Nuffnang

Thursday, December 29, 2011

Aurat


As salam dan Hye semua,

Kalau terus disimpan rasa ini, ibarat macam memendam rasa. Ya, saye juga bukan sempurna, tetapi saye masih mencari kesempurnaan itu. Bersyukur dengan hijra' yang dibuat, menyedarkan betapa kerdil dan bodohnya saye dulu. 

Alhamdulillah, semakin ramai yang bertudung sekarang. Tetapi ramai itu yang bertudung, tapi tidak menutup aurat. Maaf ya, saye cukup tak suka lihat wanita bertutup di kepala, tetapi pakai baju berlengan pendek. Walaupun hanya nak ke kedai depan rumah, tapi rasanya lengan itu masih aurat kot. Banyak baju lengan panjang kan, jadi beli la banyak2. Inner pun dah banyak. Kalau tak nak, pakai jer cardigan. Rasanyer tak susah. 

Wednesday, December 28, 2011

Erk Tertawan Tergoda?

Tertawan?


Sumber : Oh Bulan 

Pujaan sapa la nie.

Nota: Tak kisah la nak jadi model tayang dada, bukak seluar ke, janji ko jaga pintu gol tu elok-elok yer.

Teringat semalam tengok dokumentari mengenai Arwah Mokhtar Dahari 'SuperMokh' di National Geographic kalau tak silap. Beliau memang hebat pada zaman nya tanpa sebarang kontroversi yang dicipta sendiri melainkan orang yang 'menciptakan' kontroversi untuk dirinya.

Not so Wordless Wednesday

Some people are trying so hard to please others. Me? I don’t need that and I don't really care. 


What is your New Year Resolution?
Me?
1. To be a good Muslimah - still trying so harddd 
2. To be a wife and daughter
3. To have kids 
4. To travel a lot - Can't Wait for 15th Jan! 
5. To further my study 

Insyallah



Note: 
1. Please. I don't appreciate stalker in my blog. If you think that I am stupid, actually...you reflect it to yourself. 
2. If you think by reading my blog you will know everything about me, you are so wrong. 


Thursday, December 15, 2011

Ombak tak berapa nak Rindu

Entah la kenapa. Rasanya Lagenda Budak Setan lebih meruntun jiwa. Termasuk Lagu temanya. Tapi novel Ombak Rindu tetap tiada bandingannya. Mungkin cuma garapan filem yang berbeza dan hermmm pelakon nya :)


I still heart Aaron Aziz :)


p/s: rasanya adegan 'itu' tidak perlu kot... memang dah hidup dah watak tu :)

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 6, 2011

rindu

rindu sungguh dunia blogging. lama tak update blog.

will update soon.

trip to Cherating & KK

Saturday, November 26, 2011

Ulangtahun Pertama Kami!



Alhamdulillah. Hari ini 26 November 2011 genap setahun saye bergelar isteri kepada kekasih hati saye yang saye kenal hampir 4 tahun yang lalu. Rupanya sudah setahun saye meninggalkan segala persiapan perkahwinan saye. Suka duka yang dilalui untuk memastikan perkahwinan yang diimpikan berjalan lancar. Ini entri pertama saye selepas selamat bergelar isteri Sah!

Di saat saye  merindui detik-detik majlis saye, begitu juga kuatnya rindu saye pada Arwah Babah. Saye tetap tak boleh hilangkan perasaan rindu itu. Sedih dan sayu apabila beliau insan yang paling gembira untuk saye hari itu.


Takpe la, takmo sedih-sedih kan? Hehehe

To my beloved husband, the one and ONLY - Mohd Azreem Khan, I love you so much. Time will always fly, but our love will never die. May our love last forever. Happy 1st Anniversary B :) 

Tiada big celebration untuk raikan tahun pertama kami. Cuma esok, insyallah kami akan ke Holiday Villa Cherating! Tak tahu apa nak jangka di sana. Harap-harap percutian pendek kami ini semuanya berjalan lancar :) 




Wednesday, November 23, 2011

di ofis

Am still in the office and it's almost 11pm. Am the last person to present. Huh, why-lah the boss not around and i have to go thru this. Sigh.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Tanah Tumpah Darahku




Kemenangan bermakna! Habis wall fb saye dibanjiri kata-kata semangat untuk Malaysia. Sampai sekarang tak pasti kenapa lah si Indonedia Raya tu tak puas hati sangat dengan Malaysia. Memang mereka lupa la tu ramai sedara mara mereka makan gaji di Malaysia. Korang memang mudah lupa dan kurang sangat rude hoke. 

Apa pun, Malaysia menang kerana HATI kite BERSIH dan NIAT kite BAIK. Tahniah Harimau Muda! 



Wednesday, November 16, 2011

Jangan Pose Macam Ni!

