Nuffnang

Tuesday, October 9, 2012

Change Lifestyle, Eat Healthy

Ada Negara mati sebab tak makan, kita kat Malaysia mati sebab terlebih makanan. Hah, statement agak kejam. Tapi kenyataan. Bukan nak salahkan makanan, tapi cara kita tu. Makan macam-macam, iye tak? Lupa yang sebenarnya kita kena ambil healthy foods :) 

Well, almost sebulan juga saye jaga pasal pemakanan. 1. sebab takut penyakit. 2. berat naik sangat. 3.herm sebab not good la...

So, there are some tips to share. Takmo ikut takpe. Tak paksa. Hehe 

1. NO FAST FOODS 



Serius. Yang ini perlu keazaman yang tinggi. Tapi mesti boleh punya. McD, KFC, Pizza, Wendys owhhh semua tu tak boleh yer. No No No. Kenapa tak boleh? Korang pun tau kan. Dari tengok cara penyediaan pun dah tau memang tak sihat. Tapi kalau dah teringin sangat, makan la sket. Buat sedap tekak. So for me, berjaya lagi untuk tak makan :) 


2. No Bicarbonate Drinks 

Air bergas No No No. Lama dah tak minum air coke. It used to  be my feverettt. So No No No.

3. No Chicks eih Chicken Bandar :) 

This one so so not healthy. Ayam tu bagus. Tapi sebab sekarang banyak yang suntik muntik kan. So ayam bandar No No No. Kalau nak consume la Ayam Kampung. Iye memang mahal sket. Sekilo kadang-kadang dalam RM14-15, tapi untuk sihat kan? Jadi kena berkorban la yer. 

4. Junk Foods / Jajan 
No no this one also cannot. Iye lah kadang-kadang teringin nak makan Cikedis ke, Pringeles ke, hah makan la kalau dah teringin. Tapi jangan selalu. Jangan hari-hari. Macam saye, kalau nak jalan jauh, mesti tend to buy Cikedis kat petrol pam. So mesti you all pun camtu gak kan. Hah, jadi elakkan. Untuk sekarang, saye bawa bekal buah-buahan je. Gula-gula memang takde la. Tak terliur pun nak makan dah skang ni. Hahaha 

Erk apa lagi eik. Macam banyak la tak boleh makan kot. Eih yang tak berkhasiat la. Macam daging merah pun kena kurangkan. Boleh makan Ikan. Tapi hari-hari jemu jugak kan. Jadi pelbagaikan. 

5. Less Carbo 
Hah Nasi2 tu. Mee2 tu. Hah kurangkan. Bukan tak boleh. Kurangkan :) 


Macam saye, masak pun skang dah tak masak bersantan dah. Masak bersantan adalah kepakaran saye dan feveret. Kalau masak lemak tu, hari-hari kottt boleh makan! Tapi demi nak sihat, No No No. Tak boleh hoke. Kecuali la kalau korang punya rutin harian seperti exercise tu consistent, hah mungkin boleh. Tapi still tak boleh consume hari-hari. Kang tersumbat jantung ko kang! 


Eat Healthy 

1. More Fruits 
Eih buah pun ada kalori. Tapi kalori dia senang nak hadam. Tak macam kalori dalam seketul drumstick ayam! Yummmy! Jadi pilih-pilih la. Macam mangga memang banyakkk kandungan kalori dia. Jadi you all pilih la buah-buahan lain :) 

2. Drink Plain Water 
Hah sila la minum yer. Tapi jangan sampai berlebihan. Sebab ada kawan saye cakap (dia sakit buat pinggang), doc dia cakap minum air banyak sangat pun bahaya. Kidney nanti laju sangat nak bergerak (tapi ni xtau la betul ke tak. Saye tak doctor hehehe). Tapi minum je la air masak. Bagus. Lebih baik dari air sirap. Hah Nescafe Ais ke. Pehhhh sedap la plak. So far saye berjaya la. Cuma ada jugak seminggu sekali saye minum Teh Tarik / Nescafe Ais! Pehhh memang terbaik. Hehehe Eih plain tu maknanya air suam tau. Jangan kau minum ais plak. Stilll Not Good. 

3. Exercise Regularly 
Hah ini jangan lupa. Kena buat senaman. If tak mampu hari2, buat la hujung minggu. Macam saye nasib baik gym ada kat ofis. So lunch hour pegi gym la. And ye lepas tu makan bekal kan tempat duduk :) Kalau kat ofis ada tangga, hah naik la tangga. Jangan kau naikkk dengan heels plak. Pakai la flat shoes ke. Nanti dah sampai kat work station, baru la fifi semua gorjes hokeee. Ko park la keta jauh sket. Hah so berjalan. Walk walk and walk. Kalau pegi beli barang kat giant ke tesco ke, kan besor kan tempat tu  kan, hah korang pakai kasut yang sesuai, dan menapak la dalam tu. Lepas tu, ko dahaga jangan kau minum Nescafe Ais plak! Sia-sia aje lemak yg ko baru buang tadi. Hehehe 

Pendek kata, semua kena usaha. So Mothers, Wives, kita yang kena ubah cara makan family kita. Cuba ubah cara masakan tu. Maybe kena stim ke, bakor ke, rebus ke. Hah, boleh jer husband korang tu makan. Heheh kena ajar. Macam saye, kadang2 kesian la plak kan kasik suami makan brocolli rebus je kan, saye masak la lauk lain untuk dia. Memula susah sebab mesti nak makan sekali. Tapi lama-lama ok. Sape kata ko tak boleh makan, boleh je. Cuma ko jamah la. Jangan ko hadap habis semua lauk tu plak. Hehehe 

Kadang-kadang saye ada gak monteng makan makanan khasiat, tapi saye cuba la. So far fast food memang tak. Ko jangan la lalu depan McD ke ape tau. Kang tergoda hehehe. Owh ya, processed foods also not good. Macam Ikan Sardin dalam tin la, naget2 tu bagai. Haha semua kenot2. Tapi naget sedap kan? 

Ok la. Panjang cerita plak entri kali ni. Hah kalau ada sape nak tambah, sila la.

Reen

p/s: mesti korang pelik apesal saye beria kan. Reason, pasal tak larat nak jawab org tanya saye pregnant ke tak, pasal badan saye naik sangat. Jadi saye perlu kurus!


1 comment:

Mrs Najib said...

Chayok2 teruskan usaha anda!!!

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...