Nuffnang

Tuesday, November 19, 2013

Welcome to Sydney

Sejak post di sini, ke lauttt terus update blog aku ni hah. 

Ai is busy. Uollss kena faham tu. Hehehe 

Update ringkas untuk hari ni, sebab dalam beberapa lagi aku nak ke Jepun plak! Ya ampunnn. Aku sangat excited hoke. Pergi Sydney pun tak excited macam ni. Maybe sebab ia adalah last minutes decision dan mungkin juga sebab aku peminat setia cerita Doraemon kot masa kecik2. Kalau la arwah Babah ada lagi, sure dia tumpang gembira anak dia mampu nak pergi berjalan Jepun. Tu la, sape suruh belajar tak pandai. Kalau tak boleh belajar kat overseas gomen tanggung semua hehehe (aku ler tewww). 

*still mode excited sakan sebab nak pegi Jepun. Semoga dipermudahkan. 

Ok. So aku dan A ke Sydney dari 25 Oktober - 30 Oktober 2013. Untuk makluman, perjalanan ini ditaja sepenuhnya oleh kami berdua la. Dah kata pergi bercuti kan. Dalam bulan September, A terjumpa promotion Air Asia flight + hotel kat website. Jadi cuba-cuba la kelik kelik (orang kelate kelik kelik is balik hehehe), dapat RM3,000 return untuk 2 orang selama 5 hari. Murah? Memang murah la. Mungkin korang ada dapat yang lagi murah, tapi ni dah kira murah bagi kami. Kami pilih hotel backpackers la, dah nak murah kan, itu je la mampu sebab nak duduk kat area George St kat tengah2 alam Sydney tu. 

Friday, September 27, 2013

Jom Travel: Persediaan ke Sydney


Hi Semua,

Bersawang? Busy kekdahnye. Hehehe life as usual. Work life? Not so good. But still trying to cope it every single day :) Husband? Alhamdulillah. Sihat. Love him every single day. Zuriat? Belum rezeki. We are still trying hard every single day *eih hahaha but Syukur, we enjoy our life every moments in our own way :)

Ok. Since update trip ke Bali pun bertangguh, dah nak start cerita pasal trip Sydney plak. Hehehe Kalau takde aral melintang, insyallah kami ke Sydney bulan October nanti. Lepas Raya Haji. Kami 'terbeli' tiket. Hahaha. Macam x fikir panjang sangat, terus click ENTER and beli :) Semoga mendapat rezeki yang lebih lagi lepas ni. Asyik travel aje, macam mana la duit nak berkepok2 iye tak :) 


So sekarang dah tau mana tempat yang wajib dilawati ke Sydney. Cuma susunan biasa belum buat lagi. Dan baru baca tentang apa  makanan yang boleh dan tak boleh di bawa ke Sydney. Dengarnya imigresen Australi agak strict, so kena baca betul2 apa yang tak boleh bawa. Kami plan memang nak save dekat makan, sama macam trip kami ke Germany hari tu. *wah, rindu benar kat Jerman, serius tak tipu. Tapi ni baca serunding seme tak boleh bawa. Ikut nasib la lepas. So kena buat bajet betul-betul. Nasib baik KakiBerangan ada share kat post ini. Jadi kena khatam la entri untuk Sydney ini. 
Bagus juga sebab ada disenaraikan perbelanjaan beliau semasa ke sana. Memang rujukan habis la. Dan juga mencari info yang lebih details di NeenaAnuar, membuatkan saye teruja habis nak melawat Bondi Beach


Ok. Nanti bersambung. Saja letak link supaya senang saye nak refer di kemudian hari. 

Have a great weekend peeps!


xoxo
Reen 

Friday, May 17, 2013

Bali, Kami Datang Ni

Hi

Bersawang!
Dah start masuk ofis. So sibuk sket. Hahaha tapi masa duduk kat rumah pun sibuk jugak :)

Anyway, kami ke Bali dari 9 Mei - 12 Mei 2013. Best! Tiket dah beli awal2 masa dalam bulan 2. Akhirnya, tercapai juga hasrat nak ke sana. Ye lah. Masa honeymoon dulu tak kecukupan keduitan nak pegi tempat best2 ni, jadi baru sekarang merasa. We will definitely come again to Bali. Lepas ni untuk relaxing aje. Kumpul duit sket boleh stay kat Ubud.

Nanti saye kongsi entri penuh tentang perjalanan kami. Nak recommend juga Pak Supir kami yang baik hati :)

Till then...

Ini Gambar diambil masa hari Ke-2.
Tanah Lot. Tengok sunset kat sini :)










time ni la jerawat nak tumbuh kat hidung hahaha 



Reen

Sunday, April 28, 2013

Menderma Perabot dan Barang-barang Terpakai

As salam dan Hai

Nak tanya korang. Korang tau tak kat mana nak menderma barangan terutama perabot? Kalau boleh yang ada khidmat datang mengambil kat rumah. Sebab saye nak dermakan sofa saye. Sofa masih berkeadaan baik. Saye dapat pun dari kawan saye. Sebab masa tu baru kahwin kan, dan dia pun nak beli sofa baru, jadi since saye tinggal di rumah sewa je masa tu, saya ambil la sofa dari dia. Bila pindah rumah sendiri, kami beli sofa lain. Dan sofa yang diberi tu ada di ruang rehat atas. Tapi tak penah duduk pun kat atas tu. So saye ingat nak derma kan or bagi je la pada sesiapa yang nak. Kalau ada sesiapa yang ada contact, boleh la inform saye yer.

Thanks

Reen 

Wednesday, April 24, 2013

Bile Nak Kahwin



Sama lah macam Bila Dah Kahwin, orang tanya Bila Nak Ada Anak
Eih makcik, lupa saye nak tanya, Bila Suami Makcik Nak Kahwin Lagi? Pasti makcik teringin nak anak kecik, pasal tu sibuk-sibuk tanya hal saye. Jangan risau. Suruh jer suami kahwin baru, nanti dapat la baby tiri. Seronok tau makcik. 
3 bulan pertama ok la makcik. Tapi ni dah 2 tahun lebih, so jangan sibuk la tanya soalan yang sama. Ada faham?

Kalau lah aku secun Jane nie, memang aku buat video khas versi Bila Dah Kahwin plak. 


Layanzzz. Sumber: Ofkos la Youtube


Friday, April 12, 2013

Bila Kita Sedih Tanpa nya

When you love somebody, you will learn to accept the imperfections. 

Bila kita rasa sedih kita tidak sempurna dan kekurangan, ada lagi yang lebih merasanya dari kita dan tidak pula menganggap ia sebagai kekurangan dan ketidaksempurnaan. 
Sempurna itu bukanlah bila bertiga berempat dan berlima. 

Masyarakat, buka mata buka hati. Seikhlas mungkin kau tanya, terlalu pedih untuk diberi jawapan. 

Kisah Wani Ardy membuka mata saya. Sebab itu lebih positif kini :) 

Sumber / Source : YouTube



Reen 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...