B2B, nanti jangan buat pose camni tau. Tak 'sedap mata memandang' bila dah tua-tua nanti tengok gambo macam ni :)

Sumber: Oh Bulan 

Apa pun, Syella ni memang cantik walaupun tak bermake up. Tapi kulit sekarang lebih mulus dan gebu la kot. Hehehe

Tuesday, November 15, 2011

Dosa Dalam Perkahwinan

Salam dan Hye 

Hari ni saye nak berkongsi satu artikel yang saye kira amat berguna dan relevan lah untuk bakal-bakal pengantin dan juga mantan pengantin. Kite sibuk buat persediaan nak kahwin dari segi duniawi je...hehehe ala yang baju make up hebat-hebat tu, kira duniawi la (macam saye dulu). Owh, saye tidak akan paste keseluruhan artikel di sini. Korang semua boleh klik artikel ini Dosa Dalam Perkahwinan. Lagi satu, kalau tiba-tiba la hati korang tak tenang ke, atau tiba-tiba rasa nak baca sesuatu yang bermanfaat, boleh la tengok-tengok website ni iLuvIslam 

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.


xoxo
Reen 

Bukan Salahku

mentang-mentang la aku takde anak, kawan-kawan pun dah taknak ajak aku jalan-jalan.

sedih.

Bye!

Monday, November 14, 2011

Wordless Monday - ada ke?

How to measure KPI for Tea Lady?

To make good beverage. Herm boleh ke?

Adoiii nak balik nak balik.

Nak kena jadi tea lady kat husband plak.

Friday, November 11, 2011

Suweeeettttttt Sangat

Terjumpa ni! Suka sangat!
Owh, tak sabarnya :)

Sumber: Izyan.com

Xora, tolong la buat post gini. Aku lambat lagi kot :(

Lagu Kahwin

Best la pula dengar lagu kawen kat radio nie :) teringat plak masa saat-saat saye disiapkan sambil dengar lagu kawen saye!


Kepada B2B yang bakal berkahwin hari ini atau minggu nie, Selamat Pengantin Baru!!!!!!!!!! Enjoy the moment!

Thursday, November 10, 2011

Body Shape

I wish the shape of my body is like this ...

Sumber: Redmummy.com 

Tapi mungkin SPANX mampu membantu untuk menyorok lemak-lemak berlebihan. Berminat nak order, korang boleh klik sini Blog Kerry (B2B jugak nie) 

Dan untuk korang yang berminat nak tahu mengenai Premium Beautiful, boleh klik di blog kawan saye ni LadyNaza. Boleh diajukan soalan macam-macam kat dia nie. Hahaha she is more than happy to answer all your questions k (*hoiii, aku promote nie so nak discount ngeee)

Wednesday, November 9, 2011

Thursday, November 3, 2011

Sarcastic People



So mad with sarcastic people. Claimed that they are world class, but they are NOT!  
Please stay away from us. Please. Go away. We are responsible of what we do, unless we are celebrities.

Wednesday, November 2, 2011

I Love My BloG

Source: Google 


Source: Google


AND...

Source: Google


Merekalah pengkritik terhebat saye.
Merekalah pencetus idea saye. 

Friday, October 28, 2011

Udang Galah & Ikan Patin Temerloh


Udang Galah Sungai - Temerloh with Love 

Masak Lemak Udang Galah - Saye yang masak hoke :) 

Masak Tempoyak Ikan Patin - Mama saye masak :) 




Nak resipi? Hehehe Itu yang di atas semua makanan feveret (sebut mcm Usop Wilcha) saye. Cuma udang tu jarang-jarang makan la sebab ikut musim dan juga mahal hoke! Tiap-tiap minggu makan, memang botak la. Untuk Masak Lemak Udang Galah tu saye masakkan untuk keluarga mentua :) Bangga hoke!
Tapi dapat makan kat Temerloh je la :) 


Thursday, October 27, 2011

Dapur Reen: Macaroni Baked Cheese

As salam dan Hi

Kali ni saya nak bercerita tentang resipi yang memang dah lama teringin nak buat dan MAKAN. Jadi akhirnya, 2 minggu lepas saye berjaya buat jugak. Baru ku tahu yang Cheddar Cheesee amatlah mahal. Iye, untuk beberapa keping dan berharga RM10 adalah mahal bagi saye hoke. cheese je kot. Tu belum kira saye guna cheese parmesan la, mozzarella la dan macam-macam cheese lagi la.  Mula-mula ingat susah la nak buat macaroni cheese nie. iye lah sebab nak kena bakor bagai kan. lagipun saye jarang guna oven kat rumah tu pasal die amat kecik. Hehehe kalau nak buat cupcakes pun, adoiii jenuh nak habiskan satu bekas hoke. 

Eih eih lupa nak cerita buat resipi apa. Hah, saye amatlah mengidam kalah orang pregnant nak makan MACARONI BAKED CHEESE. Saye kira agak menjadi la macaroni baked cheese nie sebab takde la teruk sangat kot rasa die. jadi saye amik resepi dari blog masakan my feveret (sebut macam Usop Wilcha, cepat!!!) – Kak Azlita Masam Manis. Saye suka la blog akak nie sebab amat tertarik dengan cara presentation makanan-makanan. Pandai amik gambar jugak akak nie. Semua pun Nampak sedap walaupun hanya dalam gambar. Hehehe Entah kenapa, bila tengok je blog akak nie, rasa rindu plak kat masakan Mama saye. Hehehe 

Tuesday, October 25, 2011

Rindu Dia

Photo was taken on 12 Feb 2011, 6 days before he passed away. 



