Nuffnang

Showing posts with label Trip to Germany. Show all posts
Showing posts with label Trip to Germany. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Tips Travel - Makanan



As salam dan Hi

Entri pendek kali ini setelah sekian lama menyepi. Ingat entri saye yang ini? Lama nya nak sambung kan. Masa ambil gambar, memang terfikir "wah, perlu kongsi di blog ni". Tapi realiti kehidupan, sangat la malas nak mencari kabel dan transfer gambar :) Iye, dah kawen, ko akan jadi lebih pemalas nak update blog ni :p (owh, mungkin hanya jadi kat saye je). 

Setelah hampir 2 bulan baru nak kongsi Tips Travel Bajet - Bawa Makanan Sendiri. 

Untuk menjimatkan kos perjalanan (train jer dah dekat seribu RM hoke), kami membuat keputusan untuk membawa makanan sendiri. Tidak dinafikan, memang ada juga makan kat luar (makan kebab+coffee), tapi most of the time kami memang makan bekalan sendiri. Untuk saye, agak memenatkan, sebab 1 beg aje penuh makanan, dan beg itu perlu diusung ke sana ke mari (dah macam Amazing Race!). Penat juga sebab kena prepare awal-awal. Sebab kebiasannya, train kami memang awal pagi. Jadi pagi2 buta dah kena bangun. Nak menjimatkan masa, saye akan siapkan awal2 sebelum tidur. 

Thursday, January 19, 2012

Honeymoon - Germany

As salam Semua, 

Walaupun keseorangan di hotel ni, tetap malas nak update blog. Entah apa la sindrom melanda. Owh ya, anyway, Yes I am! Saye di Jerman kini. Tujuan? Sudah tentu bercuti!!! Sebenarnya peluang tiba-tiba datang. Berusaha gigih mencari duit yang ada untuk memastikan agar saye pun dapat ikut serta :) Eih iye, my husband ada training kat sini for 5 days

Dan alhamdulillah, selepas berkira-kira, saye juga boleh menyertai en suami! Perasaan? Of course la excited. Disebabkan dalam masa 5 hari en suami akan sibuk, so kami ambil keputusan untuk tinggal lama sket di Germany. Lebih kurang 2 minggu la kami di sini. So hari yang selebihnya, kami perlu plan route trip kami sendiri dan sudah tentu DUIT SENDIRI juga :) alang-alang dah datang kan, harus la jenjalan! 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...