Nuffnang

Wednesday, October 13, 2010

Ceritera Kad Kahwin

Salam dan Hye...


Lama nyer tak menulis... merujuk kepada post saye yang ini, alhamdulillah saye berjaya membuat tempahan kad kawen. Dengan artwork yang ada, saye terus ke kedai printing tersebut. Dalam kepala mahu pegi dua kedai sahaja, Syarikat Syabas dan LH Creative di Jalan Pudu. (Thanks to XoraPuan Laut & Tahir). Sampai pagi tu, terus parking dan menuju ke Syarikat Syabas. Memang banyak kedai percetakan kat situ, tapi sebab berpandukan recommendation kawan-kawan, saye hanya pergi kedua-dua kedai itu aje. Kedai printing pertama nie, qoute kan harga amat murah la. Untuk desin poket dan envelope kosong, hanya RM0.65 sahaja. Pada saye murah la, sebab saye pernah tanya kedai kad kawen di puchong, mereka qoute harga RM0.95! harga yang sama kalau kami minta mereka designkan kad kawen. Kenapa saye boleh dapat harga 0.65 sen tu sebab kami hanya menggunakan block yang die ada. Kalau x, kami perlu tambah RM la utk block tersebut. Pasal kami tak kesah sangat dengan design, so kami amik jer yang ada. Lagipun, tak jauh beza dengan design asal kami. Tapi kami tambah lagi 0.10 sen, menjadikan kad kawen kami berharga 0.75 sen sebab kami gunakan matte paper (utk kepuasan hati). Dalam masa seminggu lebih akan siap. Mintak2 la sempat, sebab kami memang dah overschedule skang :(

Kami pegi juga ke LH, tapi mereka qoute harga RM0.86. So dah tentu la kedai printing memula tu lagi murah, so kami opt yang tu. Tapi yang best kat LH nie, kad kawen die byk giller. Boleh ambil je tengok and pegang yang orang-orang dah order tu :) Perbezaan harga yang ketara tu, taktau la kenapa. Tapi masing-masing ada lebih dan kurangnya kan?

Kami juga sempat tempah 1 banner. Harga yang di qoute RM31.50 untuk yang mampu bertahan dalam masa 2 hari - seminggu (warna cepat pudar) dan RM61.50 kalau jenis yang high resolution dan tahan sepanjang tahun. Jadi saye opt yang no 2 tu. Tapi skang rasa cam nak tukar je. Tapi en B kata, bleh printkan nanti. So ikut je la :)

Skang saye dan en B nak confirmkan artwork dan warna kad je. Huhuhu kad kami berwarna maroon, tapi bila tengok yang dia bagi, macam tak lawo je... Hermmm hari ini, konflik warna memang banyak :(  Warna maroon tu dah nampak cam oren / merah sangat plak dah. Takpe2, saye tak stress. Sedang bertenang nie :)

Till then...


p/s: post tak bergambar, so xbest.

Sangat suka tengok baju-baju Cik Puan Ann. Make up nyer pun cun.

No comments:

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...