Nuffnang

Monday, May 30, 2011

Kenduri Kendara di Mana-Mana

Salam dan Hye...

Cuti sekolah bermula. Jadi bermulalah sesi kenduri kendara :) hehehe
Saye dulu pun kawen time cuti sekolah. Orang kata senang sket tetamu atau sedara mara nak datang kenduri kalau buat cuti sekolah. Walaubagaimanapun, terpulang pada pilihan masing-masing. Sebab memang sudah lama menjadi trend, terutama di kawasan KL Valley nie, kenduri kawen tetap ada walaupun bukan cuti sekolah :) Macam kita yang kerja ikut waktu pejabat nie, cuti sekolah atau tak, sama je, sebab WAJIB amik cuti gak kan? Hehehe

[di kala ini, saye sangat jeles dengan warga pendidik sebab mereka dapat cuti panjang. tapi ada juga pendidik yang perlu datang sekolah kan?]


Motif topik hari ini, ialah tiada topik. Serius, rasa macam dah kongsi semua tentang hal kawen. Hehehe mungkin saye perlu berubah ke fasa yang baru. Mungkin mengenai deco kediaman ke, pengalaman pembelian rumah ke, cuti-cuti Malaysia ke. Masalahnya, saye malas betul nak upload gambar, pastu nak upload gambar sendiri plak tu. Ekeke walaupun ada upload gambar sendiri, tapi semuanya ada motif tersendiri. Gambar pasal kawen la, jenjalan la. Owh, tapi kemalasan melanda diri.

Dulu ingat masa lepas kawen, saye nak share la dengan B2B / Ex B2B mengenai menu-menu masakan saye di rumah. Tapi sebab malas nak transfer gambar, jadi gambar itu terkubur di dalam handphone dan camera saye sahaja :)

Saye suka masak :) Ingat entri saye yang ini? Saye dah tak kisah pendapat orang. Masak sendiri lebih jimat walaupun saye penat sebab kena kemas dapur setiap kali masak. Owh tak sukanya kalau dapur kotor.

[ tapi hujung minggu baru nie saye masak, tapi en suami tolong lipat kain. Hehehe cantek B lipat, nanti B je la buat yer :) ]


Cukup mengenai diri sendiri :) Hujung minggu lepas ada 2 kenduri yang patut saye hadiri. Satu kawan masa di Matriks dulu, Wani si Sepet dan seorang lagi adalah Cik Belle. Malangnya, dua-dua majlis saye tak dapat hadiri. Maaf yer. Ada urusan lain yang perlu dihadiri dulu. Suka tengok gambar-gambar di kenduri Cik Belle. Meriah korang bloggersss!

Tahniah Cik Belle a.k.a Puan Belle. Semoga perjalanan selepas ini akan lebih diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Selamat menjadi isteri orang :) Kamu sangat chantek!

Baju resepsi Cik Belle - dari Rumah Kebaya

Suka yang tak-tau-apa-nama-dia kat kepala Belle tu.


[teringat saat saye mencuba baju di rumah kebaya. owh, sampai sekarang teringat-ingat. malangnya ketika itu, saye ketiadaan duit. jadi dilupakan saja baju itu :(]

Nota kaki: 28 Mei 2011 yang lepas, genap 100 hari Babah tinggalkan kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya. I miss him so much!


Eih jap-jap. Ada satu lagi gambar nak upload. I miss u Enot. Ntah bila la nak jumpa ko lagi. [Tapi malu nak jumpa ko skang, pasal aku dah gemuk]. Tengok gambar nie, baru perasan, pipi Qaseh dah tak chubby dah :)


Alin, Qaseh, Apeq

Thursday, May 26, 2011

Wajib baca dan KLIK!


Salam dan Hye...

Saye jumpa link blog ini pun masa saye tengok fb kawan saye. Terus open link, dan baca blog nie. Pandangan pertama saye: tak sangka memang ada orang yang betul-betul mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku sekarang. Saye tak sesempurna mana, cuma saye rasa bagus juga hal ini dibaca atau diambil berat oleh semua wanita lain. 



Sumber: wanitamelayuseksa 



Friday, May 20, 2011

Tempahan Tart Nenas / Biskut Makmor / Almond Biscotti

Salam dan Hye...


Ada sesiapa nak order Tart Nenas / Biskut Makmor / Almond Biscotti?
Ini semua home made yer :) 


Tart Nenas 

Biskut Makmor 


Biscotti. Nie saye google. Bekas sebenar saye lupa nak transfer. Nanti eih. 




My specialty of course la Tart Nenas (macam nama belog).


Tempahan perlu dibuat sebelum 23hb May 2011 (Isnin).
Penghantaran akan dibuat mulai 27hb May 2011. 




Senarai harga seperti berikut: 


1. Tart Nenas = RM15 
2. Biskut Makmor = RM25 
3. Almond Biscotti = RM25 


Ada caj penghantaran tak? 


