Nuffnang

Friday, April 1, 2011

Masak Untuk Berdua Membazir?


Salam dan Hye,

Saye terpanggil untuk buat post mengenai subjek di atas. [Dah macam nak tulis surat pula-hehehe]. Saye memang duduk sekali dengan suami, selepas kami nikah-selepas majlis di rumah saye selesai. Kami memang membuat perancangan yang tepat iaitu saye akan masuk dulu rumah yang kami menginap selepas kahwin. Jadi, habis je majlis terus masuk rumah, dan tak perlu nak kemas apa-apa lagi.
Ramai juga kawan-kawan [terutama kawan ofis] yang bertanyakan sama ada saye masak ke untuk kami berdua. Saye kata ‘of course’! Saye tak pernah terfikir, selepas kahwin saye akan sentiasa makan di kedai, dan rasa masak untuk berdua itu adalah satu pembaziran. Rata-rata kawan yang saye jumpa cakap, tak perlu la masak, membazir je. Tak berbaloi dengan penat untuk masak hanya sekadar untuk 2 mulut. Membazirkan gas, air, keringat, barang2 basah.

Google.com

Saye memang terkejut la sebab ada yang kata begitu. Pada mereka, sekarang adalah waktu untuk ‘enjoy our moment together’, di mana saye rasa dengan memasak pun kami masih boleh ‘enjoy’ masa bersama. Suami saye pun macam tu juga, sampai ada kawan-kawan dia kata ‘biasalah, baru kahwin, memang la semangat nak masak, tengoklah 2 / 3 bulan nanti’. Saya macam nak je kata xyzzzxyxzztqxf! Bak kata suami, janganlah kerana isteri ko malas/taknak masak, ko nak samakan seperti isteri orang lain. Manusia manusia… dengki bukan? Alhamdulillah, sudah 4 bulan kami kahwin, tapi saye masih mampu masak untuk suami dan saye juga. Bohonglah saye cakap kami tak makan di luar. Sesekali tu memang ada, kadang-kadang saye pun mahu ‘off-day’.

Bila kita berkahwin, banyak perkara yang kite perlu lihat semula. Setakat ini, saye tak pernah rasa pembaziran dengan masak untuk berdua. Saya rasa, lebih jimat kot. Kadang-kadang, lauk yang dimasak tengah hari, masih boleh dimakan pada waktu malam. Macam 2 hari lepas, teringin nak makan ikan siakap 3 rasa. Saye masakkan untuk kami berdua. Sedap je! Lagi murah, kos nya tak sama macam makan di kedai. Tapi jangan la dipilih ikan yang besar, sedang2 sahaja pun dah cukup untuk berdua.

Sama je kot, kalau kita nak pegi makan kat luar kan, dengan nak kena bersiapnye…make up2 bagai, nak kena ‘start’ enjin kereta la sebab nak pegi kedai nak makan…pastu kalau makan kat tempat yang ada jual apa-apa ke, konfem la nak menyingah dan pasti akan disambar 1 / 2 item kan? Tak ke sama je…?
Apa pun, terpulang pada individu masing-masing. Mungkin ada orang kata, ala belum ada anak lagi, boleh la nak masak. Pada saye, itu subjektif! Tak semua orang sama. Saye ada kawan yang pregnant [ehemmm sapa la tu-hehehe], tapi beliau tetap boleh masak untuk suami. Saye juga ada kawan yang ada anak sorang, dah kini pregnant, tapi masih mampu masak untuk sekeluarga.

Sedap tak sedap, itu belakang kira yang kawan-kawan. Yang penting, suami korang makan apa yang korang masak, pastu tak sakit perut, kira ok la tu [smile].

Kalau ada sesiapa yang masih fikir, masak untuk berdua membazir, hermmm ingatlah, tak semua orang sama. Sebenarnya, lebih baik kalau suami dapat makan dari air tangan isteri. Besar pahala kite.

Kalau masih tak tahu bagaimana mahu mula untuk masak bersama, boleh klik pada link ini Newlywed's Guide

Suka Apron comel nie 

Jumpa lagi!

