Nuffnang

Friday, August 26, 2011

Tahniah Xora!

Tahniah kepada Xora - Dia Terima Nikahnya atas kelahiran baby yang dinanti-nantikan.
Baby selamat dilahirkan pada 25 Ogos 2011 11.55 malam. Waktu tido saye tu.
Tengah hari nie baru nak pegi melawat Xora.

Sunyi la saya dan Laling nanti sebab dah kurang sorang teman bergosip.
Hehehe bagus juga baby dah keluar. Maybe sebab tak tahan dengan Mommy-Mommynya bergosip :)

Nota Kaki: Wan, aku doakan ko sihat k. Semoga dapat beraya di SP tahun nie.
Saye sangat gembira dan teruja nak balik Temerloh esok pagi. Rasa macam nak balik malam nie je.


Kepada teman blogger, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Mohon Maaf Zahir Batin yer.
Kepada pembeli Tart Nenas & Makmor saye, TERIMA KASIH banyak-banyak kerana terus membeli biskut-biskut saye yang sedap itu. Kepada lain-lain yang berminat, mungkin boleh cuba masa Hari Raya Aidil Adha nanti.

Wednesday, August 24, 2011

Belum lagi?


Kite layan lagu Raya je la mengubat lara di hati. Huwaaaaaaaa bos gaji masuk cepat sket yer.
Mood Raya pun takde.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan Raya Kali Ini



1. Rindu Arwah Babah.
2. Pertama kali Raya tanpa Babah.
3. Pertama kali Raya bersama Suami.
4. Pertama kali Raya sebagai Isteri di Rumah Keluarga saye di Temerloh - YEAYYY!-
5. Sungguh lambat masa berlalu minggu nie.
6. Tak beli baju Raya lagi. - Sebab? - Sila tengok no 7.
7. Gaji tak masuk lagi. Stress! Hanya boleh beli baju Raya Jumaat malam!
8. Pertama kali tak buat baju Raya - Takde hati nak buat sebab Babah takde.
9. Tapi kena cari jugak untuk suami.
10. Penghantaran Tart Nenas dan Makmor belum selesai lagi. Serius penat.
11. Jualan memberansangkan tahun nie. Tapi tak boleh happy sangat sebab kena bayar duit masuk hospital hari tu. Huwaaaaa sedih sebab cari duit extra, tapi kena terus bayar untuk hal yang tak dijangka.
12. Saye nak balik rumah sebab sangat mengantuk sebab semalam sampai rumah lambat. Pastu balik kemas pinggan mangkuk. Pastu sahur pepagi bangun masak untuk sahur. Huwaaaaaaaa nak Raya.
13. Ini bukan merungut. Ini sesi luahan perasaan di kala mata sangat mengantuk.




Friday, August 19, 2011

Hari Pertama Bekerja


Salam dan Hye


Hari ni hari pertama saye bekerja setelah 2 minggu MC. Perasaan? Sebelum ni rasa boring sebab duduk rumah, tapi sekarang rasa malas sangat nak datang ofis sebab nak tido. Hehehe Kebiasaanya selama 2 minggu menjadi Housewife, rutin harian bangun pada jam 9 / 9.30 pagi. Eih 10 pagi pun ada. Hahaha bangun-bangun kemaskan dapur, susun pinggan mangkuk semua, mengadap TV, habis semua cerita saye tengok. Sapu sampah (kalau rajin), mop lantai (erk, tak buat pun sebab malas), lap habuk (buat jugak, tapi senstif habuk kan after operation, so lap ala kadar je). 

Friday, August 12, 2011

Bukan Kanser


Salam dan Hye,

Terima kasih korang atas nasihat dan doa yang diberikan. *Terharu. 
Semalam check up lagi dan laporan dari pembedahan tu pun dah dapat. Alhamdulillah, ia bukan kanser. Tapi doktor ada cakap mungkin akan tumbuh balik, apa pun bukan dalam masa terdekat, mungkin 10 tahun lagi. Jadi, mungkin selepas nie, saye boleh teruskan dengan perubatan Islam. Kite usaha kan? Cuma doktor pesan, saye tak boleh angkat barang dan hembus hidung kuat-kuat. Part angkat barang tu, memang saye tak buat. Erk, yang ringan-ringan saye angkatlah. Tapi kalau dah sampai tahap berat, dan kena panjat-panjat memang tak la. 

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Sebenar


Salam dan Hye

Lama nyer tak update blog. Walaupun hanya sempat buat catatan pendek di sini dan di sini. Alhamdulillah, saye kini sudah sihat, cuma masih perlu makan ubat dan berhati-hati. Tak sempat nak bercerita panjang kenapa saye kena undergo surgery. Sebenarnya saye menjalani pembedahan untuk membuang tumor yang ada dalam bahagian kanan hidung saye. Puncanya bermula bila hampir 2 minggu sebelum saye ke hospital, hidung tersumbat dengan teruk. Nak jadikan cerita, saye pegi klinik sebab hidung berdarah, jadi doctor terus referred saye kepada SDMC. Pegi sana pada Rabu 27 Julai, jumpa ENT Specialist, Dr Chandran, beliau minta saye buat CT Scan.

CT Scanner

Dapat result, esok kena datang semula, kena buat MRI sebab doctor nak pastikan tumor itu tumbuh bermula dari hidung atau otak.
MRI Scanner

Friday, August 5, 2011

Reen Kembali

Salam dan Hye...

Terima kasih pada yang mendoakan. Alhamdulillah semua sudah selesai dan menurut doctor setakat ini tumor itu tidak berbahaya. Apa pun masih menunggu laporan makmal. Masih di hospital. Online kejap pasal enchek suami  pegi solat Jumaat jap. Hehehe Bersyukur kerana dia sentiasa di sisi saye. Nanti saye cerita lagi yer.

Nota kaki: Thanks buat Xora, Wan Laling dan Cik Belle for all the kind words :)

Tuesday, August 2, 2011

Aku Mohon PadaMu Ya Allah








Aku mohon padamu Ya Allah. Engkau sembuhkanlah penyakit ku ini kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja. Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuhi dugaan ini. Engkau kuatkanlah ingatanku terhadap mu Ya Allah. Engkau kasihanilah aku, hambamu yang lemah ini. Engkau kasihanilah insan-insan tersayang ku Ya Allah. Aku mohon kepadamu Ya Allah, Engkau makbulkanlah permintaanku ini Ya Allah.  


Nota Kaki: Kalau saye dah sihat nanti, saye akan ceritakan ok. Doakan saye selamat menjalani pembedahan esok pagi. Saye rasa takut sangat. Harap-harap tiada yang buruk berlaku. Semoga semuanya selamat untuk saye. 

B, thanks for being here with me, to talk and wipe away my fears and tears. 

Monday, August 1, 2011

Dia Bukan Milikku




Tiba-tiba je nak feel sama pasal kes Khairul Fahmi & Elia. Hehehe 


Elia, read and understand the words. 




Nota kaki: Walaupun B tak main bola untuk Team Malaysia, tapi ai tetap sokong yuh tau :) Love U. 

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...