Nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

Kreativiti Si Ayah untuk Anak-anaknya yang Comel


Salam dan Hye...

Kreatif! 

Itu yang saye fikirkan sewaktu tengok gambar-gambar di bawah nie. Mungkin ada orang melihatnya dari sudut yang berlainan, tapi kalau dilihat dari sudut seni, memang jurufoto ini amat kreatif. Beliau ialah Jason Lee. Dan dua kanak-kanak comel ini adalah anak beliau, Kristin (Kakak) dan Kayla (Adik). Sumber utama di mana saye jumpa gambar ini adalah dari Cisdel.com 

Kristin dan Kayla sangat pandai bergambar. So adorable. Serius, saye amat terhibur hoke. Tak percaya??? Jum layan gambar mereka. 
Sumber utama gambar: mymodernmet.com & kristinandkayla




gambo minum sabun tu agak bahaya - tapi tetap kreatif!

cheese! 

comei kan? 

coffee maker yang sangat beso! 

kombinasi warna yang sangat menarik! 

the egg! 

Red Riding Hood! 

Gigi tercabut! 

I'm strong! 

Comei jugak! 

Teringin weh nak camnie! 

Bersin! 

Stoking Hadiah! 

Saye suka nie. Best! 

Comei 

Saye tinggi! 



Okay. Cukup sampai di sini. Jadi kalau korang boring-boring ke, ataupun untuk B2B tu yang dah ketandusan idea untuk majlis korang, bolehlah cuci mata di blog Jason Lee nie. Saye sangat suka orang yang kreatif. 


Monday, April 25, 2011

Tudung litup untuk Pengantin



Salam dan Hye...


Hari minggu yang indah buat saye. Girls day out! Owh ya, saye sorang je dah kawen. Dua lagi masih mencari-cari jodoh. Dengan harapan keluar jenjalan, dapat la jumpa boifren untuk kiteorang...eih mereka, saye dah ada. Hehehe Dan, saye paling banyak abes duit hari tu! RM250 pada saye adalah jumlah yang sangat banyak untuk dihabiskan di kala gaji belum masuk hoke! Selepas ini harus lebih berusaha keras untuk jual biskut-biskut saye. Owh ya, jualan tart nenas/biskut makmor/biscotti masih berlangsung yer. Cuma sms saye kalau nak order. Thanks pada Sarra yang sudi order tart dengan saye. Senang deal dengan Sarra!

Bukan nak cerita pasal apa yang saye beli sampai duit dah habis, tapi nak kongsi tentang sesuatu yang jarang kite lihat sekarang. Ia, saye tidak sesempurna mana. Masih berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang.

Jarang bukan kite lihat pengantin pakai tudung labuh masa majlis kan? Kebanyakan walaupun bertudung, masih lagi tidak menutup 'aurat' sepenuhnya. Owh, saye bukan mahu berceramah, tapi mungkin boleh membuka mata gadis-gadis diluar sana yang masih sangsi dengan keputusan nak pakai tudung macam mana, mungkin boleh jadikan gambar ini sebagai sumber inspirasi juga. Terima kasih Acaii sebab sudi kongsi koleksi ini [saye masih tak pilih gambar lagi untuk Acaii frame kan].

Outdoor Thaariq & Dr Sarah 




Tapi, saye paling sukaaaaaaaaaaaaa gambar ini. Tetap marah Acaii sebab saye takde post ini sebab masa majlis saye tak hujan...ekekeke




Sumber: Semua dari OP Hebat - Acaii Jawe 

Thursday, April 21, 2011

Kad Kahwin Facebook

Salam dan Hye...


Ingat hujung minggu ni dapat bermanja dengan enchek suami, sekali dia kena out station daaa. Tak boleh ikut sebab kena keje sampai malam! Hohoho sangat tak best. Tapi takpe, saye dan geng perempuan lain ada plan lain! Hahaha adoiii tapi keluar dengan wanita bujang nie, so saye 'bujang' kejap la! 