  • Herm, ini bergantung kepada jumlah tempahan anda. Kalau korang dah order, contoh la Tart Nenas lebih dari 5 bekas, caj penghantaran FREE je. 


  • Tapi kalau order kurang then, rumah korang memang jauh la, jadi saye akan caj RM5.00 je. 


  • Owh ya, kawasan penghantaran saye adalah Puchong/Cyberjaya/Putrajaya/Shah Alam). 


  • Kalau nak saye courier kan pun boleh, tapi kalau biskut tu rosak / hancur, saye tak jamin la yer. Risiko sendiri. 


Tempahan bolehlah dibuat seperti berikut:


1. Nyatakan nama biskut
2. Kat mana nak jumpa (kalau jauh2 sangat, mungkin saye tak boleh nak pegi, so kite jumpa tempat yang senang for both of us la yer) 
3. Selepas saye dah OK, sila buat pembayaran ke akaun bank saye seperti di bawah: 


Maybank 102064066236
CIMB 12550004351520
Nor Khaireen Khairudin 


4. Penting untuk korang buat pembayaran dulu sebab, dah pernah terjadi, orang order, lepas tu cancel kan last minutes :(
5. Untuk lebih mudah, korang boleh sms je saye 017-3393475 




Bye! 



Thursday, May 19, 2011

Pengakuan Berani Mati Seorang Suami

Salam dan Hye...


Saye ada satu entri yang menarik untuk dikongsi. Kira sesuai la dengan 'group' B2B / Mantan B2B kite nie :) 


Entri kali ini dicopy sepenuhnya dari belog akak femes Kujie2. Terima kasih keran share entri yang sangat menarik nie :) 




Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…




Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.
Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.
Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?

Nota Kaki: Tak tau la ada ke tak si suami yang membaca belog saye nie. Hehehe sebab entri nie untuk mereka, bukan kite yang kaum isteri ini :) Saye masih berusaha menghabiskan bacaan buku 'Aku Terima Nikahnya' hasil tulisan Ustaz Hasrizal. Saye dapat buku tu sebagai hadiah kahwen. Ulasan setakat ini, buku tersebut sangat bagus untuk dibaca. Bila baca, rasa dekat sangat denganNYA dan rasa banyak je silap selama nie. Tapi rasanye, kaum lelaki memang WAJIB la baca buku tersebut. Sebab pada saye, ia adalah hasil nukilan dari mata hati seorang lelaki. 


Tuesday, May 17, 2011

Filem KONGSI tak best langsung!!!


Salam dan Hye...

Best kan cuti? Kan best kalau boleh berhenti keje, tapi duit masuk tiap-tiap bulan macam pegi keje tu :) Hehehe mimpi je la. Anyway, tadi saye dan hubby pegi tengok cerita KONGSI. 



Owh, tengok preview sangat la gempaq kan? Tapi!!!!!

Serius, pada saye, cite nie sangat la TAK BESTTT! Owh, saye memang suka Sam berlakon, tapi pendapat peribadi saye, citer nie tak se-GAH preview dan iklannya. Ada scene yang kabur, tapi boleh dimaafkan sebab Farid Kamil a.k.a Pengarah ada cakap, yang tu style dia dan perhaps teknik terbaru. 

Tapi, herm....

  1. jalan cerita memang kabur. Saye cam, adoiii ko setakat kalah lawan tomoi pastu nak bunuh gangster kat KL plak sebab tak puas hati dengan encik polis itu? Owh, serius, saye rasa rugi sangat coz beli tiket tengok citer tu. Honestly, agak kecewa, sebab saye expect filem tu antara yang terbaikkk untuk tahun nie. 
  2. tak faham apa motif bront palarre perlu ada dalam filem tu.
  3. tak faham apa kene mengena si tumulawak eihhh tumulak tu ngan gengster2 kat KL tu. 
  4. memang cite nie tak BEST! 


Terus jadi tawar hati nak pegi wayang tengok cerita melayu. Walaupun kutipan hari pertama Filem KONGSI mencecah jutaan ringgit, tapi pada saye, produser berjaya menarik ramai penonton berdasarkan preview filem yang telah dilakukan awal lagi. Marketing wise, memang bagus, tapi filem itu sendiri, hermmm, tak best!

Eih, tapi kalau korang nak tengok, pegi je la. Mungkin pada pendapat saye tak best, kot korang, mungkin la korang suka. Tapi rugi je la bayor tiket g tengok cite ni kat wayang. Bukan saye tak sokong cite melayu, tapi serius, cite nie memang xbest. Cite KL Drift lagi best kot! Hehehe 




Tuesday, May 10, 2011

Perbuatan ko sangat BIADAP!

