Nuffnang

Tuesday, May 11, 2010

Pantang larang sebelum kawen :)

Hye... i'm not in a good mood coz i am really upset with him. frustrated, angry, semua ada... if he do the same thing after we got married, saye balik umah mak ayah saye! benci benci benci! and now, dah jumpa kawan, he never bothered to check whether i've reached home or not. hate! hate! hate!




Anyway, sebelum nak off my lappy nie, tengah blog walking, terjumpa entry from Layla Rahman. Awak, kite copy entry nie eik? utk panduan saye bersama... kot-kot lupa nanti. 6 bulan lagi baru kawen :) 



Larangan diberi sebagai panduan menjadi pedoman setiap insan..
Banyak pantang larang yang dapat kita dengar daripada nenek moyang kita dahulu kala. Ada yang unik dan ada yang pelik. Terpulang akal untuk mentafsirnya.
  1. Jangan keluar dengan pasangan dalam tempoh 40 hari sebelum diijabkabul
  2. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak dalam air, contohnya sungai kerana tindakan tersebut boleh melemahkan organ seks
  3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oelh mereka yang berniat jahat
  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perut menjadi buncit
  5. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan dari sebarang unsur yang tidak baik.
  6. Elakkan meminum air soya kerana fitrahnya yang sejuk tidak elok untuk kesihatan alat kelamin
  7. Dilarang memandang cermin tatkala disolek oleh mak andam atau jurumekap kerana dikhuatiri seri pengantin hilang
  8. Jauhkan diri dari mengambil makanan atau minuman yang bersifat sejuk seperti bayam, kangkung, jambu batu, timun atau air kelapa untuk mengekalkan kesegaran wajah
  9. Jangan mencukur kening. Dikhuatiri akan menghilangkan seri wajah (sebelum berkahwin)
  10. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

No comments:

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...