Nuffnang

Monday, February 28, 2011

Untuk B2B N9 dan Melaka

Salam dan Hye...

Terima kasih atas ucapan takziah di atas pemergian Babah saye. Memang rindu dan sentiasa ingat dia, tapi hidup masih perlu diteruskan, dan jangan risau, saye memang ok. Alhamdulillah, saye diberi kesempatan menjaga dia ketika dia sakit dan berada di sisi nya ketika dia pergi. Tidak sesaat pun terlintas di hati saye untuk lupakan Babah saye.

Ok, cukup kisah sedih. Lepas nie, saye perlu bertambah rajin la untuk update blog :) [En Suami, sila jangan kacau saye!]

Hah, ini ada berita baik untuk B2B dari sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Saye tak pernah gunakan khidmat syarikat ni, tetapi sambil-sambil google, terjumpa plak. Blog yang sangat berguna juga. Lepas nie, bolehlah selalu baca. Kalau korang masih mencari PA System dan Khidmat Video Kamera, bolehlah melawat terus ke blog MohdHakim. Bukan sahaja untuk acara perkahwinan, macam-macam acara yang menggunakan servis di atas pun korang boleh gunakan khidmat mereka.

Jika berminat, boleh hubungi:
Johari di nombor 06-6793763@016-6584187

Wednesday, February 23, 2011

Al-Fatihah Buat Babah Tersayang

Salam dan Hye,

Ingat entri saye Doakan Babah Cepat Sembuh?
Nampaknya sudah ketentuan Illahi, Babah saye pergi meninggalkan kami semua pada 18 Februari 2011 pada jam 3.20 petang di Wad Kenanga 8, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Sesungguhnya, saye dan keluarga redha dengan pemergian Babah yang tersayang. Tak terlintas di hati pun yang tujuan kami bawa Babah ke hospital untuk admitted bagi melakukan proses colonscopy pada Khamis, 10 Februari 2011, adalah tanda bahawa Babah akan pergi meninggalkan kami untuk selamanya. Pada petang Maulidur Rasul, 15 Februari 2011, Doktor telah mengesahkan bahawa kanser telah merebak ke paru-paru Babah dan juga mungkin merebak ke otak. Sejak Doktor beritahu tiada harapan, kami sekeluarga memang sentiasa bersedia. Kesian, sedih dan sayu saye tengok Babah menahan sakit. Saye rela dan redha Babah pergi dari menanggung rasa sakit. Saye tak mampu nak bercerita panjang, tapi alhamdulillah, segala urusan pengembumian berjalan lancar. Babah seolah-olah tidur je. Dan Babah tinggalkan kami semua secara senyap tanpa dada nya berombak atau sakit. Sudah tertulis, rezeki saye dan Mama untuk berada di sampingnya sewaktu saat-saat terakhir. Kami tidak putus-putus mengucap syahadah di telinga Babah. Babah dah tak sedar sejak Khamis, 17 Februari 2011 tengah hari. Tapi, sempat saye memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada Babah pada pagi Jumaat. Bergenang air mata Babah dan saye tahu Babah mendengarnya.

Sewaktu Majlis Bertunang saye 17 Oktober 2009 

Babah, terima kasih kerana membesarkan Reen. Bersyukur, Babah sempat dan kuat semangat untuk melihat Reen kahwin. Terima kasih kerana menerima suami Reen seadanya. Alhamdulillah, Reen diberi kesempatan untuk menjaga Babah sepanjang Babah sakit. Damailah dan tenanglah Babah di sana. Semoga Babah di tempat di kalangan orang yang beriman. Reen sentiasa doakan Babah!

Majlis Sanding saye, 27 November 2010
1957-2011

Xora & Wan Laling, terima kasih banyak-banyak untuk entri korang. *Hugs!

p/s: Inai dijari saye pun belum habis. Babah tinggalkan saye setelah 2 bulan lebih saye berkahwin.

Untuk rakan bloggers, terima kasih atas ucapan takziah anda semua. Lynda (Hazlynda Kushairi), terima kasih atas pesanan dan doa tersebut. Akan terus diamalkan.

Monday, February 14, 2011

Doakan Babah Cepat Sembuh

Salam dan Hye semua...