I missed my dad so much. May he rest in peace. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Babah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. 


“Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, maafkanlah dia dan sejahterakanlah dia. Muliakanlah tempat turunnya dan luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah dia dengan air, salji dan air yang nyaman”.
Al-fatihah.


Tanda-tanda Kematian - klik sini 

Friday, October 21, 2011

Jaga Badan Jaga Makan - Versi Reentartnenas


Salam dan Hi

PENAT! Baru lepas aerobik kat ofis. Saye berjaya mendapatkan kelulusan untuk buat aerobik bagi staf wanita kat ofis nie. Saye juga gembira sebab dapat menyumbangkan sesuatu untuk staf di sini. Dannnnnnn bagus untuk saye juga! Progress kuruskan badan? Saye mula work out dalam 28 September. Jadi setakat hari ini saye hanya berjaya kurangkan 3 kg sahaja! Tapi tapi, inches memang kurang! Sebab saye dah muat kembali pakai baju kurung moden saye, dah tak tersangkut di bontot dan boobs! Apa pun masih belum berpuas hati. Cuma turun 3 kg tu pun sebab saye takde la ekstrem diet. Kalau saye betul-betul jaga makan, pasti boleh turun lagi. Apa pun yang penting sihat dan kena sabar. Kalau kita terlalu paksa diri, memang la berat tak turun-turun. 

Apa saye buat? 

Thursday, October 20, 2011

Tahniah untuk Blog BBF!


Hi Korang!!! 

Hari nie rasanya semua BBF (BloggerBrideForever) sudah sedia maklum dengan kewujudan blog baru khas untuk BBF dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk majlis istimewa masing-masing. Sila klik sini tau: Blogger Bride Forever. Yang saye tahu blog ini terhasil dari usaha Hazlynda Kushairi dan juga pengasas asal kepada Facebook BBF iaitu Farah Fatihah. Walaupun saye tidak bergiat aktif dalam page FB tersebut, tapi setiap masa mesti pegi check out juga HOT-HOT issues di kalangan BBF. Dan tak lupa juga, kalau tetiba tergerak hati nak meroyan atau membebel, haruslah saye menjadi pengkomen tegar!


Tuesday, October 18, 2011

Hari Minggu di Janda Baik


Salam dan Hye

Since dah lama saye dan suami tak habiskan masa bersama berdua sahaja, jadi saye gamble ajak suami pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Dekat je. Kalau dari Puchong, dalam 40 minit dah sampai. Tapi tengok juga keadaan trafik. Tak tau Janda Baik kat mana? Ala, selepas tol Gombak tu, korang exit kat Genting Sempah. Korang pusing Genting Sempah tu dan ikut la signboard ke Janda Baik. Oleh kerana kami pergi tanpa sebarang plan, jadi saye takde buat booking apa pun dan tak tengok map Kg Janda Baik dengan details. Sebab kawasan tu walaupun besar juga, tapi insyallah la tak sesat. 

Thursday, October 13, 2011

Untuk Lelaki Bujang Terlajak SAHAJA!


Hai Semua! 

Pada ketika ini saye masih berazam untuk turunkan berat badan. Walaupun tidak mengamalkan diet yang ektrem, tapi cukupla saye katakan ia menunjukkan perubahan yang amat positif. Diet diet jugak, kesihatan perlu dijaga. Rutin bersukan sudah kembali. Harap saye dapat kekalkan momentum itu sampai bila-bila.

Owh ya, terjumpa gambar ini di Facebook kawan saye. Hahaha memang lawak habis. Beliau tujukan untuk bujang-bujang terlajak nie. Jadi, meh sini saye kongsi dengan korang semua plak. Untuk lelaki, no offense yer. Bergurau je. Hahaha Rasanya bujang terlajak tu kategori yang umur 30 tahun ke atas tapi tak kahwin lagi kot. Hehehe





Tuesday, October 11, 2011

Kembali Lagi! Tempahan Tart Nenas / Biskut Makmor







*Ini adalah sticky post sehingga hari Jumaat, 14hb Oktober 2011. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah lagi yer. 


Tat Nenas

Tart Nenas Lagi!!!

Makmor 


Salam dan Hye...


Ada sesiapa nak order Tart Nenas / Biskut Makmor?
Ini semua home made yer :) 


My specialty of course la Tart Nenas (macam nama belog).


Tempahan perlu dibuat sebelum 15hb Oktober 2011 (Jumaat).
Penghantaran akan dibuat mulai 24hb Oktober (Isnin) onwards. 




Senarai harga seperti berikut: 


1. Tart Nenas = RM15 
2. Biskut Makmor = RM25 


Ada caj penghantaran tak? 


Herm, ini bergantung kepada jumlah tempahan anda. Kalau korang dah order, contoh la Tart Nenas lebih dari 5 bekas, caj penghantaran FREE je.  

