Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Mode: Gigih Berkerja

Hari ini mode bekerja dengan penuh dedikasi. Sibuk memerah otak untuk memberi tugas-tugas yang lebih mencabar kepada orang lain.  




[Owh, stress sebab kadang-kadang rasa tak boleh nak all out kat dalam blog ni, coz ramai sangat dah officemate dan juga insan yang dikenali membaca blog ku ini. Rasanya perlu inisiatif lain untuk membuka blog baru dengan nama yang lebih privasi, mungkin?]

Wednesday, June 29, 2011

Mama, kenapa KITA takde?

Tetiba je saye terfikir. Kan semua orang yang baru pertama kali mengandung dan menjadi trend sekarang untuk ambil maternity photoshoot kan? Adakah trend tersebut hanya untuk anak sulung sahaja? Ye lah, selalunya kita tengok anak sulung la paling meriah dengan macam-macam hadiah dan ucapan dan sekarang photoshoot. Anak-anak yang kemudian tu selalu macam kurang sedikit (tapi saye percaya, tak semua macam tu kan). 

Jadi nanti kalau baby ada 4 orang, so setiap baby yang dikandung tu perlulah dibuat maternity photoshoot kan? Hah, nanti anak tu dah besar, dia tengok gambar abang/kakak sulung je ada maternity photoshoot nanti dia tanya plak "mama, gambar kite takde pun? kenapa?"

Renang Berenang


Salam dan Hye,

Semalam bermula lah kelas pertama berenang (ko ingat ko sorang je pandai berenang Naza?-hahaha). Walaupun ku sakit di pagi hari, gigihkan jugak pegi sebab dah confirm dengan trainer and dan beli baju! Total damage? Erkkk. Takmo citer. Ni kalau tak pandai jugak nie, taktau la kan.

Isnin malam tu semangat abes la pegi beli baju renang kat Jusco. Sah-sah la ai tak beli yang 2 pieces (suami x kasik-haippp!). Disebabkan seluar tight dah ada, jadi saye beli baju + goggle + cap je. Tempat berlatih berenang - Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya. Sebab pilih kat sini, sebab dekat dengan ofis di Cyberjaya. Kelas pun setiap hari Selasa, jadi kena la pilih yang dekat dengan ofis. Pertama kali sampai sini, fuyoooooooo kagum kot dengan swimming pool dia. Indoor swimming pool, bayaran masuk RM5, dan view dia mengadap tasik putrajaya. Gambar? Ala, tertinggal kabel kat rumah. Nanti ai upload hoke :)

Trainer yang ajar kami ni dari Kompleks Sukan Bukit Jalil. Wanita Melayu. Jadi senang la sket :) Takde la malu sangat. Hehehe 

Monday, June 27, 2011

I'm The Boss


Kadang-kadang, aku tak faham kenapa masih ada boss yang dah hampir 10 tahun jadik boss tapi tetap tak reti nak jadi boss yang baik? Eih, maksud baik di sini, kenapa lah boss nie masih tak tahu nak memberi arahan kepada staff? Adoiii, ko boleh kan buat listing, apa yang ko nak suruh staff ko buatkan...? Jadi tak perlu la aku nie or colleagues aku ni nak kena buat kerja 10 kali. Ko faham tak? Ke tak faham lagi?




*ko bukan boss aku pun yang ko nak kasik-kasik arahan nie. tapi masalah di sini adalah ko memang tak reti nak bagi arahan, pastu ko sebenarnya tak tahu apa yg ko nak hoke! 




Nota kaki: Penggunaan perkataan 'aku' di atas sebab saye tengah marah. Hari ni saya dapat rehat 20 minit je sebab kena buat keje yang so-called urgent yang sepatutnya sebulan lepas dah ko mintakkk hoke!!!!!!!!!

Thursday, June 23, 2011


Saya sedih. Semoga diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. 
Mungkin ada hikmah disebaliknya (kata-kata yang sering diucapkan untuk menyedapkan hati sendiri). 

Tuesday, June 21, 2011

Tak Suka

Tak suka bila orang lelaki tanya kat orang perempuan 'dah ada isi dah ke?'.
Saya rasa dia sangat kepoh sebab selalu perempuan je yang tanya.
Ataupun sebenarnya ko nak suruh perempuan tu tanya ko balik sama ada isteri ko itu sudah mengandung atau tidak.

