Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Kalendar Malaysia 2011

Salam dan Hye...


Sedih company sendiri pun tak boleh nak kasik kalender kat staff :(




Untuk rujukan para pengantin dan juga mantan pengantin yang merancang untuk berbulan madu di tasik madu dan juga untuk yang merancang bila mau dapat baby or baby kedua (I'm referring to you Naza!), boleh rujuk kalender 2011 seperti di link ini dan ini dan ini lagi. 


Kalau sesiapa ada link yang lengkap lagi, boleh la kongsi2 ya!







Wednesday, December 29, 2010

Inai Demam Bola

Malas update belog dan baca belog orang. Layan bola malam ni. Harap-harap Malaysia menanggggggggggggg!

Tuesday, December 28, 2010

Suami drive laju, apa kita patut buat, ambil iktibar...

Salam dan Hye,

Kisah untuk renungan bersama... 


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


Note: Suami, drive elok-elok yer. Miss u already :( 
Teringat kisah Xora - Uda dan Dara :) 

Monday, December 27, 2010

Review: Vendor Pelamin

Salam dan Hye...

Terima kasih kepada Putri & Amani (dik, akak tak jumpe blog awakkkk-sori) kerana sudi order tartnenas dari saye. Maaf ya kena tunggu saye sebab kelam kabut keluar dari majlis kenduri. Dan yeayyy! Saye berjaya menyarung baju masa bertunang dulu dengan jayanye... Hehehe

Okeh, kali nie nak review tentang vendor untuk Pelamin Sanding saye di Temerloh Pahang. Harap membantu bagi B2B yang berasal dari sana. Saye pun mempunyai masalah juga masa nak survey bridal yang sesuai di sana. Ye lah, tak banyak review di internet.

Friday, December 24, 2010

Reen si Botak!

Situasi - Reen baru gunting rambut. 


Kawan Ofis: Cepatnyer potong rambut, susah nak mandi pagi ke? 
Reen: A'a susah la nak mandi. Rambut lambat kering.


The truth
Reen: Tau tak rambut saye nie hujung nye dah rosak, pastu rambut dah mula naik kelemumur.


Perasaan saye skang
Takut, sebab rambut nie cam pendek pastu takut suami marah. Jadi rasa cam nak pegi balik sambungkan rambut sebab takut kena marahhhhhhhhhh!


Camnie kot muka aku skang kan Xora & Wan Laling?! 



Kenali Pengurus Urban Vibe Event

Salam dan Hye...


Sangat bersemangat saye hari ini, sebab malam nie nak pegi majlis kawan kawan ofis di Shah Alam. Excited sebab nak pakai semula baju tunang saye hari tu. Hahaha harap-harap muat la lagi :p Baca-baca Harian Metro online, terbaca kisah Pengarah Urusan Urban Vibe Event. Macam penah nampak kan nama Pengurusan Acara (Management Event) tersebut kan? Ala, yang kite selalu pegi Pameran Pengantin tu, hah derang nie la orang kuat yang menjadi pengurus acara nya. Owh, tanpa mereka, sudah tentu B2B dan Mantan B2B (termasuk saye!), meracau-racau mencari info tentang perkahwinan. 




Memang segalanya kite boleh dapat hanya di hujung jari sahaja pada zaman teknologi nie, tapi nya, kadang-kadang nak juga berjumpa dengan potensi vendor di pameran-pameran sebegini. Kita boleh dapat harga promo sewaktu di pameran begini. Siapa kata rugi pegi Pameran Pengantin? Sekurang-kurangnya, kite dapat lihat apa yang mereka tawarkan, test food secara free dan boleh juga tengok gelagat setiap vendor bagi menarik minat bakal-bakal pengantin kan?


(dari kanan) Nadia, Syahrul Hafildz dan adiknya, Pengurus Pemasaran Urban Vibe Event, Hafiz Hassan yang menjadi tunggak utama.


Orang Melayu rupanya yang menjadi orang kuat Urban Vibe Event nie. Bangga bukan? Bukan senang bagi 'kite-kite' nie untuk membina nama. Tujuan saye berkongsi artikel ini, sebab rasanya, kite juga perlu mengenali orang kuat yang banyak juga membantu kita dari segi segi mendapatkan idea dan info yang berguna. 


Sumber artikel dari Harian Metro: Nadia Pantang Menyerah Kalah 


Kot la ada antara kite nak menjadi Pengurus Acara juge :) 


Rajin-rajin la melawat website mereka untuk tahu bila next Pameran Pengantin untuk tahun 2011! 

Thursday, December 23, 2010

Main Air


Hi!

