Nuffnang

Friday, April 20, 2012

Tak tahu tajuk apa

As salam dan Hi

Salam Jumaat. 
Ramai orang gembira bila tiba hari Jumaat. Sebab? 
1. Mungkin rasa bersyukur kerana masih bertemu dengan Jumaat, penghulu segala hari. 
2. Waktu kerja lebih pendek sebab rehat 2 jam. Yeayyy! 
3. Esok cutiii. 

Kalau tiada apa-apa, esok kami akan mula pindah barang-barang ke rumah baru. Belum panggil lori lagi. Tapi kami akan angkut guna kereta 4wheel Arwah Babah. Alhamdulillah, berguna juga untuk kami sekeluarga :) Esok juga ada kontraktor datang pasang grill dan awning. Owh, itu saye cerita di blog lain. Cuba taknak campurkan dengan blog sekarang ini. 

Tuesday, April 17, 2012

Belated Birthday

3 March 2012 

Birthday saye yang ke-2*. Umur meningkat - tanda kematangan.

Maaf la. Sebulan lewat post ini. Tapi mahu post juga sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri.
Ia susulan dari post ini. 

En Suami belanja di The Gardens, Alamanda. 
Food? Not bad. Saye suka jus kat situ. Sedap. Makanan also sedap.
I Love You B :) 

saye bahagia, sbb tu tembam 




Kawan-kawan belanja kat Chilli's, KLCC. Hampir setahun kot tak jejak KLCC nie. 
Surprise Birthday (sangat la surprisenyer) untuk saye dan Wan - Happy Birthday Wan! Yeayyy, Xora takde :p :p :p 


Thanks Ladies. Baju: Thepoplook

Kek Sedap by Bijoux


Starter - Gemokkk


Lambakan Makanan Kasi Pengsan 

Thanks a million! 



Nota: Seronok bila dapat Ladies Day Out. Rasa Bujang. Tapi kahwin juga menyeronokan. Cuma bila ada masa, ruang dan peluang bersama kawan-kawan perempuan juga best. Dah kahwin, tak semestinya tak boleh keluar kan? Yang penting suami izinkan, dan tak lupa diri yer!

Monday, April 9, 2012

ABPH: Yang Buruk Yang Cantik


Tetiba rasa macam nak jadi Puan Murai. Tengok ABPH? Mesti korang tengok kan. Jangan jadi hipokrit macam sesetengah orang "Ai tak layan Retis2 nie". Tapi dalam diam-diam, cari sumber di Google. Hehehe 

Dalam membrowse gambar retis-retis Malaysia semalam, haishhh terjumpa gambar siAdira nie. Serius, baju ko tak lawa kot. Rasa macam pakai t-shirt, tapi letak ropol-ropol. Adoiii pasti la ada akan cakap, "ala Reen, ko bukan tau fesyen". Memang tak tahu, tapi dari pandangan mata ku yang ku kira normal ini, kamu sungguh pelik adira. 

Wednesday, April 4, 2012

Melalut

Kata Ganti Nama = aku

aku pelik bila ada lelaki yang baca blog nie pastu komen-komen bajet ko bagus, pasla ko bengang pasal bini  ko juge ada blog tapi tak bagitau kat ko link beliau apa. sah2 aku cerita pasal life seorang wanita. pasal majlis kawen bagai. dan serius pelik, ko komen, pastu ko expect aku kena follow blog kau by saying "jangan lupa follow blog saye yer". dan juga ko memakai nama anonymous, dengan harapan aku akan dengar cakap ko. serius, aku tak faham ko tulis apa. cess, kalau aku rasa nak follow, aku follow. aku tak perlu ko utk naikkan rating blog. tak rugi apa2 berblogging dan sama sekali tidak rugi sesaat pun aku xbaca blog ko yang aku kira takde manfaat untuk aku. aku gembira baca blog wanita dan seumpama dengannya. aku tak macam sesetengah orang yg perlu mencipta kontroversi untuk org baca blog ini. ko perangai sama jer macam jiran sebelah rumah aku yang rambut seperti hantu kak limah itu. serius, aku rasa tak menyesal walaupun sesaat aku bina tembok tinggi kat tengah-tengah tu. ok, dah melalut. bye!

kalau korang kenal aku, tapi pls la jangan jumpa aku n cakap, eih ' tadi aku baca blog ko'. serius, ko dah baca, ko senyap-senyap je. pasla aku malu orang aku kenal baca blog aku. paling2 pun, ko tinggalkan je la komen kat blog nie. tapi aku appreciate silent reader aku yang aku pun tak faham kenapa ada orang nak baca juge sedangkan blog nie tidak banyak pun informasi berguna. hehehe tapi saye still merindui B2B dan juga ex - B2B yang seangkatannn. 




Friday, March 30, 2012

Bersyukur


Alhamdulillah. Saye bersyukur dengan segala kurnia-Nya. 
Semoga mampu bekerja dengan lebih kuat tahun depan. 
Hehehe ada la extrasss untuk tambah dapur nie :) 



Thursday, March 29, 2012

Anak Sulung Hatinya Kuat


Terbaca artikel ini dari iluvislam.com 

Setuju dengan apa yang ditulis. Saye setuju bahawa masa anak sulung dulu, mak ayah baru nak membina hidup. Baru kahwin, terus dapat anak. Masa tu tengah sibuk memikirkan bagaimana mahu cari duit lebih. Bagaimana mahu menyediakan rumah untuk isteri dan anak-anak nanti. Jadi semuanya kena ikat perut. Dan anak sulung itu lahir. Anak sulung itu kuat kerana perlu merasa susah mak dan ayah. Alhamdulillah, hati saye tidak pernah terdetik, eih kenapa mama lebihkan dia, kena babah bagi dia semua. Alhamdulillah, mama dan babah tidak membezakan kami semua. Sama rata. 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...