Tapi kalau order kurang then, rumah korang memang jauh la, jadi saye akan caj RM5.00 je.  

Owh ya, kawasan penghantaran saye adalah Puchong/Cyberjaya/Putrajaya/Shah Alam.  

Kalau nak saye courier kan pun boleh, tapi kalau biskut tu rosak / hancur, saye tak jamin la yer. Risiko sendiri.  


Tempahan bolehlah dibuat seperti berikut:


1. Nyatakan nama biskut
2. Kat mana nak jumpa (kalau jauh2 sangat, mungkin saye tak boleh nak pegi, so kite jumpa tempat yang senang for both of us la yer) 
3. Selepas saye dah OK, sila buat pembayaran ke akaun bank saye seperti di bawah: 

*Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 24 jam untuk saye secure kan tempahan anda semua. 



Maybank 102064066236CIMB 12550004351520Nor Khaireen Khairudin 

4. Penting untuk korang buat pembayaran dulu sebab, dah pernah terjadi, orang order, lepas tu cancel kan last minutes :(
5. Untuk lebih mudah, korang boleh SMS je saye 017-3393475 


Nota: Saye juga menerima tempahan untuk perkahwinan contoh untuk door gift ke :) 


Bye! 

Monday, October 10, 2011

Menu Hari Ini

Salam dan Hye

Wah, lama tak tulis ayat dengan lengkap kat blog nie. Entah la sindrom apa melanda. Mungkin sebab rasa tak secure kan sebab ramai la plak baca blog nie (follower tak ramai pun!). Macam-macam hal jadi, tapi semuanya tak boleh nak cerita kat sini. B2B, rasanya perlu consider blog baru ni. Tapi sayang la plak blog ni hoke :(

Sambil-sambil mengarang ayat untuk proposal, terus terfikir nak senaraikan menu yang boleh saye masak hari ini. Sebab saye work out waktu makan tengah hari tadi, jadi saye rasa memang perlu masak la hari ni sebab lapar :) Lagipun teringat ada Ketam kat rumah. Semangat hoke beli sebab rasa dah lama sangat tak makan Masak Lemak Ketam. Jadi pilihan menu hari ni, mungkin jadi begini:

1. Masak Lemak Ketam - Sebab nak makan 2 orang je, jadi kita beli 2 ekor ketam je yer.
2. Ulam Kacang Panjang
3. Sambal Belacan
4. Tempe Goreng (Suami tak suka, tapi tempe la my fevereetttt. So nak masak jugak)
5. Ikan Masin Goreng - Tapi ni mungkin tak jadi sebab dah goreng Tempe. Berminyak la plak nanti.

Minuman : Kita minum air masak je yer. Tak payah nak air manis-manis.

Harap-harap takde perubahan rancangan la sebab hari ni suami cuti, takut nanti dia ada plan nak makan kat mana / apa-apa ke. Ataupun kot tiba-tiba ada orang nak datang rumah ke. Adoiii janganla datang, hari ni hari Isnin, saye nak duduk rumah diam-diam.

Kalau siap semua, saye post gambar yer.

Owh ya, saye paling susah nak transfer gambar hoke. Sebab sangat malas. Hehehe Ambil gambar pun malas sebab saye bukan cam-whore. Ishkkk paling banyak muka sendiri masa majlis kawen saye kot :)

I Love ...

Source: My fren pinterest


p/s: So true. Feel like want to punch someone. Not a good start for this week.

Private this blog. I felt so insecure lately. Even though I do enjoy sharing my best moments and thoughts, but I also dishearten when people start to interfere my own personal life. Please, you can read but don't expect me to know that you are reading mine.

Thursday, October 6, 2011

Tips-tips Untuk Mengecilkan Perut Buncit dengan Self-Hypnosis

Hi Korang!

Ini saye kongsi TIPS-TIPS UNTUK MENGECILKAN PERUT BUNCIT.
Memang amat berguna dan sangat memberi kesan. Cuma apa pun yang kita buat, perlulah bersabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik :)

1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak.... tundukkan kepala, tatapan mata ke perut
3. Bongkokkan badan
4. Buka Baju
5. Lalu tampar perut banyak kali, sambil mengucapkan : "Bikin Malu...Bikin Malu...Bikin Malu...!!! Hahahaha


p/s: Jangan marah hah :)

Wednesday, October 5, 2011

Nak Sambal Goreng Jawa

Sangat teringin nak makan SAMBAL GORENG JAWA.
Iye, saye tau boleh buat sendiri, tapi nak orang JAWA pioooor yang masakkan.
Sedapnyer :( Terliur hoke.

Sumber : Foto Media

Tuesday, October 4, 2011

Cucuk Sanggul



1. Saye suka cucuk sanggul saye. Serius, memang suka sangat.
2. Saye suka baju songket saye. Serius, memang suka sangat.
3. Saye suka saye yang dulu 70% pasal masa tu kurus (walaupun masa tu saye rasa saye gemuk ketika itu-perut muncet).


Nota Kaki: Ada ke orang nak sewa cucuk sanggul tu?