Salam dan Hye…

Semalam saye mengalami kejutan kerana orang yang memang terkenal dengan sifat yang suka  menyibuk hal orang telah melakukan perbuatan yang biadap kepada saye. Sebelum ni kawan baik saye dah terkena. Dan memang kami dah kutuk-kutuk dah manusia ini. Masa nak balik semalam, boleh plak la terserempak dengan manusia ni, past uterus pegang perut saye! Dan siap cakap, nie bila nak ada isi nie? Tak payah la tunggu lama-lama. Muda lagi. Saye macam WTF!!! Suka hati aku la wey. Ko sapa nak pegang perut aku? Adakah ko kawan aku? Oh No! Aku Cuma kenal ko je. KENAL! Not more than that! Kalau ia pun aku pregnant, aku takkan nak heboh kat semua orang. Mata ada, ko tengok je la sendiri. So pls la wey, memang nyampah dengan manusia begini.

Apa perasaan ko kalau orang tak kenal ko, pastu tetiba datang pegang boobs ko? Adakah ko suka??? Kalau ko giller horny, memang ko akan suka orang pegang boobs ko! Owh, maafkan saye teman2 bloggers, ayat pada post kali ini memang agak kasar bila di baca. Serius weh. Kalau korang, korang geram tak??? Saye macam tak faham, kenapa ko nak sebok2 tau orang ngandung ke tak. Ngapa ko sebok sangat? Macam la ko nak kasik duit kat aku kan. Owh sangat tak faham. Sewaktu manusia tersebut memegang perut saye, saye dlm keadaan tersenyum sebab saye memang sangat tidak bermaya hampir seminggu, tak larat nak berbual, jadi sekadar senyum. Dan ia aku senyum tidak ikhlas!

Saye tak tahu la sape plak yang akan jadi mangsa selepas ini. Agaknya, semua orang yang dia tau dah kawen, dia sebok nak tau dah pregnant ke tak. Helllooooo! Saye kan, tak pernah nak sebok pegang perut orang hoke. Itu sangat biadap. Lain la kalau itu memang kawan baik kite. Owh, plsss.

Korang boleh refer belog Xora juga, kerana saye lah sahabat itu!

p/s: Wan Laling, ko tetap bertuah! 

Wednesday, May 4, 2011

Kahwin.Mengidam.Jalan2 Makan Mee Udang


Salam dan Hye,

Merujuk kepada post saye Jalan-jalan Cari Makan, saye bersama enchek suami telah ke Perak, atau lebih khusus kami telah ke Parit, Perak (sila sebut dengan gaya Usop Wilcha)! Tujuan, menghadiri majlis nikah kawan baik enchek suami yang merangkap kawan saye juge, iaitu En Naim bersama pasangan Pn Nadia :) Owh, mereka sangat sweet hoke. Sorang tinggi dan sorang kecik molek je :)

Kami gerak dari Puchong dalam 11.30 pagi (agak lewat yer kenkawan) dan mengejar masa untuk majlis nikah pada hari Sabtu lepas (30.04.2011) pada jam 3.00 petang. Owh, tak sangka jalan jem hoke, dengan pengantin kasi landmark ikut jalan jauh (owh, faham kini, pengantin kasi direction ikut jalan yang die dtg semalam tu, which is agak memusing jalan nyer). 


Apa pun, alhamdulillah selamat sampai dan sempat berarak sekejap bersama pengantin lelaki. Lebih kurang 3 jam kami sampai. Kalau ikutkan boleh cepat lagi, tapi Sabtu tu punyer la banyak keta.


exit Simpang Pulai. Jem kan?




Selamat diijabkabulkan. Tahniah kepada mereka berdua. Serius amat padan. Menanges la awek-awek kat ofis sebab En Naim dah diambil orang. Fofular tu mamat nie.


Saye paling suka tudung die. serius, chantek! Mata kamu sila fokus kepada alas tekat itu yer :)

Jeles bukan tengok alas tangan tekat tu? Ingat post saye yang ini? Kalau di Perak, rasanyer itu normal untuk ada tekat tu kan? Alas nikah mereka juga tekat, tapi ada kat dlm camera plak. Tak sempat transfer. Nanti kalau ada, saye tunjukkan gambar k. So rasanyer bertuah la B2B dari Perak. Kalau masih mahu mengutamakan konsep tradisi atau melayu Perak, boleh guna hasil-hasil tekat nie :) 



Chantek kan tudung tu :) 


Rasanya, tudung tersebut macam selendang je, then diletakkan headpiece. Sangat menarik. Kebetulan memang sesuai dengan muka Nadia, jadi memang chantek la :) 

Jalan-jalan Cari Makan

Baru balik dari Perak. Ada wedding, pegi makan-makan. Pastu, skang demam pasal hujan selebat-lebatnya sepanjang dari Perak ke Puchong. Nanti saye kongsi pengalaman menarik (actually nak share pasla tempat makan yang best je).

Mee Udang Kuala Sepetang yang sangat yummmyyyyyyyy

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...