Saya tak suka bila dengar orang cakap, 'owh, my husband sharpshotter'. Serius, saya rasa macam nak lempang-lempang je. Tolonglah jangan berbangga. Saya jeles? Owh tidak sama sekali. Sebab saya rasa perkataan itu tidak wajar diucapkan di khalayak ramai. Tunggulah nanti bila anak ko berderet-deret, husband ko yang sharpshotter tu tak mampu/larat nak membantu ko jaga anak ko tu nanti.

Saya tak suka orang bagi nasihat pasal patutnya mempunyai anak sekarang sedangkan dia baru je mendapat anak pertama selepas 6/7 tahun berkahwin. Ada aku tanya ko kenapa dah 6/7 tahun ko kahwin baru sekarang ko dapat anak?

Monday, June 20, 2011

Baju Pengantin Nie Cantik



Salam dan Hye...


Cantik kan dress dia? 








Mahu lagi, sumber dari sini : BakriHafiz


Terus teringat dress reception saye :) Sila lihat sini


Nota Kaki: Dah hampir 7 bulan kami kawen :)   -nak kumpul duit, nak pegi honeymoon-

Wednesday, June 15, 2011

Kad Kahwin Tomok

Salam dan Hye,


Info yang saye dapat ini adalah disalin dan ditampal (copy & paste) sepenuhnya dari blog madammondoq. Terjumpa blog beliau dari Oh Bulan! Minta izin yer. 


Hari tu ramai kongsi cerita mengenai kad kahwin Mizz Nina & Noh Hujan yang versi Kimono. Yang Tomok plak siap ada nota lagu Bagaikan Bidadari lagi [my fav song].


Jom layan gambar je la yer :)







I Need A Break


I don't wanna cook today.

Tuesday, June 14, 2011

Maternity Photoshoot


Salam dan Hye,

*Maafkan. Title untuk entri kali ini dalam bahasa omputih. Tak dapat fikir weh apa title best.


Memerah otak! Tiba-tiba terfikir nak buat post mengenai Maternity Photoshoot. Memandangkan memang ramai juga kawan-kawan saye dan juga ex B2B yang pregnant nie, jadi moleklah kiranya, saye kongsi sedikit idea-idea untuk photoshoot ni. Saye tau korang rajin, nanti korang boleh google lagi yer. Ni saye kongsi sket-sket je. Nanti marah plak la owner blog/website tu. Hehehe 

Banyak idea-idea kreatif. Tapi ada juga yang macam tak sesuai dengan adat budaya Melayu kite yang penuh kesopanan ini. Jadi, korang amik idea yang mana patut je la yer :)

Sumber: Deelapena.com 


suka yang nie 




Monday, June 13, 2011

Kehilangan


Salam dan Hye, 

Hari yang sibuk untuk saye hari ni. Minggu lepas bercuti 3 hari. Melayan Mama dan adik saye bershopping. Owh ya, untuk pertama kalinya dia datang ke rumah saye lepas saye kawen hampir 6 bulan [dah lama rupanye saye kawen...] Pastinya kami suami isteri cuba memastikan bahawa Mama saye selesa di rumah kami. Maklumlah, rumah kecik. Dan pastinya sangat la berbeza dengan rumah dia yang besau itu :) 

Pagi-pagi masuk ofis, dah ada sesi interview yang saye perlu hadiri. Owh, nasib baik la candidates hari ini bagus-bagus, boleh menjawab soalan dengan baik. Kalau tak, adoiii stress hoke kalau candidates yang datang tu, tidak sehebat resume nya :) 

Berita sedih yang saye terima dari kawan baik saye. Boleh dikatakan kami baik, kerana beliau juga kawan kepada suami saye [B, love u]. Selalu lepak sama-sama masa bujang dulu, dan kebetulan girlfriend dia yang sekarang nie dah jadi isteri juga baik dengan saye. Kira boleh ngam la :) 


