Nuffnang

Monday, October 10, 2011

Menu Hari Ini

Salam dan Hye

Wah, lama tak tulis ayat dengan lengkap kat blog nie. Entah la sindrom apa melanda. Mungkin sebab rasa tak secure kan sebab ramai la plak baca blog nie (follower tak ramai pun!). Macam-macam hal jadi, tapi semuanya tak boleh nak cerita kat sini. B2B, rasanya perlu consider blog baru ni. Tapi sayang la plak blog ni hoke :(

Sambil-sambil mengarang ayat untuk proposal, terus terfikir nak senaraikan menu yang boleh saye masak hari ini. Sebab saye work out waktu makan tengah hari tadi, jadi saye rasa memang perlu masak la hari ni sebab lapar :) Lagipun teringat ada Ketam kat rumah. Semangat hoke beli sebab rasa dah lama sangat tak makan Masak Lemak Ketam. Jadi pilihan menu hari ni, mungkin jadi begini:

1. Masak Lemak Ketam - Sebab nak makan 2 orang je, jadi kita beli 2 ekor ketam je yer.
2. Ulam Kacang Panjang
3. Sambal Belacan
4. Tempe Goreng (Suami tak suka, tapi tempe la my fevereetttt. So nak masak jugak)
5. Ikan Masin Goreng - Tapi ni mungkin tak jadi sebab dah goreng Tempe. Berminyak la plak nanti.

Minuman : Kita minum air masak je yer. Tak payah nak air manis-manis.

Harap-harap takde perubahan rancangan la sebab hari ni suami cuti, takut nanti dia ada plan nak makan kat mana / apa-apa ke. Ataupun kot tiba-tiba ada orang nak datang rumah ke. Adoiii janganla datang, hari ni hari Isnin, saye nak duduk rumah diam-diam.

Kalau siap semua, saye post gambar yer.

Owh ya, saye paling susah nak transfer gambar hoke. Sebab sangat malas. Hehehe Ambil gambar pun malas sebab saye bukan cam-whore. Ishkkk paling banyak muka sendiri masa majlis kawen saye kot :)

2 comments:

Unknown said...

hr nie nak masak lemak jugak
tp ikan...
hehehehe

Cik Puan Mimi said...

reen~~ sedap nye ketammm!! mimi suke ketam.tapi husband pulak x ley makan seafood..so dah lama tinggalkan seafood. sob2~

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...