Pernah terfikir untuk gunakan air sebagai props untuk bergambar? Iye, menarik kan? 
Saye pun tak pernah terfikir. Mungkin dah ramai pengantin kat Malaysia nie buat, Cuma mungkin saye kurang mengugel, jadi hanya tahu idea main air ini selepas saye kahwen L Heheh tapi B2B lain, masih boleh cuba idea ini. TETAPI! Jangan la tiru bulat-bulat. Orang tu pakai baju pink, awak pun baju pink. Orang tu pakai oren, awak pun oren. Tukar la sket ikut kreativiti sendiri. Tak semua orang idea nya sama kan? :)  

Bak kata kawan saye, seni itu bukan hak sesiapa, sky is the limit. Cuma kalau korang kenal orang yang menggunakan idea yang sama dengan korang, atau korang rasa korang nak gunakan idea yang sama, boleh la minta izin tanya. Tapi kalau korang tak nak tanya pun, tak kesah la kan? Hak masing-masing, tepuk dada tanya selera J

Tapi kalau dah tulis copyright dan kena minta izin, wajib la korang mintak izin kan!


Sumber: thephotolicious.com 


Kalau baju kawen sendiri, boleh la buat camnie :)
Sumber: Google.com 

Sumber: thephotolicious.com 

Sumber: thephotolicious.com 

Kalau saye, sure dah mengigil kesejukan. Tapi dress tersebut cantik bukan?
Sumber: Lankanstuff 


Wednesday, December 22, 2010

OP Majlis Resepsi - Acaii Jawe


Hi! 

Boleh klik sini untuk Gambar Resepsi di Shah Alam. Saye excited tengok gambar sendiri :) Hehehe

Terima kasih tidak terhingga kepada OP saye: 



Nanti saye review yer :) 








Busana: FaszCreative
Bunga Tangan: FaszCreative
Make Up: FaszCreative
OP: Acaii Jawe


Mereka Srikandi Terhebat

Hi! 

Mereka terhebat.



-photo removed-


Nanti saye cerita di entri akan datang :) Looks familiar kan? 

Tuesday, December 21, 2010

MUA Hebat - Hazlie Hamzah

Hi! 


Hampir 3 minggu kawen (alhamdulillah). Kehidupan lepas kawin? Menjimatkan! Tak perlu pegi dating jauh-jauh lagi. Perkara yang paling menarik lepas kawin, dia suka masakan saye. Dan hari-hari saye masak! Penat? Eih tak la. Rasanya, bila ada anak nanti baru penat kot. 


Review kali nie: Make Up


Semua tahu kot, saye amik Hazlie Hamzah sebagai MUA untuk majlis nikah dan bersanding di Temerloh. Mahal? Herm, tak la sangat kot, saye rasa berbaloi. Saye sediakan penginapan homestay untuk MUA dan OP. Jadi menjimatkan, tak perlu nak sewakan hotel sorang satu kat dieorang. 

Nak order Tat Nenas?

Salam


Ada sesiapa B2B, ex B2B atau sapa-sapa je lah yang baca belog nie nak order Tat Nenas / Biskut Makmor? Harga seperti di bawah:


Tat Nenas : RM13 (25 biji)
Makmor : RM25 (50++ biji)


Delivery pada minggu depan (28 - 31 Dis 2010) atau (1 - 2 Jan 2011). 
Di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Putra Heights, Bandar Baru Bangi, Serdang. 
Sms saye untuk order. Tempat untuk deliver biskut-biskut nie kita boleh diskus.
Owh, tapi harus la membuat minimum order 2 bekas yer. 
Pembayaran perlu dibuat dahulu semasa membuat tempahan. 


Tarikh tutup tempahan: ESOK!!! (22 Dis 2010). Sebarang perubahan, akan diberitahu kelak. 




Tat Nenas - RM13

Makmor - RM25
Klik - klik 

Thursday, December 16, 2010

Katerer - Majlis Bersanding



Salam dan Hye

Review Part 2: Katering Temerloh

Tajuk macam gempak kenapa??? Hahaha hanya ko yang tau Xora! 

Owh ya, review ini mungkin tidak memberi kesan kepada B2B yang di luar kawasan Temerloh. Tapi mengenangkan mungkin ada B2B yang mencari info mengenai Katering di Temerloh, so tak salah rasanya saye review. Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca yer..

Wednesday, December 15, 2010

Album Utusan Raja Sehari



www.utusan.com.my


Adoiii! Kenapa la keluar tawaran selepas saye kawen? Ngeh ngeh ngeh. Baru nak gila glamer.
Owh ya, untuk B2B, boleh la cuba hantar yer. Ala, tak perlu malu-malu. Bukan senang nak keluar surat khabar nie! Selamat Mencuba.

Tuesday, December 14, 2010

Reveal 1: Si Jengkel di Majlis!

Salam dan Hye...