Bukan rezeki mereka kerana buat kali kedua, mereka kehilangan bayi perempuan yang dinanti-nantikan, Nur Allyssa Jannah yang telah dilahirkan pada 11 Jun 2011. Bayi tersebut meninggal dunia di dalam rahim pada usia kandungan 38 minggu.  Beliau juga telah selamat dikebumikan pada 12 Jun 2011. Pada hemat saye, memang dah cukup sifat. Terketar-ketar tangan saye membaca sms dari suami. Terus terang, saye sangat sedih dan bersimpati dengan mereka berdua. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian-NYA. Semoga si isteri terus kuat. Saye tak dapat bayangkan kesedihan mereka. Walaupun saye pernah merasai kehilangan, tapi fasa kesedihan kehilangan ayah dan anak adalah berbeza. 

ALLAH menguji manusia dengan pelbagai cara. 



p/s: Saye juga masih berusaha :)  




Tuesday, June 7, 2011

Pernikahan vs Kematian


Salam. 

Sejak akhir-akhir ini, suka benar saye membaca blog yang lebih informative. Baru saye sedar, ramail kot blogger Malaysia nie. owh, tapi tetap tak terlepas pandang kepada blog B2B. Dulu ada orang pernah tanya, B2B tu apa? Macam mana nak join? Hehehe Lihat. Orang / blogger lain pun dah ingat ini adalah satu kumpulan khas. Sedangkan tidak sama sekali. B2B = Bride to Be. Blog dijadikan diari online untuk mencatat segala persiapan, perjalanan serta momen suka duka, menuju hari bahagia. Jadi sesiapa yang mempunyai blog, dan juga pengisiannya lebih kepada persiapan menuju hari bahagia, kamu juga boleh menggelarkan diri kamu B2B.  Jadi, jangan malu-malu k.

Suka di sini saya nak berkongsi satu entri yang saye baca dari blog SangPelangi. Bagus juga untuk renungan dan senaman mata kita petang-petang nie. ada benarnya apa yang ditulis, dan kite pernah dan akan mengalaminya secara langsung ataupun tidak. Jadi ambil masa anda untuk baca k. Info ini adalah diambil secara terus dari SangPelangi.


Moga-moga, sepanjang detik yang berlalu, saat lidah-lidah kami menyebut kebesaran Dia yang menemukan kita (nikah), lalu memisahkan (maut), tentera Malaikat-Nya bersama-sama turun mewakili Tuhan mengirimkan rahmat dan mengaminkan permintaan kita.

Ko sangat ANNOYING!

Muka ko suara ko sangat annoying! Ko tahu annoying tu apa? Kalau ko tak faham bahasa omputih, annoying tu adalah MENJENGKELKAN. Ko ingat ko hebat??? Sila la ko wahai poker face, berpijak di bumi yang nyata. Apesal setiap hari aku terpaksa dengar dan tengok perbuatan ko yang sangat annoying? 


Aku hari-hari berharap agar aku tak perlu dengar suara dan tengok muka ko yang annoying itu. Owh, aku tak suka ko. Cepatlah ko berambus dari sini.




Nota kaki: Ini Blog Saye. Jadi suka hati saye la kalau saye nak kutuk sapa pun. Ikutkan nak post kat fb je, tapi disebabkan saye macam dah slalu sangat membuat status yang semua orang berteka teki, jadi blog ini adalah yang terbaik untuk saye kutuk si nyamuk itu. Owh, nyamuk. Sila la blah cepat. Ko sangat annoying. Harap maklum.

Monday, June 6, 2011

Suami yang Terbaik



Salam dan Hye... 


Semalam, pegi kenduri kat Raub. Perjalanan pegi ok, tapi bila balik, jem hoke!!! Tau tak jem! Dah rasa cam balik kg jauh giller je. Sempat cakap kat en suami "ni dah macam balik Temerloh je ni 2 jam perjalanan balik". En Suami ~ die jeling je. Hahaha mesti dalam hati die cakap "asyik-asyik balik umah mak die je" ekekeke [I love my mama].

Nanti la review pasal kenduri di Raub, sebab skang malas *wink *wink 




Suami Terbaik Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie," "Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

Friday, June 3, 2011

Coklat Buat Pengantin

Salam dan Hye.

