Nuffnang

Sunday, April 28, 2013

Menderma Perabot dan Barang-barang Terpakai

As salam dan Hai

Nak tanya korang. Korang tau tak kat mana nak menderma barangan terutama perabot? Kalau boleh yang ada khidmat datang mengambil kat rumah. Sebab saye nak dermakan sofa saye. Sofa masih berkeadaan baik. Saye dapat pun dari kawan saye. Sebab masa tu baru kahwin kan, dan dia pun nak beli sofa baru, jadi since saye tinggal di rumah sewa je masa tu, saya ambil la sofa dari dia. Bila pindah rumah sendiri, kami beli sofa lain. Dan sofa yang diberi tu ada di ruang rehat atas. Tapi tak penah duduk pun kat atas tu. So saye ingat nak derma kan or bagi je la pada sesiapa yang nak. Kalau ada sesiapa yang ada contact, boleh la inform saye yer.

Thanks

Reen 

Wednesday, April 24, 2013

Bile Nak Kahwin



Sama lah macam Bila Dah Kahwin, orang tanya Bila Nak Ada Anak
Eih makcik, lupa saye nak tanya, Bila Suami Makcik Nak Kahwin Lagi? Pasti makcik teringin nak anak kecik, pasal tu sibuk-sibuk tanya hal saye. Jangan risau. Suruh jer suami kahwin baru, nanti dapat la baby tiri. Seronok tau makcik. 
3 bulan pertama ok la makcik. Tapi ni dah 2 tahun lebih, so jangan sibuk la tanya soalan yang sama. Ada faham?

Kalau lah aku secun Jane nie, memang aku buat video khas versi Bila Dah Kahwin plak. 


Layanzzz. Sumber: Ofkos la Youtube


Friday, April 12, 2013

Bila Kita Sedih Tanpa nya

When you love somebody, you will learn to accept the imperfections. 

Bila kita rasa sedih kita tidak sempurna dan kekurangan, ada lagi yang lebih merasanya dari kita dan tidak pula menganggap ia sebagai kekurangan dan ketidaksempurnaan. 
Sempurna itu bukanlah bila bertiga berempat dan berlima. 

Masyarakat, buka mata buka hati. Seikhlas mungkin kau tanya, terlalu pedih untuk diberi jawapan. 

Kisah Wani Ardy membuka mata saya. Sebab itu lebih positif kini :) 

Sumber / Source : YouTube



Reen 

Thursday, April 11, 2013

Asians At Work

Hahah This is so funny because it is so true :)

Saye dah draft siap-siap entri Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka yang penuh dengan gambar makanan dan sendiri and stumbled upon plak kat video ni. Aduisss. Should I post it or leave it in Draft jer? Hehehehe

Sumber/Source: Youtube


Just Give Me A Reason

Hi Stalker! Hawauuu you? :)

Ini lagu favourite saye sekarang. Hari-hari wajib dengar. Nasib ada youtube :) Teringat dulu masa belajar kat Matrix ada sorang kawan saye die-hard fan P!nk. Sampai rambut pun dah macam P!nk dah :)

Dan suara Nate Ruess adalah superb!

Nota: Standard la klip video omputeh ni mesti nak 18SX bagai. Korang hayati lagu tu je, jangan dihayati plak video tu hahaha

Sumber/Source: YouTube


Tuesday, April 9, 2013

Restoran Pak Putra Cheese Naan Terbaekkk

As salam.

Food again? Hahaha

Ok, masa ni trip kami ke Melaka. Saja jalan-jalan cari makan. Serius. Memang banyak makan untuk trip Melaka masa tu. Since most of the pictures are in my handphone, so entri kali ni kite cerita pasal Restoran Pak Putra dulu la. Ini jer gambar yang sempat di transfer ke laptop :)

Anyway, trip mencari makan di Melaka ni saye minta bantuan kawan yang asal dari Melaka untuk suggest tempat-tempat makan wajib pegi. Selain itu, ada selingan-selingan yang kami cari sendiri based on experience sendiri pergi Melaka.

Hari pertama we olls sampai, malam tu terus makan Cheese Naan yang amat lazat sekali kat Restoran Pak Putra. Rasanya memang semua orang Pakistan kot sebab amik order pun cakap omputeh. Dia tak berapa nak pehe org kecek Melayu ni :) Ayam Tandoori dia pun sedap. Serius sedap tak tipu. Kalau korang pegi Melaka, sila la pergi makan Cheese Naan ni. Rasanya tak sama macam kat kedai mamak kat area Klang Valley ni. Restoran ni betul-betul kat Bandar Melaka la. Taman Laksamana camtu la kot address dia. Nanti korang google je la. Takde GPS pun senang nak cari kedai ni. Jangan taktau, mat saleh pun ramai makan kat sini :)


And of course, ai order 2 set, just for me :p




Bai

Reen

Monday, April 8, 2013

Sengkuang Calit

Hi Semua,

Lama tak bersiaran. Malas sebab kepingin laptop baru, boleh? Hahaha
Anyway, nak share menu wajib yang saye akan order kalau ke Lokas Makana, Puchong. 
Rasanya ramai tahu sebab tempat ni mula-mula famous amos sebab adanya Burger Bakar tu. Since dekat dengan rumah, so  mostly every Friday night both of us akan lepak di Lokas Makana. Ye lah berdua jer kan :) 

One of my fav is Old School Sengkuang Calit. Ntah apa la yang die bubuh tapi memang sedap sangat. Basically ia adalah sekuang yang dipotong sederhana nipis, dan ditabur kacang yang ditumbuk2 dan ada kuah mcm kuah rojak tu. Tapi ada rasa manis2 sket la. Ishkkk memang sedap. So kalau ada kesempatan datang situ, korang boleh la try Sengkuang Calit ni selain dari Burger Bakar tu. Owh, alamat? Korang Google jer la yer :) 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...