Stress bukan kalau ada orang yang sangat menjengkelkan pada hari bahagia anda? Kamu mahu jadi yang terbaik, buat yang terbaik dan memberikan segala yang terbaik yang ada pada kamu, tapi ada orang yang sibuk cuba merosakkan hari bahagia kamu. 


Saye juge tidak terkecuali. Berlaku sewaktu saye bersanding. Owh ya, semua nya kebetulan. Saye tak mahu dia menjadi orang yang ke hadapan, tapi terpaksa sebab dah tak de orang lain dan saye pun tak jumpa dah mama saye masa tu. Owh ya juge, saye sedih sebab tak dapat berarak lama dengan baju songket maroon saye yang chantek itu, dengan sanggul 3 saye yang saye beli itu. Tapi takpe, itu masih boleh dimaafkan sebab apa pun pendapat mereka yang lebih tua harus diambil kira. Lagipun majlis baru bermula, saye takmo buat hal! 


Masa menunggu ketibaan suami di depan pagar rumah, owh ya, saye di 'sound' supaya tidak senyum lebar! Pendek kata, jangan senyum menampakkan gigi. Tahukah kamu saye mempunyai gigi taring di mana, kalau saye tak senyum nampak gigi, akan nampak la kecacatan senyuman saye bile saye senyum menutup mulut. Dan saye juge rasa tak selesa seperti ada benda yang tersangkut di mulut saye? Tahukah kamu bahawa saye ini memang bermuka garang dan kalau saye tak senyum nampak gigi, orang akan ingat saye kena kawen paksa? Tahukah kamu? Iye kamu tak tahu, pasal kamu sengal! Huh, tapi bila suami dah sampai dan saye dah bersalam dengan suami, masa menuju ke pelamin, suara si Jengkel itu tak kedengaran lagik. Owh ya, orang ramai giller hoke masa nie. Saye suke! Kawan-kawan suami dan kawan-kawan ofis yang lain pun ada yang sesama berarak sekali. 

Monday, December 13, 2010

Review Part 1: Majlis Akad Nikah-Menu-Pelamin DIY

Salam dan Hye...

Tengok ticker kat sebelah, dah 2 minggu 3 hari saye jadi isteri orang :) Perasaan? Rasa diri dihargai dan saye boleh tunjuk skill memasak saye pada suami :) Setiap kali masak, setiap kali itu akan tanya sedap ke tak :p Dan selama 2 minggu ini juge, belum ada tanda-tanda nak bergaduh. Selalu saye la yang cari pasal. Tapi mungkin sebab dah jadi isteri kan, jadi kite tahu tanggung jawab. Jadinya takde la nak bergaduh-gaduh kan? Hehehe ok, cukup la pasal itu. Sekarang nak review pasal majlis nikah dan sanding saye. Owh, kalau entri menjadi panjang, saya akan spiltkan review keh? :)

Majlis Nikah (26.Nov.2010) Jumaat 8.30 malam

Sepatutnya kami bernikah pada 27 Nov pagi, tapi disebabkan tok kadi bercuti pada tarikh tersebut, jadi kami sebulat suara setuju bernikah pada 26 Nov, selepas Isya'. Tunang saye (masa tu tunang ok), dah sampai ke rumah singgah tengah hari tu, jadi takde la rushing untuk majlis nikah pada malam tu.

Dengan sekali lafaz, saye sah menjadi isteri en tunang :) Owh ya, patutnya masa suami saye lafazkan akad, saye duduk di pelamin DIY mama saye. Tapi entah macam mana, tok kadi tu panggil suruh duduk sebelah en suami untuk tanda tangan borang. Alih-alih je tok kadi tanya boleh tak saye duduk di situ sehingga habis majlis, hehehe takkan nak kata tak boleh kan, jadi saye duduk la atas tikar tu tanpa alas. Naik kematu montot hoke. Alas saye dah digunakan untuk letak kat pelamin nikah, jadi memang tak boleh amik dah, sebab dah ditutup dengan karpet shaggy :( Dah la baju tu manik-manik kan, memang saye tahan kaki kebas and duduk dalam keadaan tak selesa la.

Ini la kedudukan saye semasa akad nikah. Tudung biru - Cik Yatt.
Sumber: Xora


Wednesday, December 8, 2010

Majlis Bertandang - Shah Alam

Salam dan Hye...


Ketika menulis entry ini, saye dan suami :p En B sedang berpre-honeymoon di Pulau Pangkor. 
Kenapa Pangkor? Sebab nie je kot Pulau yang tak tutup untuk hujung tahun. Alhamdulillah, tak hujan :) Kenapa namanya Pre-Honeymoon? Sebab ini adalah honeymoon "gamble". Kami redah je ke sini dengan bantuan kawan saye di Lumut yang tolong buatkan booking chalet untuk kami. Dapat la murah, kebetulan mak sedara tunang dia owner chalet nie. Tapi pasal cam serba kekurangan je bilik nie (tapi berbalaoi dengan harga), kiteorg nak tukar chalet lain jap lagi :) Okeh, abes di sini cerita honeymoon kot :p 




Sedikit sneek peek majlis bertandang saye di Dewan Raja Lumu, Shah Alam...

