Salam dan Hye,
Saye terpanggil untuk buat post mengenai subjek di atas. [Dah macam nak tulis surat pula-hehehe]. Saye memang duduk sekali dengan suami, selepas kami nikah-selepas majlis di rumah saye selesai. Kami memang membuat perancangan yang tepat iaitu saye akan masuk dulu rumah yang kami menginap selepas kahwin. Jadi, habis je majlis terus masuk rumah, dan tak perlu nak kemas apa-apa lagi.
Ramai juga kawan-kawan [terutama kawan ofis] yang bertanyakan sama ada saye masak ke untuk kami berdua. Saye kata ‘of course’! Saye tak pernah terfikir, selepas kahwin saye akan sentiasa makan di kedai, dan rasa masak untuk berdua itu adalah satu pembaziran. Rata-rata kawan yang saye jumpa cakap, tak perlu la masak, membazir je. Tak berbaloi dengan penat untuk masak hanya sekadar untuk 2 mulut. Membazirkan gas, air, keringat, barang2 basah.
|
Google.com |
Saye memang terkejut la sebab ada yang kata begitu. Pada mereka, sekarang adalah waktu untuk ‘enjoy our moment together’, di mana saye rasa dengan memasak pun kami masih boleh ‘enjoy’ masa bersama. Suami saye pun macam tu juga, sampai ada kawan-kawan dia kata ‘biasalah, baru kahwin, memang la semangat nak masak, tengoklah 2 / 3 bulan nanti’. Saya macam nak je kata xyzzzxyxzztqxf! Bak kata suami, janganlah kerana isteri ko malas/taknak masak, ko nak samakan seperti isteri orang lain. Manusia manusia… dengki bukan? Alhamdulillah, sudah 4 bulan kami kahwin, tapi saye masih mampu masak untuk suami dan saye juga. Bohonglah saye cakap kami tak makan di luar. Sesekali tu memang ada, kadang-kadang saye pun mahu ‘off-day’.
Bila kita berkahwin, banyak perkara yang kite perlu lihat semula. Setakat ini, saye tak pernah rasa pembaziran dengan masak untuk berdua. Saya rasa, lebih jimat kot. Kadang-kadang, lauk yang dimasak tengah hari, masih boleh dimakan pada waktu malam. Macam 2 hari lepas, teringin nak makan ikan siakap 3 rasa. Saye masakkan untuk kami berdua. Sedap je! Lagi murah, kos nya tak sama macam makan di kedai. Tapi jangan la dipilih ikan yang besar, sedang2 sahaja pun dah cukup untuk berdua.
Sama je kot, kalau kita nak pegi makan kat luar kan, dengan nak kena bersiapnye…make up2 bagai, nak kena ‘start’ enjin kereta la sebab nak pegi kedai nak makan…pastu kalau makan kat tempat yang ada jual apa-apa ke, konfem la nak menyingah dan pasti akan disambar 1 / 2 item kan? Tak ke sama je…?
Apa pun, terpulang pada individu masing-masing. Mungkin ada orang kata, ala belum ada anak lagi, boleh la nak masak. Pada saye, itu subjektif! Tak semua orang sama. Saye ada kawan yang pregnant [ehemmm sapa la tu-hehehe], tapi beliau tetap boleh masak untuk suami. Saye juga ada kawan yang ada anak sorang, dah kini pregnant, tapi masih mampu masak untuk sekeluarga.
Sedap tak sedap, itu belakang kira yang kawan-kawan. Yang penting, suami korang makan apa yang korang masak, pastu tak sakit perut, kira ok la tu [smile].
Kalau ada sesiapa yang masih fikir, masak untuk berdua membazir, hermmm ingatlah, tak semua orang sama. Sebenarnya, lebih baik kalau suami dapat makan dari air tangan isteri. Besar pahala kite.
Kalau masih tak tahu bagaimana mahu mula untuk masak bersama, boleh klik pada link ini Newlywed's Guide
|
Suka Apron comel nie |
Jumpa lagi!
Nota kaki: Hilang penat memasak kalau tengok suami makan sehingga licin pinggan! Tak percaya? Cubalah!