Kali ini saya nak recommend satu blog, yang saye kira memang amat sesuai lah untuk B2B ataupun mantan B2B untuk cuba service mereka. Blog ape?......... Iye blog jual kek! Owh, 2 hari lepas, ofismate saye bagi kat saye dan kawan-kawan yang lain cuba Chocolate crumbles with strawberry on top cake [malas nak translate]. Owh, sangat sedap hoke. Serius. Sedap. [Hancus diet saye]. Oleh kerana, hari pertama tu dapat FREE [saye rasa macam ada orang tolong belikan, tapi malas nak tanya sapa]. Meh sini kite tengok gambar dulu. Gambar tau dulu.

Jeng Jeng Jeng..........



Chocolate crumbles with strawberry on top cake
with strawberries and white chocolate: RM2 per piece



Jadi esoknya, ofismate yang lain order lagi. Kali nie memang lagi best la.


Strocholicious Pie 
Size: 9" (RM35)



Size: 7" (RM25)
 



*Ai tak ngambik English edukasennn, jadi tergeliat lidah nak menyebutnyer...


Macam kat cerita Desperate Housewifes kan? Sedap sedap.

Kalau tak sedap, saye takde nyer nak post ini. Apa pun, tetap subjek kepada tekak dan isi perut masing-masing. Hehehe tapi saye suka. Walaupun saye nie ada migrain, tapi saye boleh la makan choc nie, sebab sedap.

Kalau nak order, bolehlah terus ke website Gadis-Gadis ini - GirlsMadeOf Saye suka mereka, pasal mereka kreatif dan rajin!

Bye!


Nota kaki: Tengahari tadi pegi Bangi jap dengan Mimie. Kiteorg pegi Fareeda House of Scarfs. Serius weh. Cantik-cantik tudung dia. Yang saye berkenan tu harga RM100. Nantilah, datang balik, baru saye beli :) Kalau korang free, pegi la melawat kedai dia yer. Serius tak menyesal :)

Thursday, June 2, 2011

Jujur yang memakan diri


Seperti biasa, baca blog Lynda, dan sangat tersentuh dengan entri beliau kali ini. Terus saya google. Rupanya, ramai lagi yang melahirkan rasa kesal terhadap insan muda ini. Terlalu ramai saye kira. Kurang pasti apa tujuan insan muda ini. Terlalu jujur, kadang-kadang boleh memakan diri sendiri. Tak dapat saye bayangkan andai 10 atau 20 tahun lagi beliau telah meningkat dewasa, dan membaca post yang beliau sendiri lakukan semasa berusia 14 tahun. 

Fikir-fikirkanlah. Ibu bapa tidak perlu disalahkan 100% dalam hal ini. Beliau dah besar, pada saya, zaman sekarang, berumur 14 tahun, bukanlah budak-budak lagi. Sudah boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk. 

Renung-renungkan. 



Nota Kaki: Semalam, 1 June 2011, genap usia Arwah Babah saya 54 tahun. Tak sempat kami sekeluarga buat jamuan besar untuknya. Semoga Babah tenang dan aman di sana. Reen rindu Babah :( 




Wednesday, June 1, 2011

Saya Mahu Kurus!

-Sekarang sangat gemuk. Nak button lengan baju pun tak boleh. Perut buncit. Dalam usaha kuruskan berat badan dan kembali diet seperti dulu. Mungkin perlu mulakan 14 Days Challenge yang minum air Nestle Bliss tu [tak tahu la mampu ke tak nak bertahan]. Owh, memang rasa perlu berhenti dari makan malam. Tapi ada lagi satu mulut kat rumah yang perlu diberi makan. So how? Permulaan pertama ke arah menguruskan berat badan dan membiasakan perut dengan makanan yang kurang, jadi hari ini saye PUASA. Semoga saye berjaya habiskan puasa untuk hari ini.

Kite letak gambar ini sebagai motivasi untuk saye kurus. Gambar ini diambil pada Oktober 2008. Masa tu belum bertunang lagi.

-photo removed-



Nota kaki: En Suami out station lagi minggu depan. SIGH! Wrong timing la bebeh!  Kenapa orang lelaki nie selalu sangat kena out station? Ishkkk!

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...