Tempahan untuk Tart Nenas & Makmor dibuka sekarang untuk Deepavali & Raya Haji
Email: reentartnenas@gmail.com

Sunday, October 2, 2011

2kg. 7kg to go!

Update: sehingga hari jumaat,30sept, saye berjaya lose weight 2kg. Baju dan seluar,mula longgar. Mungkin inches pun berkurangan. Tapi nie 3 hari balik temerloh, terus sy langgar pantang. Adoiiiii. Harus berusaha gigih mulai selasa nie!

Rahsia kurang 2kg dalam 5 hari?

Sarapan : hanya ambil 100 kalori + minum air byk2
Lunch time : Gym (burned at least 200-300 kalori)
2.00 : hanya ambil 100 kalori + minum air byk2
Dinner : makan seperti biasa, tp bukan makanan yg menyumbang lemak berlebihan.
Ambil makanan yang kalori kurang dari 200.


Yang penting, jaga pemakanan. Dan untuk minggu nie, memang saye x minum air manis langsung.

Friday, September 30, 2011

Marion's Vera Wang Dress vs Memey???

Ternyata taste mereka sangat berbeza.

Memang berbeza apabila kita tempah sendiri ikut taste dan figure sendiri dengan orang sponsor. Ibarat macam pergi butik kahwen, cuba-cuba baju mana yang sesuai, nahhh! Ini yang terbaik.

Dan sah-sah Marion is high taste la kan!

Sumber: Google / Cari.com.my


Sumber: Oh Bulan (my feveretttt - Usop Wilcha) 


p/s: Terfikir plak, family Memey datang ke majlis resepsi (dah macam contest Beauty Pea gent) nie, sebab semuanya so-called English kan!

Thursday, September 29, 2011

Nasib selalu tidak menyebelahi saye. Saye belum bersedia. FULLSTOP.

Wednesday, September 28, 2011

Fida, kenapa kau begini?

Salam dan Hye,

Ntah la kenapa, tiba-tiba je blog nie jadi blog gosip plak. Hehehe Masa sibuk tengok Kasih Alia tu, memang membuak-buak la nak buat enti. Dengan aksi yang rasanya tak perlulah kot. Ishkkk komen lebih-lebih, nanti mesti ada yang cakap, "Haishhh, si ReenTartNenas tu pun bukan pakai tudung dulu".

Ya, saye berharap saye terus la bertutup-tutup. Takde buka-buka dah. Tapi still tak faham kenapa dah pakai tapi nak on and off. Tapi buat masa sekarang, hati saye takde la rasa nak off lagi. Harap-harap la sampai bila-bila. Semoga hatiku tetap!

Saye jumpa gambar nie masa blogwalking di Blog AyuCinta-Kaki Shawl (Eih shawl ayu jual pun cantik-cantik. Bolehlah korang cuba-cuba nanti :)

Sumber Asal dari: Izyan.Com







Dah macam Siti kan?

Tuesday, September 27, 2011

Memey yang Pelik


Owh sungguh tak percaya mengapakah saye nak buat entri pasal minah yang namanya tersebut di atas. 
Owh serius tak suka. Tapi owh, nak share satu gambar yang memang menjadi bualan hangat antara kami B2B dan Ex B2B nie. Walaupun memang kulit muka ko memang lawa Memey kalau tak make up, tapi maaf la, ko GLAM pasal kisah buruk. Tak kisah la ko salah ke tak salah ke, tapi tak manis gitu satu Malaysia kenal ko pasal tu kot. Apa pun, ko jaga la suami ko elok-elok yer dan juga jaga lah hati mereka yang di sekeliling. Doa la hari-hari moga hati suami ko hanya untuk ko, dan bukan untuk Memey 2, Memey 3 atau Memey 4 yang lain. 

Apa komen B2B / Ex B2B? Serius macammmmm owh... tak tau la kan. 
Saye pun kawen kat rumah, tapi idak la terfikir kot nak bungkus rumah ku dengan banner / bunting yang banyak. Lagipun, belum kawen kan, tak perlu la tayang gambar peluk-peluk kat rumah keluarga ko kan, walaupun memang selalu je nampak dalam majalah. Tapi stillll??? Owh... 

Sumber: Oh Bulan (my feverettttttttt - Usop Wilcha) 


Monday, September 26, 2011

Thursday, September 22, 2011

Jangan Masuk Campur

Saye tak suka bila orang suka campur tangan soal kerja dan juga hal personal saye.
Saye tak suka orang bergurau pasal hal personal saye, terutama melibatkan my other half.
You can make joke about me, but not about my other half or anything related to him.
It's not my fault if your other half did not work here. And it's not even my fault when my other half works here.
Jadi bila saye tak pernah sibuk hal orang lain, saye rasa orang lain tak perlu nak sibuk hal saye.
Please, I'm not KEPOCHI. Saye memang sangat tak suka mengambil tahu hal orang lain.
Jadi orang lain jangan lah mengambil tahu hal saye.
Dan please juga, nak bergurau ada batasnya.

