sebelah, ada orang boleh jadi driver, kahwin ini perlukan komitmen yang sangat besar. Dan juga pengorbanan. Kita kahwin bukan dengan suami sahaja, tapi juga dengan keluarga mereka. Bijaklah mengatur masa untuk diri korang berdua, masa bersama keluarga suami dan juga keluarga kita. Banyak hal yang tak dijangka akan berlaku, jadi bersedia lah setiap masa. Baru 1 bulan 2 minggu saye kahwin, tapi saye masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.  


Mungkin selepas nie 'Penat Seorang Ibu?'

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...