Nuffnang

Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Kad Undangan tak cukup!

Salam dan Hye...


Perihal kad kawen yang tidak cukup amat menyesakkan. Tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan sebab kadang-kadang bila cuba untuk berkomunikasi, ada aje halangan nya. 
Saye dan en B memutuskan bahawa 800 kad itu cukup la untuk kedua pihak. Ye lah, untuk kawan sepejabat pun ada yang tak dapat kad. Bukan apa, memang saye jemput semua, tapi bukan semua dapat kad, sebab bilangan kad adalah sangat terhad. Kekangan bajet! Balik rumah je, bila mak saye mula menulis untuk undangan, baru dia perasan kad tak cukup! Semua orang die jemput dengan kad, pastinya la tak cukup. Mak saye ingat 400 kad yang bahagian saye tu saye nak serahkan semua pada dia. Alahai mama! Kenot2. Saya bagi 200 keping , dan tak cukup. Nasib baik saye ada extra dalam 80 kad lagi, dan Isnin nie saye kena print atas kertas A4 je. Yang tu untuk jiran tetangga je... Huhuhu Sesak? Ia menyesakkan. Mungkin ini salah satu sebab ngapa saye sakit. Apa pun, ia pengajaran untuk semua. Nanti bila giliran adik-adik saye nanti, saye nak 'paksa' mak saye bagi listing betul-betul. Apa pun, saye sayang mak saye. Nak mintak vendor tu print lagi pun macam kelam kabut juge sebab dengan keadaan saye tak mengizinkan untuk jalan jauh. 



Sunday, October 24, 2010

Dah dapat dan Majlis Resepsi

Hye...

Perihal Kad Kahwin 

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan oleh Percetakan Syabas (sila baca post ini), kad kawen saye pun dah siap! Bersyukur sangat sebab Jesse (Tokey Syabas) telah menepati janji dan menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada masalah apa-apa pun pada kad (ada la sket, tapi salah sendiri, tapi tak beri kesan yang besar pun pada kad ). Senang berurusan dengan Jesse walaupun melalui phone. Dan beliau juga tolong printkan banner untuk saye (tapi of course la kena bayar). Selepas ini, operasi menulis nama-nama senarai jemputan (En B, jum buat sama2 yer). Mungkin bukan semua teman-teman akan dapat kad saye sebab ia sangat limited. Apa pun, saye dan En B sangggggaaaaaaaaaaat suka kad kami! Warna maroon seperti yang kami mahu! 


saye suke kad saye 





Rumusan: Saye rekemen sesiapa nak buat kad di Percetakan Syabas, Jalan Nyonya (area Jalan Pudu, belakang Times Square, dan berdekatan juge dgn LH Creative). Apa pun, sila lakukan 2 / 3 survey sebelum buat keputusan untuk print di mana. Proses saye agak cepat sebab saye buat artwork sendiri dan Percetakan Syabas, hanya perlu edit untuk masukkan mengikut block die yang sedia ada. 


Fasa pencarian kad kahwin saye sudah berakhir. Terima kasih di atas komen B2B. Walaupun ada yang baca belog saye dlm diam, tapi still nak kutuk2 saye or kata saye yang macam2, ketahuilah olehmu bahawa aku tak kesaaaah hoke. Ini belog saye, dan takde sape paksa ko or korang baca hoke. Tujuan? Hanya untuk berkongsi dan kenangan untuk saye di masa akan datang... 



Perihal Majlis Resepsi Sepupu Saye

Seharian saye spent masa dengan En B, dari menyelesaikan urusan mengambil kad, pegi Sin Yin dan juga mensurvey cincin En B. Malam nyer, kami ke Kelab Golf Jabatan Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara. Memang best la buat majlis kat sini. Cuma sebab malam kan, limited sket masa untuk saye bergambar sebab saye dah ngantuk :p Saye suka sangat make up dan baju pengantin perempuan, Zareeda. Memang citarasa saye la kot. Tapi tak sempat bergosip siapa yang make up dia. Jumpa sedara mara memang meriah, sebab lepas nie giliran saye pula :) Jum layan piccas!

Pelamin Nan Indah. Suka gabungan merah & baby blue. Geram Pomander Ball!



Kek Fondant Baby Blue. Deco meja kek yang simpel.

sila focus kepada perincian nan indah di kepala beliau. saye suke hoke! simple but very very nice hoke!

Bride and Groom. Congrats to both of u!