Friday, December 3, 2010

Belum Review

Salam dan Hye...


Habis sudah majlis di sebelah saye. Sekarang tunggu majlis resepsi sebelah suami je :) Owh ya. Maaf ya, saye memang tak dapat jemput untuk majlis resepsi. Iyelah, bukan majlis saye, hanya menyambut menantu. Jadi tidak wajar rasanya saye jemput orang yang suami saye sendiri tak kenal untuk hadir bukan? 


Macam malas je nak buat review. Ekekeke sebab tak sempat lagi nak transfer gambar :) Gambar dari OP pun lambat la dapat kan. Cuma tunggu gambar dari camera amatur je. 
Saye tinggalkan korang dengan gambar-gambar sekitar majlis saye. Sket je la. Nanti saye buat review satu persatu k :) 


Terima kasih untuk semua ucapan pengantin baru kepada saye dan suami :) 


OP: Ranggie


MUA: Hazlie Hamzah 

-photo removed-


Kena buat list nie nak mula review yang mana satu :) 

Thursday, December 2, 2010

Lain orang...

Lain orang, lain adatnya. Lain orang, lain caranya. Dan tak perlu kita nak ikut cara orang.
Fikir sebelum menimbulkan hal yang mengecilkan hati orang. Saye adalah saye. Tak perlu ikut cara orang. Selagi tidak memalukan kaum keluarga, jadi tiada masalah untuk mengikut cara sendiri. 10 tahun dulu kaum keluarga saye pun begitu, dan tidak salah sekiranya saye teruskan. 


p/s: sebelum tanya, sila fikir perasaan orang lain. 



Monday, November 29, 2010

Sah!


Make Up: Hazlie Hamzah
OP: Yus Ranggie 
Hand Bouquet: Hazlie Hamzah
Solemnize Attire: DzulldeClasique
Alteration: Dzhini 





Make Up: Hazlie Hamzah
Hand Bouquet: Hazlie Hamzah
Bersanding Attire: C-Kin Anggun - Temerloh 

Tuesday, November 23, 2010

Kinky Notti Scary

Salam dan Hye...


Suka dan suka dan scary juge. Hari yang sangat busy untuk saye hari nie. Macam la saye nak cuti setahun, sedangkan 5 hari je saye cuti hoke. Sila kesian kat saye :(
Mimie - banyak keje menanti. Sila sambung. 1 CVs pun tak sempat screening hoke. 


Apa yang berlaku ari nie:



1. Pepagi dah meeting. Heavy meeting. Owh, lepas nie harus study. Iyeee, selepas menjadi Puan, saye pasti otak saye agak sengal. Wakakaka 


2. Rushing dan susah hati sebab meeting abes ngam-ngam kul 12.30 pm, pasal dah janji dengan Puan Xora & Puan Wan Laling





Sunday, November 21, 2010

Update Pukal

Salam dan Hye...


Malas plak saye nak update ape2. Perasaan skang nie, herm xsabar nak kawen. wakaka 
Semoga segala urusan berjalan lancar. Dah buat listing apa yang perlu di bawa balik. Adoooi!


Tetiba rasa kereta tak muat. Hahaaha banyak noo barang nak kena angkut balik. Hah, tadi mak saye call, deco bilik pengantin dah siap katanya. Yeayyy! Lega saye. Langsir semua pun dah siap pasang. Beliau yang banyak uruskan semua. Barang hantaran pun mama yang akan pegi amik kat kedai. Tadi pegi makan kat R n R Awan Besar, sempat saye masuk ke kedai kraftangan tu. 

Wednesday, November 17, 2010

Pilihan salah

Bila saat ini, saye rasa saye dah buat pilihan yang salah :(
Bila kite buat keputusan dalam keadaan terburu-buru, selalunya pilihan tu kurang tepat. 
Walaupun mungkin semuanya akan berjalan lancar dan outcome nya akan menarik, tetapi bila hati tak pasti, hermmm .................


Semoga semuanya berjalan lancar 

Urusan Selesai?

Salam dan Hye...


Hari yang panjang dan menyakitkan kaki untuk hari ini. Urusan terpenting telah selesai. Fasa pertama masa di post ini. Kini Fasa kedua sudah selesai. Hanya tunggu Fasa ketiga - Ijab & Kabul. Pada entri akan datang saye akan kongsi mengenai pengalaman urusan Borang Kebenaran Nikah di Pahang, terutama di Temerloh. Sebagai rujukan bersama. 


