Saye suka baca tulisan kisah pengalaman diri seseorang penulis. Rasa macam apa yang ditulis itu sangatlah seikhlas hati. Melalui belog ini, ada kisah tentang sepasang pengantin baru yang kalau dilihat dari wajah mereka, tiada beza dengan wajah pengantin-pengantin baru yang lain. Cuma nye, yang membezakan mereka, si jejaka tersebut telah disahkan menghidap kanser menjelangnya perkahwinan mereka. Pada mulanye lelaki itu mahu membatalkan majlis tersebut, tetapi si gadis ini yang bersungguh-sungguh menyayangi si jejaka sepenuh hati dan tidak sanggup meninggalkannye, mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka. Keluarga si gadis itu juga mahu majlis diteruskan. Alangkah bertuah nye gadis tersebut perkahwinan mereka tidak dihalang. Semoga kedua pasangan ini dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin…insyallah…
Tetiba tertanya-tanya dengan diri sendiri, sanggupkah kite membuat pengorbanan sebegitu besar untuk orang yang kite sayang dan juga demi masa depan kite?... Bersyukur la dengan apa yang kite miliki sekarang.
No comments:
Post a Comment