It's not my fault when I'm in love with him. Jadi rasanya, ko patut tahu apa maksud JODOH.

Faham kan maksud, Kerja is Kerja. Personal is Personal. 

Wednesday, September 21, 2011

Jalan-jalan Bandung

Salam dan hye

Wah,tetiba je rasa seram sejuk sebab dah terbooked tiket pegi Bandung May Tahun depan.
Actually nak pegi Bali atau Krabi,malangnya tak berjaya mendapatkan tiket murah utk return.
Dapat pegi sana murah, balik sini mahal la plak.
Tapi xpe lah,since both of us pun tak penah sampai Bandung,so redah jerrrr la.
Padahal kami plan for Europe trip, last2 Indo trip je.
Hehe takpela, tengok rezeki tahun depan macam mana.

So lepas ni masa untuk saye survey hotel la. Jadi bantuan korang semua amatlah diperlukan.

Buibui

//wrote using my new baby.

P/s: tetiba rasa cam nak bela ikan kat umah. Hehe

Monday, September 19, 2011

Ishkkk bukan yang itu

Salam dan Hye

Wah,title semalam mengelirukan. Ada yg sms ucap tahniah.
Jauh di sudut hati saye harap ia benar,malangnya tidak. Hehehe
Sorry korangggggggggg!

New baby tu adalah:



Sumber: Gsmarena

Sila klik sini untuk full specs.

Maaf atas segala kekeliruan. Serius suka giller dah ada Galaxy Tab nie. Walaupun masa tu tak tau nak pilih iPad2 ataupun Galaxy Tab, end up, saye pilih nie. Well, citarasa orang adalah berbeza. Tapi saye suka pasal kecik senang sket nak masuk dalam handbag (tak perlu handbag baru). Pastu senang la nak update jumlah order Tart Nenas. Hehehe

Wednesday, September 14, 2011

Jiwa Kacau

Hati gundah gulana? Buat apa pun serba tak kena?
Ini yang saye buat untuk menenangkan hati :)


Klik sini: Quran Explorer 

Sambil-sambil bekerja tu, dengar bacaan ayat suci Al-Quran pun bagus juga :)

Tuesday, September 13, 2011

Thursday, September 8, 2011

Macam mana Dapat Hidayah?


Salam dan Hye...

Rasa macam agak poyo la sebab pasal hal nie pun nak kena buat entri. Ye lah perkara dah wajib, tapi awok nie baru la nak laksanakan. Tergerak hati nak cerita pasal ni, sebab ada seorang ofis mate terkejut dan terus cakap, "Ala, COMEL nyeeeeee". Saye cam, ha? ha? ha? Malu ai yuh cakap camtu. Nampak beno pipi ai semakin gebu pasal tu cakap comel. Hehehe Wan, ko ada orang penah cakap ko COMEL? Ada? Takde kan!!! Ko Xora??? Lagi la takde (aku tak rasa ko baca blog aku pasal ko kena kuarantin pasal terlalu 'kurus') 

Wednesday, September 7, 2011

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang?nah ni erti sebenar dia:“Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”


Nota: Terjumpa ini dari status fb kawan saye. Dalam maknanya. Dalam kita sibuk buat persiapan untuk majlis kahwin kita, mungkin ada yang segelintir terlupa, apa maksud sebenar erti perkahwinan tersebut. Penat jadi isteri hoke. Kecuali korang nak jadi isteri FAST FOOD. Semuanya dibeli. Hehehe Pastikan korang betul-betul bersedia bila buat keputusan untuk berkahwin. Kewangan haruslah kukuh sama ada untuk lelaki mahupun wanita. 

Baru-baru nie terjumpa kenalan saye. Happy married couple with 1 daughter. Beliau kata beliau tidak punya masa untuk masak. Suami kerja tak tentu masa dan balik kerja penat melayan anak. Jadi makan semua dibeli, walaupun untuk ke mulut sendiri. Tak berbaloi katanya masak sebab suami balik lewat. Tapi pada saye, kalau  dia sediakan something, mesti si suami akan cuba curi masa untuk pulang. Ataupun sekurang-kurangnya, apabila dia pulang ke rumah walaupun ketika kita dah pergi kerja, ada sesuatu di rumah yang boleh dia panaskan dan makan. 

Mungkin orang boleh kata, senang la cakap ko takde anak lagi. Tapi pada saye, walaupun saye takde anak lagi, tapi dari sekarang la kena mendidik diri sendiri untuk lebih rajin dan menghargai setiap masa yang ada. Ada anak ke takde ke sama je. Kalau dah malas tu, nak suruh buat apa pun tak boleh. Hehehe 

Owh ya, kebelakangan ini saye selalu rasa penat. Balik rumah tak larat nak buat apa-apa. Semalam pun makan lauk kari ayam yang saye masak pada hari sebelumnya. Serius tak larat nak masak. Mungkin sebab kurang rehat sebab time raya memang non-stop badan nie bekerja.