Selamat Hari Raya AidilAdha. Saye sambut rasa tanpa keluarga di Puchong sensorang nie.
Tapi tadi sempat balik jap rasa lemang and rendang mama masak! 





Monday, November 15, 2010

Kad Undangan tak cukup!

Salam dan Hye...


Perihal kad kawen yang tidak cukup amat menyesakkan. Tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan sebab kadang-kadang bila cuba untuk berkomunikasi, ada aje halangan nya. 
Saye dan en B memutuskan bahawa 800 kad itu cukup la untuk kedua pihak. Ye lah, untuk kawan sepejabat pun ada yang tak dapat kad. Bukan apa, memang saye jemput semua, tapi bukan semua dapat kad, sebab bilangan kad adalah sangat terhad. Kekangan bajet! Balik rumah je, bila mak saye mula menulis untuk undangan, baru dia perasan kad tak cukup! Semua orang die jemput dengan kad, pastinya la tak cukup. Mak saye ingat 400 kad yang bahagian saye tu saye nak serahkan semua pada dia. Alahai mama! Kenot2. Saya bagi 200 keping , dan tak cukup. Nasib baik saye ada extra dalam 80 kad lagi, dan Isnin nie saye kena print atas kertas A4 je. Yang tu untuk jiran tetangga je... Huhuhu Sesak? Ia menyesakkan. Mungkin ini salah satu sebab ngapa saye sakit. Apa pun, ia pengajaran untuk semua. Nanti bila giliran adik-adik saye nanti, saye nak 'paksa' mak saye bagi listing betul-betul. Apa pun, saye sayang mak saye. Nak mintak vendor tu print lagi pun macam kelam kabut juge sebab dengan keadaan saye tak mengizinkan untuk jalan jauh. 



Sunday, November 14, 2010

Sudah beli Inai

Salam dan Hye...


Lepas baca entry Farah mengenai inai, baru saye teringat yang saye belum beli lagi inai. Dalam pada itu, saye tertanya juga apa itu inai serbuk. Owh, tadi jenjalan kat Plaza Alam Sentral, terjumpa booth yang ada jual barangan yang jamu la, kosmetik tempatan la... kat situ ada jual inai juge. Ada beberapa jenis la, ada yang jenis tiub, ada yang jenis untuk inai lukis (kalau pandai, boleh buat sendiri), dan ada inai serbuk. Saye tanya kat akak yang jaga tu, rupanyer inai serbuk tu kite kena campur air asam jawa la kalau nak die pekat. Katanya, warna akan jadi merah la, sama macam inai daun dan warna nya akan tahan lama juge, tapi tak selama inai daun la. Sukatan air tu sama la macam kite buat inai daun tu. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Takpe la, habis majlis nanti, kite tengok review inai nie macam mana yer :) 

Saturday, November 13, 2010

Baju Nikah yang Indah!

Salam dan Hye...


Ingat lagi tak perihal baju nikah saye di sini yang turun warna tanpa saye tau ape sebabnya? Dan saye juga tak rasa excited masa mula-mula dapat baju tu. Tapi alhamdulillah, selepas saye buat post ini dan bertemu kembali dengan Kak Ina, yang kini dah ada Butik Dzhini di Bandar Baru Bangi, saye hantar baju tersebut untuk alter dan juga bertanyakan kalau beliau boleh beri nasihat / tolong tentang camne nak hilangkan warna yang turun tu. Kebetulan, manik di kaki kain pun tertanggal. Saye memang aware tentang itu sebab kain chiffon nie memang mudah tertanggal maniknya. 


Bersyukur sangat sebab masa datang kedai tu, saye dilayan baik oleh Kak Ina dan juga ada sorang kakak tu (saye tahu akak baca belog saye, tapi lupa nak tanya nama akak sape...hehehe malu ada orang tegur baca belog saye). Serius baju saye tu besar. Saye tau badan saye agak comel, tapi tak rasa la saye segemuk itu kan. Alhamdulillah, Kak Ina berjaya alter baju saye dan serius, nampak terletak dan sesuai di badan saye. Baru la nampak ada shape sket. Kalau tak, baju tu lengannya memang la labuh dan besar sangat. Tadi masa try ditemani oleh en B dan 2 lagi mamat bujang yang terpaksa ikut tadi. En B kata memang nampak beza dengan baju masa mula-mula dapat. Yang paling penting:


1. manik telah dapat dijahit kembali
2. baju di alter dengan cantiknyer
3. kesan pink yang turun warna tu telah berjaya dihilangkan dengan proses dry clean


Tapi saye lupa plak nak tanya kat mana Kak Ina buatkan dry clean tu. Harga saye bayar untuk semua hanyalah RM50. Dry clean - RM20 , Jahit Manik - RM20 dan Upah - RM10. Harga mungkin berbeza mengikut keadaan kain ataupun lain-lain. 


baju asal. sila lihat lengan yang labuh & baju yang lurus tanpa ada shape. abaikan pewut yg buncit :p

nampak beza kan? lebih nampak shape & kain yang berombak seperti yg saye inginkan. 