Nota kaki: Hilang penat memasak kalau tengok suami makan sehingga licin pinggan! Tak percaya? Cubalah! 

17 comments:

Elya Roza said...

impian elya nk masak lepas kawen..
tapi tak pandai masak sgt..cene reen..haha

Reen Tart Nenas said...

elya, pasti boleh! gugel je resipi :)

LisaLisut said...

I MASAK untuk mulut i sorg.tak bazir pun.save duit lg adeeeeeeee.hehe.insyallah i want to cook as much as I can :) kecuali ade time off angin malas melanda ye tak. tak slah dan tak bazir pun.healthy and save money ok :)

Xora said...

walaupun aku tak beli lagi asam keping lalu menyebabkan sambal ikan aku kurang rasa, tapi Dz ttp makan.. Aku paling suka kalau Dz makan bertambah.. aku rasa cam menyumbang kepada keboncitan peyutnya wakakak..

p.s petang ni nak masak apa hooi!!

Cik Puan Fia said...

biasalah tu reen..org kat office suke kata mula2 je rajin tu..tapi bg fia masak sendiri sangat menjimatkan dan lebih puas hati...bila balik kita akan tanya hubby nak makan ape, dan sampai rumah terus ke dapur...perasaan tu best tau..sb ade org sdg menanti masakan kita dan makan together dengan mesra...wing..wing...

Lady NK said...

sokong tajuk ni dn sokong komen ko di atas ni..haha..ambil hati suami kn melalui perut..bukan setakat mulut je (mulut??hahaha)

Lady NK said...

haha..sokong tajuk ini dn komen ko di atas ni..ambil hati suami kan melalui perut..bukan setakat mulut je (mulut??haha)

Ajwedding said...

betul tu reen.pedulikan org kata..jeles..he3..
sedp xsedap xkisah..yg penting air tgn isteri msk utk suami..liza pun berangan nk msk sama2 pas kawen nnti..

FatinNadiah said...

Reen! Setuju. Tak baek sape yg kate 2 3 bulan je masak, pastu da tak masak. Jahat!
Tapi masak memang best, lagi kalau husband puji masakan kite sedap, makan sampai habis!
Tapi, fatin tak sempat nak masak hari-hari sebab kelas malam 6 smpi 9. Tapi weekend msti masak! Skng da rs, masakan kedai tu tak sedap kan?
Neways, sokong reen pasal masak-masak ni. :)

Fifie said...

sokong ngan reen..sampai hari ni pon, masaih masak untuk suami..tapi kadang2 terasa malas..suami masak untuk saya :)

err..nak tanye..nape lor tulisan nye cumei sgt..naik juling nak baca @__@

fADzly (Wak Palik) said...

masak kat rumah mmg jimat..
hari² makan kat rumah.
nikmat msakan isteri mmg sedap, percayelah..hehe

Reen Tart Nenas said...

semua: wah, hangat entri nie. memang betul pun, hilang rasa penat bila suami suka makan masakan kite dan bertambah banyak kali. itu adalah satu pencapaian or KPI bagi seorang isteri... hehehe

naza: ko mmg gediks hoke!!! bukan mulut aje, hahaha di tempat lain jugek... tetttttttttttttttttttt

Lady NK said...

harharhar..teeettt!!!

Anonymous said...

Rasanye orang yg ckp masak untuk 2 mulut tu membazir adalah seorang yang pemalas kot. kuang3

CikPuan Fara said...

hi. tgh blogwalking. terjumpa yr blog..

i pon lepas kawen dok berdua je dgn husband but i still masak almost everyday! ignore je mulut2 orang, kalu dengar, kte jugak yg sakit hati kan. btw, masak sendiri memang jimat ah. dan dpt menambat hati encek somi kannnn? ;)

Reen Tart Nenas said...

mrs fazlee: betul2. tak kesah pun pasal mereka tu. jeles la tu wife tak masak! hahaha

sarah shamsyul said...

dear..setuju...tp ada jugak y tidak bnasib baik mcm i...hr2 keje blik lewat,husben pun..so mmg xsempat nk masak.tgu weekend je...hehe.nasib diri padahal hajat d hati mmg nk masak hari2

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...