Nuffnang

Thursday, December 27, 2012

Love, Taiping

Hi

Post yang pending 2 Tahun Ulang Tahun sekian lama dek kemalasan melanda diri tidak berkesudahan :) 

Kami pegi Taiping & Ipoh sempena 2nd anniversary. Kenapa 2 tempat tu? No reason for it. Kami just nak jalan-jalan dan makan-makan. Serius I tell you, makanan sedap2. Tak cukup masa dan tangki kecik nak makan :) OK. Saye cerita secara ringkas. Korang layan gambar aje. Ada apa-apa soalan, sila komen :) 

Tempat pertama: Taiping. Stayed at Taiping Golf Resort. 

Harga bilik murah (reasonable). Bilik besar juge and selesa juga. Cuma hermmm, servis from pekerja slow sket. 10 malam baru dapat towel hokeee. Breakfast nye kami tak makan pun sebab kami mencari makanan local aje :) 


Kat Pekan Taiping. Highly recommended. Bismillah Cafe. Cendol sedappp.



akak tu jual laksa. betul2 depan kedai cendol ni. Jual atas motor je. 

Tapi laksa akak ni still tak boleh Laksa Bukit Gantang. Serius, kempunan sampai skang. Sebab masa singgah otheway nak ke Ipoh, akak tu tutup kedaiiiii. Makkk nanges uolllsss.



Cencol + Laksa + Rojak 

Sedappppp.


Lepas tu, kami singgah cari Teh Tarik dan Popia basah yg super femes kat Hentian Pasar. Dia memang dekat pasar Taiping la. Tak jauh pun. Senang cari.

Tu Popiah tu. Kedai Mula2. Ape ntah nama dia. 


Terbaekkk I tell u! 


Yg gerai kuning tu jual murtabak. Masa ni dah kenyang. so tak beli. esoknye dtg balik, skali kedai tak bukak lagi... kempunannnnnn


Teh Ais terbaekkk. Sedappp giller wa cakap lu. Teh Tarik die pun sedappp bangat. 2 kali kiteorg pegi kedai yg sama. Betul2 depan gerai popia tu. Ada abg melayu tu buat air sedap.

Bro tu mcm Safee Sali sekali pandang. Sila la pegi kedai ni utk minum Teh Tarik super sedappp. 



Malam tu kami makan kat Keow Teow Goreng Doli yang super femes tu. Org kata tak sah kalau pegi Taiping tak singgah Doli. Herm, ramai org. Siap kena tunggu meja clear dulu. Tapi bagi kami, Keow Teow Goreng dia biasa-biasa aje. Saye tak rasa la teringin nak makan lagi. Tapi lain org lain yer. Sebab mesti la sedap kan, kalau tak takkan la femes. Tapi, Nasi Ayam dia sedap. Serius sedap. Menu dia tak banyak. Jadi korang order tu agak-agak la yer. Tapi dia ada byk jenis air :)

Keow Teow Goreng + Nasi Ayam (Macam ayam goreng Upin Ipin tak?) Hehehe



Ok. Bersambung nanti. Kisah Taiping tak habis lagi. Nanti sambung dengan experience kami stayed dekat Hotel Lost World of Tambun. Hotel sgt best!


8 comments:

honeylily said...

Kue teow Doli tu dah buka cawangan kat TTDI Damansara..yg kat KL tu anak dye yang jaga..tapi mahal skit la.sepinggan yang kecik rm6 yang besar rm10 kalau tak silap..

Hazz said...

ramai btul yg brjln ke utara hjg2 tahun ni.. jeles2.. terliuq tengok foods sedap2!! ;)

Anonymous said...

as.salam reen,
sy klo ke doli tu, sy mmg akan order ns ayam die je. sedap kan ayam nye? tp nasi sikit. huhu =)

slm kenal ye.

Xora said...

Perak memang makanan best2.. aku n dz masukkan perak dalam tahun melawat 2012, selain redang.kot2 ada halangan, gi perak pun OK pasal makanan mmg best

Reen Tart Nenas said...

honeylily: tu la. tp sbb x teringin sgt, so malas nak g cari kat TTDI. apa pun, thanks ya for sharing :)

cik Hazz: utara best makan2. i think kalau pegi Penang lebih heaven kot.

anon: hi! aa nasi die sket. tp sedap kan :)

ixa: oiii tahun 2013 la. ape daaa ko. jum jalan2 best...

adlyn833 said...

reen>>kue teow doli tu i pn x suka.rasa dia biasa2 je.kat tepeng tu mmg byk makanan best.u ada try sotong kangkung kat area balai bomba x?mmg sedap bangat..;P

QueenBz said...

Cite pasal makan aje. benci tau. dah lama tak balik makan sedap.

Reen Tart Nenas said...

balkidz: meh la balik meh :)

adlyn83: kan! tp tu la lain org lain. yg sotong kangkung tu x try sbb dh mkn doli. tido semalam jer kat tepen. lalu je la gerai die. kecewa betulll

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...