Tak suka bila orang lelaki tanya kat orang perempuan 'dah ada isi dah ke?'.
Saya rasa dia sangat kepoh sebab selalu perempuan je yang tanya.
Ataupun sebenarnya ko nak suruh perempuan tu tanya ko balik sama ada isteri ko itu sudah mengandung atau tidak.
Saya tak suka bila dengar orang cakap, 'owh, my husband sharpshotter'. Serius, saya rasa macam nak lempang-lempang je. Tolonglah jangan berbangga. Saya jeles? Owh tidak sama sekali. Sebab saya rasa perkataan itu tidak wajar diucapkan di khalayak ramai. Tunggulah nanti bila anak ko berderet-deret, husband ko yang sharpshotter tu tak mampu/larat nak membantu ko jaga anak ko tu nanti.
Saya tak suka orang bagi nasihat pasal patutnya mempunyai anak sekarang sedangkan dia baru je mendapat anak pertama selepas 6/7 tahun berkahwin. Ada aku tanya ko kenapa dah 6/7 tahun ko kahwin baru sekarang ko dapat anak?
Saya tak suka orang yang bergaji besar tetapi sangat berkira dengan orang lain dari segi duit. Duit banyak tapi ko menyakitkan hati orang, tetaplah orang akan kenang ko bukan kerana ko banyak duit tapi berhati mulia, tapi sebab ko amat berkira.
Saya tak suka orang yang merungut sebab dia banyak kerja kat ofis. Macam dia sorang je la ada kerja kat ofis. Ko kalau stress sangat sebab banyak kerja, sila lah bagitahu bos ko, mungkin bos boleh buat sesuatu untuk pembahagian tugas. Tapi aku rasa aku pun penah je buat kerja banyak-banyak, tapi aku sorang je kena buat. Tapi aku tak pernah merungut. Owh maksud merungut di sini adalah memberitahu semua orang yang datang kat meja ko bahawa 'saya banyak kerja hari nie. tak sempat nak buat semua'.
Saya tak suka orang yang perasan dia bagus.
Saya tak suka orang yang suka cakap omputih kuat-kuat masa jawab telefon dengan slang London la konon, macam ko sorang je kat ofis ni yang boleh cakap omputih.
Saya tak suka orang guna loudspeaker untuk phone ofis sehingga menganggu orang lain, lebih spesifik adalah saya. Saya tahu ko nak tunjuk ko busy, tapi tak perlu la buat begitu setiap kali mahu buat panggilan kerana sesungguhnya saya amatlah tidak berminat untuk mendengar perbualan ko dengan orang tersebut. Sekiranya ko masih berminat melakukan itu, sila la tukar profession sebagai telefonis sahaja.
Saya tak suka orang cakap kuat-kuat konon apa yang dia cakap adalah betul dan apa yang orang lain cakap adalah salah. Lebih baik la ko bukak ofis ko sendiri, di mana ko jadi CEO syarikat ko sendiri di mana semua orang akan dengar cakap ko sorang je.
-maaf, hari ni sensitif-
16 comments:
saya jugak tak suka dgn org yg ckp omputih kuat2 dlm tepon.konon2 mcm perasan bagus..huhu...
yelah... my fren br sebulan kawin yg kwn2 lain tgh mgndung bleh plak tnya dah ade ke belum...jg lama2 jgn rancang2..padahal die dh 3thn kwin br dpt ank...org tu br sebulan..kita yg dgr ni yg sakit hati kan...
kuasa mak nok! mcm nk lempang laju2....
sabar ye reen cntik..hehehe
saya pon tak suker jugak..
ee geli lah.xfhm kenapa nk cerita hal kain dalam publicly.
aku suka point perenggan ketiga. amat dalam. bagus.
aku tak suka juga kalau aku call org, dia jawabkan loud speaker. tau tak saya segan kawan2 satu department kamu boleh dengar perbualan kita, even perbualan pasal kerja. kalau saya nak semuorang tahu, saya buat memo antara jabatan.
aku juga tak suka org terkejut utk contoh dibawah:
penyibuk: ko dah berapa bulan?