Tahniah kepada rakan blogger yang baru menimang cahaya mata. Kawan-kawan ofis saye pun ramai dah terima baby baru. Tumpang seronok untuk mereka :) Saye ketika ini gigih memikirkan macam mana nak cari duit tambahan, pasal nak pegi holiday jauhhhhhhhhhhhhhh dengan enchek suami. Jeles sama kamu Sya

Monday, September 5, 2011

Why do ur girls cover up their body & hair?


A non-Muslim guy asked a Muslim guy:
"Why do ur girls cover up their body & hair?"
Muslim guy smiled & take 2 sweets & thn he open one of the sweet. The othr one he keep it close.
He thrwn both of tht sweets on sand & ask:
"If I ask u to take one of the sweets which one u will choose then?"
...The non-Muslim guy said:
"The covered one"
Then the Muslim guy said:
"That's why our women cover their aurah"


"A British man came to a Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man replied: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh then replied: Our women are queens and queens do not shake hands with strange men":)

Friday, August 26, 2011

Tahniah Xora!

Tahniah kepada Xora - Dia Terima Nikahnya atas kelahiran baby yang dinanti-nantikan.
Baby selamat dilahirkan pada 25 Ogos 2011 11.55 malam. Waktu tido saye tu.
Tengah hari nie baru nak pegi melawat Xora.

Sunyi la saya dan Laling nanti sebab dah kurang sorang teman bergosip.
Hehehe bagus juga baby dah keluar. Maybe sebab tak tahan dengan Mommy-Mommynya bergosip :)

Nota Kaki: Wan, aku doakan ko sihat k. Semoga dapat beraya di SP tahun nie.
Saye sangat gembira dan teruja nak balik Temerloh esok pagi. Rasa macam nak balik malam nie je.


Kepada teman blogger, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Mohon Maaf Zahir Batin yer.
Kepada pembeli Tart Nenas & Makmor saye, TERIMA KASIH banyak-banyak kerana terus membeli biskut-biskut saye yang sedap itu. Kepada lain-lain yang berminat, mungkin boleh cuba masa Hari Raya Aidil Adha nanti.

Wednesday, August 24, 2011

Belum lagi?


Kite layan lagu Raya je la mengubat lara di hati. Huwaaaaaaaa bos gaji masuk cepat sket yer.
Mood Raya pun takde.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan Raya Kali Ini



1. Rindu Arwah Babah.
2. Pertama kali Raya tanpa Babah.
3. Pertama kali Raya bersama Suami.
4. Pertama kali Raya sebagai Isteri di Rumah Keluarga saye di Temerloh - YEAYYY!-
5. Sungguh lambat masa berlalu minggu nie.
6. Tak beli baju Raya lagi. - Sebab? - Sila tengok no 7.
7. Gaji tak masuk lagi. Stress! Hanya boleh beli baju Raya Jumaat malam!
8. Pertama kali tak buat baju Raya - Takde hati nak buat sebab Babah takde.
9. Tapi kena cari jugak untuk suami.
10. Penghantaran Tart Nenas dan Makmor belum selesai lagi. Serius penat.
11. Jualan memberansangkan tahun nie. Tapi tak boleh happy sangat sebab kena bayar duit masuk hospital hari tu. Huwaaaaa sedih sebab cari duit extra, tapi kena terus bayar untuk hal yang tak dijangka.
12. Saye nak balik rumah sebab sangat mengantuk sebab semalam sampai rumah lambat. Pastu balik kemas pinggan mangkuk. Pastu sahur pepagi bangun masak untuk sahur. Huwaaaaaaaa nak Raya.
13. Ini bukan merungut. Ini sesi luahan perasaan di kala mata sangat mengantuk.




Friday, August 19, 2011

Hari Pertama Bekerja


Salam dan Hye


Hari ni hari pertama saye bekerja setelah 2 minggu MC. Perasaan? Sebelum ni rasa boring sebab duduk rumah, tapi sekarang rasa malas sangat nak datang ofis sebab nak tido. Hehehe Kebiasaanya selama 2 minggu menjadi Housewife, rutin harian bangun pada jam 9 / 9.30 pagi. Eih 10 pagi pun ada. Hahaha bangun-bangun kemaskan dapur, susun pinggan mangkuk semua, mengadap TV, habis semua cerita saye tengok. Sapu sampah (kalau rajin), mop lantai (erk, tak buat pun sebab malas), lap habuk (buat jugak, tapi senstif habuk kan after operation, so lap ala kadar je). 

Friday, August 12, 2011

Bukan Kanser


Salam dan Hye,

Terima kasih korang atas nasihat dan doa yang diberikan. *Terharu. 
Semalam check up lagi dan laporan dari pembedahan tu pun dah dapat. Alhamdulillah, ia bukan kanser. Tapi doktor ada cakap mungkin akan tumbuh balik, apa pun bukan dalam masa terdekat, mungkin 10 tahun lagi. Jadi, mungkin selepas nie, saye boleh teruskan dengan perubatan Islam. Kite usaha kan? Cuma doktor pesan, saye tak boleh angkat barang dan hembus hidung kuat-kuat. Part angkat barang tu, memang saye tak buat. Erk, yang ringan-ringan saye angkatlah. Tapi kalau dah sampai tahap berat, dan kena panjat-panjat memang tak la. 

