Nuffnang

Thursday, December 16, 2010

Katerer - Majlis Bersanding



Salam dan Hye

Review Part 2: Katering Temerloh

Tajuk macam gempak kenapa??? Hahaha hanya ko yang tau Xora! 

Owh ya, review ini mungkin tidak memberi kesan kepada B2B yang di luar kawasan Temerloh. Tapi mengenangkan mungkin ada B2B yang mencari info mengenai Katering di Temerloh, so tak salah rasanya saye review. Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca yer..

Urusan katering, mama dan babah saye uruskan. Mula amik dengan catering ini masa majlis bertunang saye. Owh ya, org kata masak sendiri lagi meriah, tapi tidakkkk tidakkk saye tak mahu susahkan org. Jadi keputusan mengambil catering adalah tepat! Bayaran, haruslah lebih sedikit. Tapi saye rasa, bila kira-kira balik, sama je. Sekurang-kurangnya, kurang penat dan tak perlu pening memikirkan rempah tak cukup la, ayam belum potong, kerbau belum ditambat.

Katering saye, Paya Luas Katering. Ini perniagaan keluarga, jadi Along adalah tokey nyer. Servis diberikan boleh dikatakan memuaskan hati. Keluarga saye tak perlu risau apa-apa. Paya Luas Katering ada sediakan khidmat kanopi sekali. Jadi memang semua diambil dengan caterer tersebut. Hiasan meja beradap adalah free dan mereka boleh ikut tema kita. Macam saye maroon, jadi mereka cuba cari kain yang hampir mengikut tema, merah darah kot. Tapi memang kena dengan tema la J Katerer juga tak berkira. Dari makan untuk majlis nikah, hingga la makan pagi dan makan kenduri, semua minta mereka sediakan. Owh ya, Cuma utk makanan pengantin, Along awal-awal inform dia akan caj RM500. Oleh kerana kami rasa tak berbaloi, jadi kami skip amik makanan pengantin dengan Along, dan minta jiran saye sediakan. Tapi ok la, sekurang-kurangnya, katerer berterus terang tentang caj-caj yang dikenakan. Tiada “hidden cost”!


Meja Beradap Kami. Owh, air mineral tu adik-adik saye yang letak kot .
Gambar Ehsan dari: Wan Laling 


Udang meriah kan? Saye tak makan pun :( Itu hasil air tangan jiran saye yang baik hati.
Owh ya, bunga deco merah itu hasil tangan Xora. Yang bunga kuning itu, hasil idea saye, tetapi Cik Pengapitzzz yang buat :p 

Tapi awal-awal saye cakap, kos majlis kahwin di rumah rasanya lebih mahal dari dewan. Itu dari komen kawan-kawan la. Harga untuk per person saye agak mahal sebab keluarga saye tambah pelbagai jenis lauk. Tapi kalau korang ikut pakej yang disediakan, boleh la dpt harga bawah rm10 kot. Yang penting, puas hati!

Lagi satu, pihak katerer saye tersebut memang akan sediakan satu khemah untuk mereka sahaja dan derang akan masak di situ juga sekiranya lauk tak cukup. Jadi sampai petang tu, kalau ada orang datang, masih ada lauk pauk untuk dimakan J Jadi jangan risau hoke.


Owh ya, meja guestbook juge saye mintak katerer sediakan. Derang siap pasangkan skirting hoke! Saye tak mintak pun :p Konklusi: Katerer tersebut amat memahami dan mahu memberikan yang terbaek untuk keluarga pengantin.


Meja potong kek pun mereka sediakan. Skirting pun mengikut tema. Cuma, Xora menambah dekorasi bunga merah dan batu sungai. Boleh refer post beliau yang ini


Deco meja beradap yang simple. Walaupun ada org komen warna bunga tak menyerlah,
tapi ini dekorasi ikhlas kan, jadi saye sangat OK dengan warna bunga tersebut. 

Owh ya, meja untuk sebelah pihak lelaki hanya disediakan 2 je yang dihias cantik sebab tak cukup ruang. Untuk yang lain-lain, ada disediakan hampir 8 meja untuk keluarga sebelah lelaki. Tidak dihias cantik, tetapi makanan dihidangkan atas meja. Saye taktau la sape yang buatkan. Mungkin katerer kot, sebab tenaga kerja katerer memang sangat ramai hari tu. Door gift untuk keluarga lelaki, diletakkan sesiap atas meja. Ini bagi mengelakkan kami terlupa bagi la. Lagipun, sepupu-sepupu pun hanya datang pada hari majlis, jadi nak buat pembahagian tugas pun tak sempat. 


Nasihat saye: Walaupun keluarga yang uruskan soal katering, tapi kita sebagai pengantin boleh juga memberi pendapat. Macam saye, saye suarakan pendapat saye tentang meja beradap nak macam nie macam tu. Saye tau dekorasi nya hanya la letak seketul bunga di atas meja, tetapi pemilihan kain yang mengikut tema, sangat membantu dan selepas itu, boleh la deko sendiri. (Saye ada 3 kawan yang hebat membantu saye deko meja beradap : Xora, Wan Laling, Cik Yatt).


Ini sedikit maklumat mengenai Paya Luas Katering. Kot-kot la ada yang berminat.

Lokasi             :           Berdekatan dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
 Dekat dengan Taman Jaya 2, sebelum Paya Pulai
Hubungi         :           Along 017-9397609





7 comments:

Xora said...

REEN gebu. sorry la aku tak tahu dgn alas meja sekali merah (sama cam blog ko nye ni merah haha) if tak aku pilih putih :) tapi aku tak suka putih.. warna pink ok? ko kawin la lagi skali dgn lelaki yg sama. kos, laling tanggung.. hahahah

Elya Roza said...

reen....mmg klo meja guesbook and meja potong kek boleh mintak dgn caterer yeh??
cuz time elya nnt kusi meja , dewan akan sediakan

erin said...

Thanks, tak pernah tau pun kat mana nak cari katering kat temerloh. entry u mmg membantu :)

Ajwedding said...

thanks for info..
kot2 Liza berkenan nk usha catering ni..yg penting makanan cukup & sedapp

Anonymous said...

nurul here.. tengs utk review ni! =)

Reen Tart Nenas said...

Xora Kurus: haku tak kesah hoke. aku cam ada ternampak komen psl meja tu, tu yg tulis sebelum ada juge org komen kat aku... :p xyah la majlis kawen lagi, puluh2 ribu lagik mau dihabiskan :p ko terbaekkkkkkkk

elya: boleh je. cuba la tanya org katerer tu. eih, tapi saye mmg amik kerusi meja ngan katerer tu. utk yg side shah alam hari tu, mmg pihak dewan sediakan kerusi meja juga, tapi derang bagi banyak giller, so kami guna je la ape yang ada untuk meja guestbook :)

erin: :) thanks. ada banyak jugak kat temerloh tu, biasanyer org tua mesti tau :)

liza: yuppp, penting sedap+cukup+katerer tak berkira

nurul: harap membantu :)

Anonymous said...

salam reen..
slmt pengantin baru(yg tak brape nak baru..hehe)..mungkin dah terlambat utk u tau tp sy tetap nak bgtau gak..sy buat katering pengantin(shj)bertempat dichenor..caj cuma rm390,utk 16 org mkn,siap pinggan mangkuk putih 4 segi ala hotel dan 2 pelayan..siap sekali semua hiasan bunga,lilin,kad menu...
itupun ade org yg ckp mahal...-huda

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...