Saye di Temerloh. Keadaan Babah saye masih tidak stabil. Tekanan darah rendah, paru-paru kanan bocor dan ada jangkitan kuman di paru-paru kiri. Sehingga malam tadi, Babah bergantung kepada oksigen yang dibekalkan. Kalau Babah bernafas sendiri, Babah macam semput, bacaannya un dalam 80 - 88. Saye check dengan sepupu saye (beliau nurse), oksigen yang normal adalah 95 ke atas. Iye, saye sangat risau. Setiap kali Babah cuba bercakap, laju je air mata saye gugur. Setiap kali Babah tengok saye, saye sedih dan sayu sangat. Lebih sedih bila ramai datang melawat. Saye rasa macam Babah dah nak pergi jauh tinggalkan kami semua. Sekarang nie pernafasan Babah tiada perubahan. Dengan bantuan oksigen, bacaanya adalah antara 90 - 95. Tekanan darah pun tak normal sangat, jadi Doktor masukkan ubat untuk membanti jantung Babah mengepam darah dengan lebih lancar. Babah saye tak lalu makan. Puas dah pujuk dan paksa. Hanya boleh minum susu dan makan buah-buahan aje.

Gambar diambil pada 12 Feb 2011. Di Wad Kenanga 8, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Seawal jam 8 pagi tadi, Doktor beritahu yang mereka perlu tebuk sedikit di bahagian paru-paru sebelah kanan untuk keluarkan oksigen di dalam paru-paru Babah. Oksigen tak boleh keluar secara normal. Tapi tadi dalam jam 11 lebih, Mama saye call dan beritahu Doktor nak tebuk sekali lagi. Sehingga entri ini ditulis, urusan tebuk untuk kali kedua masih belum selesai. Saye hanya mampu doakan yang terbaik untuk Babah.
Terus terang, saye sangat sedih. Terlalu sedih. Saye sayu tengok wayar yang berselirat dekat Babah. Setia kali Nurse / Doktor datang, Babah akan fobia. Babah dah trauma dengan jarum.

Rakan-rakan bloggers, mohon untuk doakan Babah cepat sembuh. Apa pun yang terjadi, saye dan keluarga memang Redha.
My dear Hubby,
I love you so much. Thank you for your understanding.

Terkini: Tebukan kedua di aru-paru selesai dan nafas Babah kembali normal, tapi masih dengan bantuan oksigen.

Wednesday, February 9, 2011

Paris Hilton Converts to Islam

Salam dan Hye,


Pagi-pagi nie, terus dapat email dari seorang teman mengenai Paris Hilton dah peluk agama Islam. Alhamdulillah, sekiranya perkara ini betul. 


Paris Hilton - Will change her name to Tahirah 

 

Thursday, February 3, 2011

Baju Kawen Ayu Raudhah BURUK!!!

Salam dan Hye...

Hahaha tajuk kontroversi! Bukan nak kata baju saye chantek, tapi haiishhh ko kan artis! Haruslah baju ko supergorjes kot! Tengok beautifulnara, pastu terjumpa gambar-gambar sekitar majlis Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Wellness Hotel dan Seremban (Saye tulis ikut sumber dari Abg Nara). Boleh klik di sini untuk post awal mengenai majlis nikah mereka. Rasanya, baju yang memang tak lawa dan pelik ini untuk majlis di Seremban kot. Hermmm, takde la nak kata buruk sangat, tapi serius, baju yang pelik kot. Owh, ini gambarnya... 





scroll bawah lagi...



*sabar*



OK! Ini dia!


Sapa setuju baju dia pelik? Dan padanan dari suami pun macam tak kena...

 Mungkin saye buta fesyen kot. Mungkin orang lain kata baju die chantek, tapi tetap la pelik kot!


No No!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saye suka gambar yang ini. Chantek kan? Serius tak tipu. Tapi xde gambar penuh la lak :(


Chantek kan? Tapi malas nak gugel gambar penuh.
Tapi Ayu Raudhah memang chantek dlm persalinan ini. Begitu juga Zaquan.


Nota Kaki: Saye rasa make up dia sangat chantek. Tidak berlebih-lebihan :)

Kembali pada baju tak chantek. Hah, baju nie cam sewa je... hermmmm pelik-pelik.


Apa itu ropol2 di lengan? Huhuhu fesyen baru kot!

Konklusi: B2B, tak perlu berlebih-lebihan untuk baju pengantin korang k. Kadang-kadang, idea yang simple lebih memuaskan hati. Jangan diturutkan sangat dengan designer. Kite sebagai pengantin (eih, lupa plak dah mantan!), harus lah ada idea tersendiri. Lebih senang, korang boleh kumpulkan gambar-gambar design baju yang korang idamkan. Herm, tengok baju Ayu Raudhah yang kurang chantek nie, buat saye terfikir, idea siapakah itu...

Kalau ada yang terasa, saye mintak maaf :p




Tuesday, February 1, 2011

Perangai pelik Xora!

Nanti aku jawab tagged ko yer Xora



Hahaha korang sure stress! Ko pun sama kan Wan? Hahaha

Bye!

Selamat Bercuti semua :) 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...