Owh ya, melawat belog Kancil Biru, terlihat beliau kongsi entri mengenai Kad Kahwin Facebook Zed Zaidi! 
Kat sini saye tepek kan gambar yang boleh didapati dari sumber rasmi mStar Online. Korang suka tengok gambo je kan? Macam saye...ekekekeke



Siap ada kad kecil untuk 'Save the Date'.
Boleh dijadikan sebagai reminder, letak kat depan PC :)


Mungkin ada yang tak kenal siapa Zed Zaidi kan? Ala, pernah jadi hero drama Sembilu dulu. 
Nie gambar dia yang bisa membuatkan hati wanita-wanita yang belum kahwen cair. Hehehe. 






Majlis perkahwinan Zed Zaidi dan pasangan akan berlangsung di Dewan Perdana Felda pada 7 Mei 2011. 
Mereka berkenalan melalui Facebook! Cinta akan datang tanpa memilih rupa, usia dan juga tempat! 




p/s: Saye cinta buah hati saye. 

Tuesday, April 19, 2011

Krisdayanti: Saya Sudah Hamil 4 Bulan!

Salam dan Hye...

Rindu sangat dengan blog nie. Tak tahu la nak cerita pasal apa plak kan. Rasanya dah kena start cerita mengenai kehidupan selepas kahwin dan juga fasa-fasa yang lain. Nak buat blog baru macam malas la plak.
Jadi kalau blog nie jadi caca marba, tak tahu la yer. Korang baca je la... Hehehe
Nie ada cerita menarik untuk dikongsi. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi hermmm takpe, kongsi je la.
Saye pernah post mengenai majlis kahwin mereka di sini.




JAKARTA, 19 APRIL 2011: Selepas beberapa minggu melangsungkan perkahwinan dengan usahawan kaya raya daripada Timor Leste bernama Raul Lemos, tiba-tiba timbul khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti telah pun hamil 2 bulan.
Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.



Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yunis Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.



Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,



"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.



Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.



"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.



Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

Sumber: Murai.com

 
Nota kaki: Moga anak yang dilahirkan bakal menjadi manusia yang soleh / solehah.

Monday, April 18, 2011

Ko tau tak ini OFIS!!!



Aku tau henpon ko tu memang canggih giller boleh pasang muzik satu floor nie boleh dengar. Tapi ko takyah la pasang kuat-kuat pasal ini adalah ofis, dan aku tak suka bunyi bising! Ko dengar untuk telinga ko dah la. Aku tak nak hoke. Aku tak nak. Aku stress nie nak kena siapkan paperwork yang tak sepatutnye aku buat. So aku rasa skang, cam nak campak2 je henpon ko tu kat luar. Ko nie taktahu ke ada kewujudan ear phone! Ko tau tak???

Tuesday, April 12, 2011

Scrabble Wedding Ideas

Salam dan Hye...


Hari yang suram buat saye hari ini. Semoga Babah tenang di sana. I miss you so much! Bangun tidur pagi tadi, terus rasa tak sedap badan dan rasa nak demam juga. Herm, mungkin sebab nangis banyak sangat semalam? 
Wan, thanks pagi tadi. Kalah jugak aku dengan perasaan sendiri :(


Ok, stop cerita sedih. Sedang melayari internet, terjumpa website OP Hebat ini Afnan Omar. Suka tengok gambar yang dirakamkan sepanjang majlis pertunangan Shereen & Hafeez. Korang nak tengok gambar-gambar yang hebat itu, boleh terus klik nama Afnan Omar yer. Cuma, di sini saye nak paste satu gambar yang saye suka sangat. Idea scrabble yang digunakan sebagai props juge! Selalu kan kita tengok orang putih je kan buat idea nie. So korang, kalau yang masih mencari-cari idea untuk save the date ke, pre wed ke, post wed ke, boleh lah guna idea nie. Selamat mencuba!


Sumber: Afnan Omar

Sumber: Oncewed
Sumber: Ruffledblog

Thursday, April 7, 2011

Pengat Durian


Sumber: PuingCinta



Semalam masa tengok TV sensorang kat umah [sobb sobb], Mama sms 'Kalau nak makan pengat durian, balik la minggu nie'. Reaksi saye,tersentap! Terus call Mama. Suara nya bunyi keciwa sebab saye tak dapat balik, tapi apa kan daya... Mama, lagi 2 minggu Reen balik yer. I miss u...



p/s: takde kena mengena dengan hal kawen... bye!

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...