Saya tergopoh-gopoh terus nak bayar. Rupanyer Kak Ina suruh try dulu. Kuar jer bilik persalinan, saye terus cakap dengan kuat, baju ini cantik. Saye suke! 
Adakah saye kurus sket? Entahla mungkin sebab sakit jadi berat turun sket, tapi 1 kg je. Tapi takpe la, dengan keadaan sekarang, saye tak boleh diet lagi, tapi harus makan makanan berkhasiat. Harap berat badan mampu kekal sehingga habis majlis. 


Hilang sudah rasa gusar tentang baju nikah saye, tapi sekarang susah hati sebab tudung yang saye tempah dulu warnanya tidak matching dengan baju nikah saye. Tudung macam warna krim! Wan Laling dan Xora, korang harus jadi perunding fesyen aku dengan kadar paling segera! 




Owh ya, sampin en B pun dah selamat sampai. Bukan warna krim seperti dijanji kan, tapi lebih kepada kuning. Tapi apa pun, kami berdua suka, jadi kami proceed aje dengan pilihan yang ada. Tinggal kena jahit je sampin tu, lepas tu, en B dah boleh pakai :) 


sampin nikah





Friday, November 12, 2010

Video - Save the Date

Hye...

Masa awal-awal saye buat perancangan untuk majlis saye, memang terpk nak buat Video Save the Date. Masa tu semangat sangat, sebab nak pulak saye dah amik pun gambar pre-wed. Tapi disebabkan kawan saye yang jadi OP tu bagi gambar tu lambat sangat (behind schedule), mood nak buat video pun tak jadi :( Tapi sekarang, jeles tengok video STD pasangan lain. Memang masih belum terlambat untuk saye buat sekarang, tapi dengan keadaan badan yang tidak mengizinkan, saye redha dan berserah pada apa yang ada je.

Jum layan STD dari CST Production.

Elyana & Khairol

http://vimeo.com/16698604

Saye tidak sihat

Salam dan Hye...


Lama saye menyepi. Iye, saye sakit. Tak tahu la kenapa. Mula nya demam je, lepas 3 hari masih tak kebah-kebah, saye ke hospital. Kemudian pengsan, terus dimasukkan ke wad kecemasan. Nasib baik masa tu saye ada di Temerloh. Kebetulan saye balik untuk settlekan hal borang nikah. Doktor cakap saye takde apa-apa, amik ujian darah, semua ok, tapi kena masuk air la jugak satu botol. Esok tu ke klinik kesihatan untuk buat ujian darah kedua. Hasilnya sama, tiada apa-apa problem, cuma tekanan darah saye rendah 80/50. Kena tahan sekejap di sana dan dimasukkan air lagi. Doktor kata mungkin kerana badan saye terlalu lemah dan sakit, dan demam tu hanya menjadi punca untuk badan saye collapsed teruk. Dah makan ubat pun, saye masih rasa pening dan nak pitam je.

Tapi sekarang saye dah beransur pulih. Hari Rabu saye balik semula ke Puchong, masuk juga ofis semalam, tapi half-day je, sebab keadaan saye betul-betul tak menginzinkan untuk saye bekerja. Jumpa doktor panel, amik darah lagi, then barulah dapat tahu punca sebenar. Saye ada bad viral fever. Kandungan sel darah putih terlalu rendah - sel darah putih yang membantu badan kite melawan penyakit. Pendek kata, antibodi untuk melawan penyakit tu takde. Doktor pun kata saye perlukan masa 2 minggu untuk fully recovery dan saye wajib untuk ikut diet pemakanan yang dicadangkan. Serius, saye susah hati, tapi sebab saye tak boleh stress lagi, jadi saye cuba untuk tenang dan berharap badan saye kembali sihat dan segar untuk majlis saye nanti. Jadi sekarang, saye mula minum susu (semalam amik masa 1 jam untuk abeskan susu 1 kotak), kena minum horlicks (tak sedap), kena makan telur (tak sedap juge). Dan saye juga dinasihatkan untuk minum Pati Ayam Brand. Rasa die? erkkkk, saye tak rasa sedap. Tapi nanti kena minta en B belikan sebab semalam terlupa. Dan, saye tak mampu untuk drive lagi sekarang. Sebab kadang-kadang saye ok, kadang-kadang pening.