Guestbook booth

Rumusan: Saye suka majlis resepsi dia. Harapnyer saye nanti pun best juge :) 

 

Wednesday, October 13, 2010

Ceritera Kad Kahwin

Salam dan Hye...


Lama nyer tak menulis... merujuk kepada post saye yang ini, alhamdulillah saye berjaya membuat tempahan kad kawen. Dengan artwork yang ada, saye terus ke kedai printing tersebut. Dalam kepala mahu pegi dua kedai sahaja, Syarikat Syabas dan LH Creative di Jalan Pudu. (Thanks to XoraPuan Laut & Tahir). Sampai pagi tu, terus parking dan menuju ke Syarikat Syabas. Memang banyak kedai percetakan kat situ, tapi sebab berpandukan recommendation kawan-kawan, saye hanya pergi kedua-dua kedai itu aje. Kedai printing pertama nie, qoute kan harga amat murah la. Untuk desin poket dan envelope kosong, hanya RM0.65 sahaja. Pada saye murah la, sebab saye pernah tanya kedai kad kawen di puchong, mereka qoute harga RM0.95! harga yang sama kalau kami minta mereka designkan kad kawen. Kenapa saye boleh dapat harga 0.65 sen tu sebab kami hanya menggunakan block yang die ada. Kalau x, kami perlu tambah RM la utk block tersebut. Pasal kami tak kesah sangat dengan design, so kami amik jer yang ada. Lagipun, tak jauh beza dengan design asal kami. Tapi kami tambah lagi 0.10 sen, menjadikan kad kawen kami berharga 0.75 sen sebab kami gunakan matte paper (utk kepuasan hati). Dalam masa seminggu lebih akan siap. Mintak2 la sempat, sebab kami memang dah overschedule skang :(

Kami pegi juga ke LH, tapi mereka qoute harga RM0.86. So dah tentu la kedai printing memula tu lagi murah, so kami opt yang tu. Tapi yang best kat LH nie, kad kawen die byk giller. Boleh ambil je tengok and pegang yang orang-orang dah order tu :) Perbezaan harga yang ketara tu, taktau la kenapa. Tapi masing-masing ada lebih dan kurangnya kan?

Kami juga sempat tempah 1 banner. Harga yang di qoute RM31.50 untuk yang mampu bertahan dalam masa 2 hari - seminggu (warna cepat pudar) dan RM61.50 kalau jenis yang high resolution dan tahan sepanjang tahun. Jadi saye opt yang no 2 tu. Tapi skang rasa cam nak tukar je. Tapi en B kata, bleh printkan nanti. So ikut je la :)

Skang saye dan en B nak confirmkan artwork dan warna kad je. Huhuhu kad kami berwarna maroon, tapi bila tengok yang dia bagi, macam tak lawo je... Hermmm hari ini, konflik warna memang banyak :(  Warna maroon tu dah nampak cam oren / merah sangat plak dah. Takpe2, saye tak stress. Sedang bertenang nie :)

Till then...


p/s: post tak bergambar, so xbest.

Sangat suka tengok baju-baju Cik Puan Ann. Make up nyer pun cun.

Tuesday, October 5, 2010

Bantuan! Kad Kahwin!

Hye Korang...

Saye super duper busy! Nak jumpa kawan-kawan pun tak sempat. Nak gossip pun tak boleh. Busy dengan kerja, rumah baru yang sampai skang tak abes kemas. Saye mahu bantuan dengan kadar segera mengenai kad kahwin.

Saye nak tempah kad kahwin. Artwork semua dah siap. Dengan standard spesifikasi lagi mengikut kedai kad kahwin di luar sana. Masalah nya sekarang nie, harga yang kedai kad kahwin di luar sana, pada saya amat mahal. Sedangkan artwork semua dah siap, tinggal untuk mereka print sahaja. Tapi harga yang diqoute kan adalah harga yang memerlukan mereka mendesign artwork tersebut. Jadi kalau ada sesiapa tahu, kat mana kedai printing yang boleh menawarkan harga yang agak munasabah untuk print kad kahwin sahaja. Ataupun, siapa tahu jenis kertas yang diperlukan dan berapa gram. Kad saye adalah jenis poket yer...


Harap ada yang sudi membantu.
Serius kelam kabut semua. Nak kena arrange annual dinner lagi. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saye tak dapat extra gaji la weyyyy!


p/s: tak boleh upload gambo plak dah kat ofis nie. Bengang bengang!

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...