Nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Hari Minggu di Janda Baik


Salam dan Hye

Since dah lama saye dan suami tak habiskan masa bersama berdua sahaja, jadi saye gamble ajak suami pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Dekat je. Kalau dari Puchong, dalam 40 minit dah sampai. Tapi tengok juga keadaan trafik. Tak tau Janda Baik kat mana? Ala, selepas tol Gombak tu, korang exit kat Genting Sempah. Korang pusing Genting Sempah tu dan ikut la signboard ke Janda Baik. Oleh kerana kami pergi tanpa sebarang plan, jadi saye takde buat booking apa pun dan tak tengok map Kg Janda Baik dengan details. Sebab kawasan tu walaupun besar juga, tapi insyallah la tak sesat. 


Mula-mula rancang nak menginap di mana-mana pada hujung minggu yang lepas. Tapi apabila timbul masalah bajet, jadi saye perlu bijak merancang ke mana yang kami boleh pergi berdua untuk berehat tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Kalau ikutkan bayar tol, hanya RM5 pergi balik di tol Gombak tu. Chalet/Homestay/Hotel di Janda Baik ini agak mahal la sebab ia merupakan resort/homestay/hotel yang dibina di atas tanah persendirian. Oleh itu, kalau dah sampai sana, rajin-rajin la senyum dan bertanya pada orang kampung di situ, sebab sebenarnya tanpa kita sedar, tanah yang kita pijak tu, tanah kepunyaan mereka. Kalau korang berminat nak beli tanah kat situ bolehlah, tapi minimum harga yang saye jumpa pun harga RM200 ribu, tanah getah. Kalau untuk pembinaan hotel/rumah ke, boleh mencecah RM1.2 Juta hoke. 

Owh ya, Janda Baik nie juga tempat kelahiran Arwah Babah saye. Dulu Arwah Atuk saye pernah menjadi Guru Besar di SK Janda Baik tu. Sepanjang Babah saye ada, saye pernah ke sana sekali je. Lagipun bukan ada saudara mara nak dilawat pun :) 

Ok, oleh kerana tiada plan langsung, kami cuma gamble je pegi. Pagi tu saye siapkan sandwich + air kopi. Bawa air mineral satu botol besar dan singgah Petronas beli jajan sket. Cukuplah bekalan untuk kami berdua. Jadi tujuan, memang nak bermandi-manda je! 

Exit Janda Baik tu, korang akan nampak banyak signage macam nie.




Oleh kerana berjalan tanpa arah tujuan, jadi kami masuk jer semua jalan yang ada :) 
Sambil jalan-jalan, nampak budak nie naik kuda. Rasanya dia macam anak owner kandang kuda je sebab kat depan tu sket memang tersergam indah la sebuah rumah yang besar dan kandang kuda. Kawasan sangat luas hoke. 



Kawasan Janda Baik nie memang sejuk, jadi korang tak payah la guna air cond :) 

Akhirnya kami sampai kat satu kawasan yang ada gazebo. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan kawasan di tepi sungai dah disediakan gazebo untuk berehat. Untuk yang ini, kami cuma bayar RM12, boleh duduk sepanjang hari dan diberi tikar. Harga tersebut adalah termasuk penggunaan tandas dan surau. Kalau tak bayar pun boleh guna kemudahan tersebut (kecuali tikar dan gazebo), tapi iye lah, apa salahnya bayar, sebab memang kemudahan yang disediakan amat bersih. 

Korang boleh buat tempahan gazebo dulu sebelum datang.
Tapi macam kami sebab gamble je, dan kebetulan gazebo kosong, jadi takde la buat tempahan.



Ini Hut Kami. Abaikan orang dalam gambar tu.
Hut kat sini ada macam-macam jenis. Yang bertutup pun ada.


Ada tempat BBQ.
Jadi korang cuma bawa bahan mentah dan arang je la.



Tetiba ada orang tubing! Serius best giller.


Jadi aktiviti kami di situ, hanya bermandi manda. Sungai takde la dalam sangat. Tapi sesuai untuk berehat. Kalau nak dibandingkan dengan Ulu Yam, saye prefer Janda Baik. Sebab? Orang tak ramai dan kalau korang cari ketenangan, korang bolehlah datang sini. Air sejuk giller hoke!!! Sebab kat atas tu memang ada Air Terjun. Cuma tak boleh naik sebarangan la, sebab kena minta orang bawa. 

Balik dari situ, kami singgah kat Andak's Place. Cuma minum Teh Tarik. Ada WIFI hoke. Kebanyakan hotel/resort/homestay kat situ, semua ada akses WIFI FREE. Jadi ok la kan? Kalau korang suka memancing, korang bolehlah memancing kat sini. 


Masa ni baru lepas hujan




Punah Dietku!


Kesimpulannya, kalau korang saja-saja nak berjalan tempat orang yang tak jauh dari KL tu, boleh la datang sini. Kat sini kedai makan pun ada. Tapi advisable korang prepare sendiri la. Kata destinasi bajet. Lain kali, mungkin saye nak menginap di sini. Owh ya, kalau korang ingat yang anak Datuk Anwar Ibrahim tu kahwin, hah, majlisnya di Janda Baik la. Best kan? Kat sini memang banyak sangat tanah persendirian. Jadi tak bolehlah masuk sesuka hati. Apa pun, kena rajin-rajin la bertanya orang kampung di situ kalau korang tersesat ke. Banyak aktiviti kat situ. Jadi kena rajin google k :) 



p/s: Nanti next visit, saye nak menginap di sini. Masa duduk kat tepi sungai tu, owner resort ni ajak kami pergi ke tempat dia untuk melihat-lihat kawasannya. Tapi sebab kami takut gazebo diambil orang, so tak jadi. Tapi lepas tengok website die, nyesal plak tak pegi hoke!!! Tapi mahal la gak satu malam, dalam RM750 kot! Pakcik tu pun cakap memang mahal. 

Sumber: SaujanaJandaBaik

Nanti saye sambung cerita saye borong buku di Big Bad Wolf. 


7 comments:

Mama Ashraf said...

bestnyerrrrr...nak pergi jugakkk..:)

LisaLisut said...

omg reen omg reen. i love you for putting up this entry!!!! i dh lama n kg janda baik.tp tak dpt.hahahaha.bestnyaaaa.must try!! i suka tmpt sejuk2 air terjun hutan2 ni.hehehe.(cuma uhh mahalnya chalet dia) better g rmai2 satu famly baloi gak kot kan.hehehe.thanks reen!

mummy adam said...

wahhhhhhhhhhhhh! daku memang x penah pegi janda baik..and mmg dah lama sgt x bekelah! oklah, boleh direncanakan utk aktiviti new year ni.ahaks :)

Unknown said...

Like this entry ^_^ I pernah duduk seminggu di janda baik.menginap di rumah pakcik al-attas tuh.tanah die memang besa nk mampos kot >.< tp mmg besla..nk g lg ^_^

Reen Tart Nenas said...

Asfiza- mmg best hoke
Lisa- u should go. Ada gak resort yg murah2.ra
jin2 google k
mummyadam-aku suka la tmpt gitu
wani-bestnue wani.a'a die pun ada umah situ

Hazz said...

weeee~~ bestnya Reen! i tak pernah lagi sampai sana. duk dengar cerita org jer, tak tgk gambar. must visit one day! thanks for the info. ;-)

Anonymous said...

Next time ke Janda Baik jengok-jengoklah Mak Lang www.maklang.com

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...