Jadi B2B diluar sana, penting untuk jaga kesihatan. Jangan ambil mudah kalau demam. Dan kalau korang ada pilihan, pegi la jumpa Doktor swasta. Mereka lebih details dalam menerangkan tentang penyakit kite (mungkin sebab kite bayar lebih). Tapi saye juge tidak menyalahkan Doktor di hospital kerajaan, mungkin betul pada mulanya saye tiada apa2, tapi sekurang-kurangnya tunjukkan la analisa darah tu dan terangkan apa yang perlu saye buat.

Korang kena jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat. Makan 2 biji telur rebus setiap hari mampu memberi kita tenaga untuk sepanjang hari. Kena minum susu. Masih belum terlambat untuk kite mulakan. Dan jangan lupa minum banyak air masak. Buah-buahan juge penting.

Korang semua doakan saye sihat yer. Saye nak kawen :( Jangan la saye terus rasa pening-pening masa hari saye nanti. Untuk setakat hari nie, kad kawen masih belum diedarkan.
Harap saye mampu edarkan semua nya minggu depan.

p/s: en B, saye sayang kamu. Thanks for being here for me.

Wednesday, November 3, 2010

Boleh Nikah dah?

Hye...

En B dah dapat Borang Kebenaran Nikah, jadi kiteorg boleh kawen dah! Hehehe Owh, belum! Saye belum settle. Yeahhh akan disettlekan Isnin depan. Jangan la ada interview. Saye gugup! 

Kenapa entri nie pendek? Sebab saye malas. Pas tu, melalui hari-hari yang membosankan bersama Laling a.k.a Wan Pau Donat, sebab Xora takde :( Cepat la dikau pulang! 


Monday, November 1, 2010

26 Hari Lagi Mengejar Pelamin

-26 hari lagi-

baru siap 24 keping kad yang harus dipos minggu ini. Ini adalah untuk kawan-kawan sekolah, matriks dan Univ. Masih ada yang belum disiapkan, sebab tak boleh check email kat ofis nie kan. Haish! Untuk kawan-kawan ofis, tengah gigih berusaha untuk menyenarai pendek siapa yang perlu diberi kad atau email sahaja, sebab kad adalah sangat terhad. Cuma perlu tunjuk semula senarai terakhir kepada en B.

Kawan-kawan bloggers, andai kata ada sesiapa yang sudi datang majlis saye, boleh dropkan alamat. Taktau la korang nak datang ke tak, sebab saye di luar kawasan :) nun di Temerloh Pahang. Majlis saye 27 November 2010. Rasanya sama dengan beberapa B2B.

Terima kasih juge kepada bloggers yang sama-sama memeriahkan majlis Xora semalam. Happening!

p/s: Wan - kini tugas kite sudah selesai :) erkkk, lupa plaks, belum lagi eik?
       Puan T - kehadiran ko menceriakan suasana :p
       Xora - cable henpon aku xde, so xleh transfer gambo. Stress sebab tak boleh publish gambo baju kuning ko.

Saturday, October 30, 2010

Xora Sudah Terima Nikahnya!

Salam dan Hye...

Hari ini, semua orang tahu adalah hari Xora menerima nikahnya. Biarlah gambar menerangkan segalanya, sebab rasanya lebih elok empunya diri yang menceritakan tentang majlis nikahnya itu. Ixa (sudah boleh annouce!). I'm happy for you. Tahniah, kamu dah jadi isteri orang :) Ko sangat cantek! Serius, dan ko sangat gediks juge. Wan Pau Donat, tugas kite belum selesai!

Bunga Rampai Buat Xora - Wan Pau Donat tolong pegang




Ini dia Xora the G.R.E.A.T



Wan, Xora & Reen
Antara hantaran Xora buat suaminya...


Gambar Xora dan hubby? Hehehe tunggu je la Xora upload yer...

Jumpe korang semua esok! 

Friday, October 29, 2010

Bunga Rampai buat Xora

Salam dan Hye...

Misi hari ini: Saye dan Laling Wan Pau Donat akan membuat bunga rampai untuk Xora. Buat di rumah masing-masing, dan esok pagi akan dicampurkan sekali dengan bunga rampai yang sedia di buat oleh Kakak Ipar Xora. (Terima kasih Wan sebab belikan daun pandan).

Harap-harap saye dan Wan berjaya buat sehalus mungkin dan sempat siapkan malam ini juga. Hehehe Untukmu Xora, kiteorg sanggup bersengkah mata hoke.



sumber: Google


Harap majlis pernikahan Xora esok berjalan lancar.
Tunggu update majlis nikah Xora esok :)

p/s: Wan, sila kejutkan aku pepagi buta esok!
Xora - aku kotakan janji!

Ban Do Untuk Pengantin

Hye...