Aku: dah 6 bulan lebih.
Penyibuk: eh, ko dah kahwin berapa bulan?
Aku: dah 6 bulan lebih
Penyibuk: cepatnya!
Aku: aku malu nak tanya Allah kenapa bagi rezeki cepat2. kalau ko dasar hamba tak tahu malu, gi la tanya (tapi aku cakap dalam hati aje ni)
pasal tu aku tak bagitau orang aku pregnant awal2 dulu pasal org suka berperangai pelik di hadapan perempuan ngandung.
aku alergik.
dear reen..
Jan pun selalu kawan2 lelaki yg rapat2 ni tanya, "dah ada lom Jan"..ssoklan yg selalu dapat.. Ada gak member husband tanya pada dia, depan2 kita! huhhh, memang sedeyyy & terasa reen..btw, jan dah 1 1/2 tahun kawen.
Dan jan setuju dengan semua "tak suka" reen.. tapi kita kan manusia. klu kita tak buat, org lain sure ada perangai mcm tuh, mcm bagus!
p/s : silent reader here ..:D
saya jugak seperti anda sangat2 tak suka orang yang berperangai atau mepunyai habit yg anda senaraikan...
shary asfiza: itu la. cam die sorang je la amik english edukasen
kisah aku: itu la masalahnyer. org yg tanya tu pun mcm la tiap tahun die beranak. adoiii.
aty fared & lisa lisut: agreed. tak suka org begitu.
xora: ulasan ko aku suke. aku pun rasa tadi cam nak lempang2 je minah tu sbb ckp ngan ko cam la ko ngandung anak luar nikah. suka ko la nak sepuloh bulan ke 12 bulan ke. aku tetap xfaham sampai skang ngape org begitu. yg pasal loudspeaker tu mmg sgt annoying.
jan@afzan: silent reader! :) auw, ai ada peminat. hehehe yg lelaki tu xperlu la nak kepoh, cukup la si isteri je yg tanya.
su tak rasa lagi orang tanya yang bukan2 ni..baru sebulan kawen..kalau dah sibuk tya tu yang geram..kan tu semua rezeki dari Allah takkan kita nak meraung kan..ermm..tak paham dengan sikap org yang menyibuk cam ni
setuju ngan entry Reen..and paling setuju ngan Pn Xora..ngandung cepat salah..x ngandung lagi pon salah..ade je manusia yang menyebok2...fie ari tuh ade polan nih siap kirakan waktu lewat bape hari..waktu rejadi..dan mcm2..eeiii geram..mcm lah aku dah berisi baru nikah..amit..amit..
i get easily annoyed when people question me about kenapa belum dapat anak lagi lepas tu keluar la tips/nasihat yang tak diminta. bak kata xora, mengandung awal pun salah, mengandung lambat pun salah.
setuju jugak...peliknye lelaki nk nyibuk2...n tak suke org jawab kol tp mcm nk bgtau semua org die dpt kol..pergh...
puan sue + fifie + moose + uya: yuppp, tak sangka ada org yg begitu. pasal tips nak preggy tu, owh, mmg sgt nyampah. kalau suh baca2 doa tu bleh lagi la dgr. nie kalau siap ajar camne tu, masalah sket nak dengar.
Suke entry ni..senang cite, xsmue yg org buat kite suka, dan xsmue yang kite buat org suke , Life is Fair enough.
reen...ira pon memang sangat TAK SUKE bile orang tanya bile nak preggy...rasa stress yang amat sangat...dah tak rezeki, takkan kite nak bagi ada...sometimes dorang nih tak paham perasaan orang lain...
reen, aryn pun da naik fed-up klu blk2 kena tanya bla nak preggy? aryn da kawin 1 thn lbh, so fhm2 ja la... asal aryn x brapa nak sihat ja, trus suru p check... asal aryn rasa pening2, trus suru p check lg... tension tau, huhuhu...
Post a Comment