Nuffnang

Friday, April 20, 2012

Tak tahu tajuk apa

As salam dan Hi

Salam Jumaat. 
Ramai orang gembira bila tiba hari Jumaat. Sebab? 
1. Mungkin rasa bersyukur kerana masih bertemu dengan Jumaat, penghulu segala hari. 
2. Waktu kerja lebih pendek sebab rehat 2 jam. Yeayyy! 
3. Esok cutiii. 

Kalau tiada apa-apa, esok kami akan mula pindah barang-barang ke rumah baru. Belum panggil lori lagi. Tapi kami akan angkut guna kereta 4wheel Arwah Babah. Alhamdulillah, berguna juga untuk kami sekeluarga :) Esok juga ada kontraktor datang pasang grill dan awning. Owh, itu saye cerita di blog lain. Cuba taknak campurkan dengan blog sekarang ini. 


Pastinya akan penat sepanjang minggu nie. Mengangkut barang-barang dari tingkat 2 dan nal bawa pula ke rumah baru kami. Owh ya, kami angkat berdua je. Ye lah, siapa lagi yang nak bantu kan? Dulu pun berdua, kini pun berdua. Cuma nanti untuk barang-barang besar, kami cari lori dan upah sekali la. 

Mencari barang-barang untuk rumah lagi susah dari cari barang-barang untuk kahwin :) Owh ya, selain dari persiapan perkahwinan, jangan lupa asingkan bajet untuk beli rumah sendiri. Ada orang kata itu tanggungjawab suami. Tapi hey, jangan fikir begitu. Kita bekerja untuk membantu suami dan tak semua suami mampu nak pikul tanggungjawab sendiri dalam membeli rumah. Susah hoiii nak lepas loan untuk beli rumah kalau pakai nama sorang je. Kecuali la gaji memang banyak giller, takde komitmen langsung (kereta tak beli, kredit kad tak guna) dan harga rumah tak mahal (susah nak cari rumah below RM200K yang besar dan di Klang Area), hah baru lah boleh pakai 1 nama je untuk loan. Kalau ya pun beliau mampu, still kita harus berkongsi bayar bil-bil rumah kan? Hah, jadi dalam keseronokkan mencari baju pengantin paling superb, da bom, dan gorgeousss, mencari pelamin yang memenuhi impiannn, jangan lupa selitkan sket bajet untuk rumah baru nanti ok :) 


Bye! 

6 comments:

LisaLisut said...

agreeeeee :)
i mmg tggjwb dr b4 kawin byr bill dlm rumah hehe. tp apa2 pun kene discuss dgn husband. zmn skrg tak bole letak semua ats bahu husband.kene tlg menolong.cewah. hehe

Unknown said...

wah!!Reen ada blog lain juga>,<
nnt jgn lupa kongsi gamba rumah baru :')

fana.akim said...

wah...bestnye dah nak pindah rumah da..semoga pintu rezeki akk murah ok dengan rumah baru ni :)

Xora said...

kalau ikut kriteria yg ko tulis tu, cam ada potensi besar ni aku boleh dapat loan pasal aku takde kad kredit, takde loan kete.. boleh ni bt investment

p.s masih trauma dgn kejadian pembunuhan tuceng tersebut.. tuuceeeng

Xora said...

kalau ikut kriteria yg ko tulis tu, cam ada potensi besar ni aku boleh dapat loan pasal aku takde kad kredit, takde loan kete.. boleh ni bt investment

p.s masih trauma dgn kejadian pembunuhan tuceng tersebut.. tuuceeeng

Hazz said...

bestnya nak masuk rumah baru! ;-)

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...