Masih mencari Ban Do yang sesuai dengan bajet yang semakin surut.

sumber: Google Image

Sya kata kat Evita Peroni ada jual koleksi hairband yang sesuai untuk pengantin. Jadi boleh ke Cawangan di Mid Valley la nanti. Harga??? Cam mahal jer... :(

Wednesday, October 27, 2010

Beautiful Award

Salam dan Hye...

Dapat award Beautiful Blogger lagik. Aduisss. Yes, I AM Beautiful :)
Kali ini dari Nadia. Dulu tu dari Syaz (Syaz, lupa link syaz yg mana satu...tulunggg).
Jadi saye jawab soalan secara pukal la yer.

Syarat-syarat penerima award:


1. Thanks the person who give u this award.


Terima kasih kepada Cik Syaz & Puan Nadia untuk award ini.




2. Link that person at your blogroll.


Sudah :)



3. Spread to 15 bloggers which you think awesome.


Nora - Anaztasias Einz


Wan Pau Donat - Just Breathe

Xora - Diaterimanikahnya


Mysarah - Diary of L.♥.V.E


Farah - HikayatCeriteraTerindah


Yanie - This is my time of this year

Aienadhira - Happiness is mine

Zara - My Ever After

Cik Belle - Renda Perancis

Elya - ElyaElmo

Hana Yoriee - The so called BRIDE and GROOM to be

BridetoBe - BrideofKayangan

Meeya - IniMeey@

Zawani - Queen for a day
adoiii patut kena pilih 30 orang, tapi jenuh korang nak check satu-satu.




4. Tell 7 things about yourself.

1. Berat badan takmo turun :(
2. Suka main squash & futsal (sapa ada team? Jum friendly match)
3. I love him so much (en b la, sape lagik)
4. Suke sangat kad kawen saye
5. Tak suke org sibuk nak amik tahu hal saye sedangkan tak rapat pun dengan saye.
6. Tak sabar nak ada anak-anak :)
7. Suka makan Masak Tempoyak Ikan Patin (dah sah-sah saye orang Temerloh!)
 

Tuesday, October 26, 2010

Pomander Ball

Hye...

Ingat entri ini. Saye semangat nak DIY Pomander Ball. Owh ya, Pomander Ball nie saye nak letak kat Pelamin Nikah saye. Kan saye DIY je pelamin nikah tu. Sumber inspirasi ialah Pelamin dari Zaifie Zainal. Tapi, Pelamin Nikah ReenTartNenas, takde la hebat macam Zaifie tu. Nanti ada plak minah kepoh yang kata pelamin ko tidak la se-GAH cam ko tulis dalam belog. Hehehe mereng!

sumber: Zaifie Zainal
 Saye pegi Sin Yin di Semua House. Memang jumpe la polistren pomander ball tu. Contoh macam di post Tun-T3ja.

sumber: Tun-T3ja
Saye jumpa la bunga yang kecil-kecil tu, memang lawa dan sangat teruja dengan warnanya. 1 peket (72 kuntum) = RM9.90. Kalau yang besar sket dalam RM10++. Oleh kerana saye tak tahu berapa banyak kuntum yang diperlukan (saye ingatkan 2 peket (144 kuntum) dah cukup untuk menutupi polistren yang kecil tu, rupanya tidak. Pekerja di situ kata, saye perlukan sekurang-kurangnya 5 peket bunga tu. Kalau ambil polistren ball yang saiz medium, saye perlukan hampir 10 peket. So saye terus tak jadi ambil.

Sebab bila buat kira-kira, amatlah tidak berbaloi dan untuk saye yang tak berduit ni, saye rasa mahal kos nya. Tetapi, kalau nak pakai bunga yang besar2, yang biasa jual 10 kuntum RM 7 / 10 tu, mungkin la berbaloi untuk DIY. Tapi, sebab saye nak tak mahir DIY, jadi saye tak berani nak beli bunga-bunga secara pukal. Atau sebenarnyer ada lagi bunga lain, tapi mungkin sebab saye tak tau cari :( Kecewa juga sebab datang jauh-jauh, alih-alih tak jadi beli. Terus terpk beli aje la yang dah siap. Kebetulan pula warna yang dijual di Sin Yin agak limited (stok cepat habis). Yang dia gantung-gantung kat cermin kedai plak, tak dijual. Jadi saye ternampak pomander ball yang dari kain satin (bunga ros), terus setuju untuk beli. Yang Medium Size RM31 (ada 5% diskaun) dan 2 Small Size RM14.90 (ada 5% diskaun).

Cukup la 3 rasanya untuk setakat ini. Saye macam mau lagi pomander tu, tapi tengok la, gigih mengugel kot-kot la ada B2B yang nak sewakan :)

sumber: Bee-Rulife

sumber: Brideontheway

sumber: Google

p/s: malas nak amik gambar pomander saye. Nanti la ... 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...