Nuffnang

Wednesday, February 8, 2012

Kerana Mulut Badan Binasa


sejak akhir-akhir ini saye rasa emosi terus diganggu dan terganggu. ada bezakah 2 perkataan itu? mulut semakin lancang 'mensound' orang yang membuat hati terguris. dulu simpan je. dulu abaikan je. sekarang, mulut dan hati bagai tidak boleh ditahan-tahan untuk 'sound' je sesiapa yang berkenaan. kenapa orang bercakap tak fikir dulu? kenapa nak cakap ikut sedap mulut?


Nota Ringkas: Kepada bakal-bakal pengantin, janganlah kamu terlalu tertekan menjelang majlis perkahwinan kamu semua. Ingat! Buat apa yang termampu. Pada hari majlis nanti, kalaupun apa yang korang rancangkan tidak menjadi, tolonglah jangan meroyan pada hari kejadian kerana tiada apa lagi yang korang boleh buat, sekiranya orang suruhan kamu eihhh bukan la orang suruhan, orang yang korang minta tolong tersebut, tidak dapat merealisasikan impian kamu yang super duper marvellous tersebut. 


Ingat! Korang tu pengantin. Jadi walau apa pun terjadi, contoh, pelamin korang tak macam yang dilakarkan, baju korang tak seperti yang diharapkan, make up dan rambut korang seperti Hantu Kak Limah, korang hanya perlu SENYUM. Belajarlah marah dalam SENYUMAN (ini tips Xora!) Iye, semua. Percayalah. Perancangan selepas berkahwin adalah lebih mencabar. Jadi, kepada sesiapa impian perkahwinan tidak tercapai sepenuhnya, jangan rasa rugi kerana impian perkahwinan itu bukan terletak kepada majlis yang GAH eih GAH hoke, tetapi kepada bagaimana korang "SURVIVE" selepas berkahwin. 

Sekian, pesanan ikhlas dan tulus dari Reen. (kan dah cakap memang suka cakap lepas je). 

6 comments:

Anonymous said...

kalau tension.. maybe boleh cuba ingatkan diri balik apa tujuan perkahwinan dan buat majlis..

majls tu satu, dua hari ja. dalam islam cakap untuk hebahan... yang lagi penting hidup selepas perkahwinan tu.. :) nak kumpul pahala, nak cari berkat dan rahmat Allah, nak lahirkan dan didik anak-anak soleh..

dont be too stress, tak berseri nanti. hehee

-nadz (silent reader)

Anonymous said...

kalau tension.. maybe boleh cuba ingatkan diri balik apa tujuan perkahwinan dan buat majlis..

majls tu satu, dua hari ja. dalam islam cakap untuk hebahan... yang lagi penting hidup selepas perkahwinan tu.. :) nak kumpul pahala, nak cari berkat dan rahmat Allah, nak lahirkan dan didik anak-anak soleh..

dont be too stress, tak berseri nanti. hehee

-nadz (silent reader)

hazlynda kushairi said...

SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

Lynda taktau nak komen apa tapi sangat setuju dengan pendapat Reen ;)

Reen Tart Nenas said...

Hi Nadz, betul. kalau stress, apa pun x jadi. agreed. tak elok membazir :)

Lynda: maceh :)

QueenBz said...

Reen, betul & setujuuu sgt!!

Dok canang sana sini org lain punye keburukkan, dok berangan je tak berenti, pastu nak meroyan salahkan orang!
Eh, aku tak cakap pasal sape2 kan?kan? :)

Reen Tart Nenas said...

balkidz: xde nama sapa2 pun :) kena ingat di mana bumi di pijak hehehe

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...