Nuffnang

Thursday, April 26, 2012

Isteri terpelajar masuk dapur? Kolotkah itu?

Hi


Sesuatu yang saye mahu kongsi dengan kalian semua. Memang bagus. Tulisan yang saye rasa memang benar dan ikhlas. Tulisan yang memberi kata-kata semangat dan motivasi untuk kita semua, terutama para wanita. 
Ini dari FB Saiful Nang. Saye paste kan sedikit, selebihnya, kalian baca di fb beliau ok :) 


Apa yang boleh saye katakan, saye memenuhi 2 kriteria itu, walaupun yang pertama itu terlewat. Ingat, sayangi perut suami anda :) 





Sumber: FB Saiful Nang 



Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi. 


SOAL PILIH JODOH / MENANTU 

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya. 


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?) 



Klik sini untuk lebih lanjut : FB Saiful Nang 




6 comments:

Xora said...

aku dah memenuhi kedua2 kriteria. skrang aku nk dz penuhi dua kriteria aku 1. belajar masak 2. pakai macam ustaz Don.. awuumm motip?

QueenBz said...

Xora, aku gelak guling2 bace komen ko. HAHA.

Aku macam kena tembak sipi2 dengan entry ini. hehe

Reen Tart Nenas said...

xora: betul. kite jer kena ikut kriteria, suami camne plak?

balkidz: hahaha kriteria mak ayah die maybe tak sama ngan kriteria PIL kite :)

Moose said...

i setuju. semoden mana pun perempuan, kena tau masak. kalau taktau boleh belajar. sekarang ni resepi online, buku semua melambak. malas tak malas je.

lagi satu, tanyalah mana2 lelaki pun, semua akan cakap masakan mak dioranglah yang paling sedap. jadi, masak bukan setakat nak pikat suami, pikat anak2 pun sekali.

sugar2 kapas strawberry said...

perempuan kena pndai masak.penting tu

FarizAtie said...

stuju nsb bek..mama atie memang ajar masak dr kecik..tp ble smbg belaja banyak lpe lorr..:(

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...