Assalamualaikum,
Bersawang blog. Maaf la. Susah betul mencari semula passion untuk menulis. Rajin upload gambar di Instagram sahaja :)
Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blog yang masih ada. Semua dah beranak pinak dah hehehe. Teringat masa mula-mula berblogging, semua nya sibuk dengan cerita persiapan nak kahwin :)
Tiada update baru dari saya. Kami masih berdua. Masa diisi dengan membina kerjaya dan hobi masing-masing iaitu menghabiskan duit :) Bisnes biskut raya masih berjalan macam biasa. Boleh la buat tambah-tambah duit beli tudung baru kan. Hehehe
Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang masih membeli biskut raya dari saya :)
Kalau rajin, selepas Raya, saya sambung menulis.
Tahun ni, rasa sayu betul nak meninggalkan Ramadhan. Sedih. Dengan pelbagai perkara yang menimpa Malaysia kan. Semoga ahli keluarga dan rakan-rakan MH17 tabah menghadapi ujian.
Saya ada beritahu suami, it could be us.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Nah, belanja sket gambar latest kami berdua. Of course la, saya paling banyak berubah :) Berat tak pernah turun hehehe
May 2014 - Geneve |
3 comments:
sama la kita..agak lama jugak utk mengupdate blog. hehe.. salam aidilfitri drp saya sekeluarga :)
jemput singgah & sudikan lah follow :)#314
http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html
selamat hari raya reen!!
selaamat hari raya reen! lame nye xdengar update reen =)
Post a Comment