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Sebenar


Salam dan Hye

Lama nyer tak update blog. Walaupun hanya sempat buat catatan pendek di sini dan di sini. Alhamdulillah, saye kini sudah sihat, cuma masih perlu makan ubat dan berhati-hati. Tak sempat nak bercerita panjang kenapa saye kena undergo surgery. Sebenarnya saye menjalani pembedahan untuk membuang tumor yang ada dalam bahagian kanan hidung saye. Puncanya bermula bila hampir 2 minggu sebelum saye ke hospital, hidung tersumbat dengan teruk. Nak jadikan cerita, saye pegi klinik sebab hidung berdarah, jadi doctor terus referred saye kepada SDMC. Pegi sana pada Rabu 27 Julai, jumpa ENT Specialist, Dr Chandran, beliau minta saye buat CT Scan.

CT Scanner

Dapat result, esok kena datang semula, kena buat MRI sebab doctor nak pastikan tumor itu tumbuh bermula dari hidung atau otak.
MRI Scanner

Friday, August 5, 2011

Reen Kembali

Salam dan Hye...

Terima kasih pada yang mendoakan. Alhamdulillah semua sudah selesai dan menurut doctor setakat ini tumor itu tidak berbahaya. Apa pun masih menunggu laporan makmal. Masih di hospital. Online kejap pasal enchek suami  pegi solat Jumaat jap. Hehehe Bersyukur kerana dia sentiasa di sisi saye. Nanti saye cerita lagi yer.

Nota kaki: Thanks buat Xora, Wan Laling dan Cik Belle for all the kind words :)

Tuesday, August 2, 2011

Aku Mohon PadaMu Ya Allah








Aku mohon padamu Ya Allah. Engkau sembuhkanlah penyakit ku ini kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja. Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuhi dugaan ini. Engkau kuatkanlah ingatanku terhadap mu Ya Allah. Engkau kasihanilah aku, hambamu yang lemah ini. Engkau kasihanilah insan-insan tersayang ku Ya Allah. Aku mohon kepadamu Ya Allah, Engkau makbulkanlah permintaanku ini Ya Allah.  


Nota Kaki: Kalau saye dah sihat nanti, saye akan ceritakan ok. Doakan saye selamat menjalani pembedahan esok pagi. Saye rasa takut sangat. Harap-harap tiada yang buruk berlaku. Semoga semuanya selamat untuk saye. 

B, thanks for being here with me, to talk and wipe away my fears and tears. 

Monday, August 1, 2011

Dia Bukan Milikku




Tiba-tiba je nak feel sama pasal kes Khairul Fahmi & Elia. Hehehe 


Elia, read and understand the words. 




Nota kaki: Walaupun B tak main bola untuk Team Malaysia, tapi ai tetap sokong yuh tau :) Love U. 

Wednesday, July 27, 2011

Tua Bersama Kamu


Salam dan Hye,

Not feeling well + husband not around = Sad

Tanggungjawab isteri pada suaminya dan tanggungjawab suami lebih kepada ibunya dan keluarganya. 
Dan isteri perlu faham dengan hakikat yang tertulis ini. Dan saye sudah tentu sangat faham. Bukan tak pernah kena tinggal sorang kan? Sekurang-kurangnya ada juga hal rumah yang dapat saye siapkan. Lipat kain + tukar cadar baru + kemas dapur.

Oleh kerana ala-ala mood sedih bercampur gembira, jum layan video ini dari Adam Sandler OST The Wedding Singer. 




Nota Kaki: Tak sabar nak tunggu hujung minggu. Saye nak jumpa doktor. Eihhh saye nak kemas rumah :) 


Dengan ini, order untuk Tart Nenas dan Biskut Makmor DITUTUP. Terima kasih kepada kamu-kamu dan kamu yang sudi membuat tempahan. Kerjasama yang kamu-kamu dan kamu berikan, amat saye hargai :)


Monday, July 25, 2011

Baby Angkasawan, Sophea Isabella - Sheikh Muszaphar & Halina

Salam dan Hye,



Sumber: Oh Bulan 

Comel kan? Walaupun ku rasa baby tu besor, tapi alhamdulillah tetap comel dan nampak sihat :)

21 Julai 2011 merupakan tarikh keramat buat Sheikh Muszaphar & Halina apabila mereka menerima kehadiran orang ketiga dalam keluarga bernama, Sophea Isabella. Baby perempuan seberat 3.6kg ini dilahirkan dalam keadaan yang sangat sihat, comel lote gitu.



Order Untuk Raya: Tart Nenas & Makmor







Salam dan Hye,


INI ADALAH STICKY POST SEHINGGA 25 JULAI 2011. 



 


Tempahan untuk Biskut Tart Nenas dan Makmor telah dibuka mulai hari ini sehingga 25 JULAI 2011 SAHAJA. Sesiapa yang berminat, bolehlah email ataupun sms saye reentartnenas@gmail.com / 017-3393475. 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...