Nuffnang

Tuesday, April 19, 2011

Krisdayanti: Saya Sudah Hamil 4 Bulan!

Salam dan Hye...

Rindu sangat dengan blog nie. Tak tahu la nak cerita pasal apa plak kan. Rasanya dah kena start cerita mengenai kehidupan selepas kahwin dan juga fasa-fasa yang lain. Nak buat blog baru macam malas la plak.
Jadi kalau blog nie jadi caca marba, tak tahu la yer. Korang baca je la... Hehehe
Nie ada cerita menarik untuk dikongsi. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi hermmm takpe, kongsi je la.
Saye pernah post mengenai majlis kahwin mereka di sini.




JAKARTA, 19 APRIL 2011: Selepas beberapa minggu melangsungkan perkahwinan dengan usahawan kaya raya daripada Timor Leste bernama Raul Lemos, tiba-tiba timbul khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti telah pun hamil 2 bulan.
Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.



Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yunis Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.



Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,



"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.



Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.



"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.



Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

Sumber: Murai.com

 
Nota kaki: Moga anak yang dilahirkan bakal menjadi manusia yang soleh / solehah.

15 comments:

Kancilbiru said...

hancur dah hidup si kris ni....sian...moga dia bertaubat la hendaknya..

Unknown said...

astaga...

Shakina Farhan said...

hermm...

Reen Tart Nenas said...

tu la kan... pelik die nie

LisaLisut said...

kris ni sgt la PELIK. MAHA PELIK. haha.one thing i puji. dia JUJUR. hahahaha.selamba je kata dewasa.anak ko tetap ank luar nikah la kan kirenye?wallahualam..dh tak tahan la agaknye..ngahahaha

Ajwedding said...

tu la artis..kita doakan anak yg bakal dilahirkan soleh n solehah la...

OmakTwin said...

adoiii sepayutnye ikut cara islam nie dh terbalik plak...ermmm

Bushra Tajuddin said...

erkk..?? xtau nak ckp pe.. huhu..

Hidayati Farhan said...

hushhhh, contoh yg x baik sgguh

CikPuan Fara said...

astagfirullah. isk isk :(

Xora said...

aku kawin baru 5 bulan~~dia nak langkah bendul lak ye. debik kang!

oshinz said...

KD ni memang sangat cool. mengaku je kat public. pasal die buat muka dulu pun die dok ngaku jugak. jujur gitu. tapi kali ni macam tak payah nak open sangat kot.

Unknown said...

mmg slumber kan....kalau kita sure malu sangat dah

Reen Tart Nenas said...

lisa: betul tu. mmg sgt pelik. tetap anak luar nikah. takpe la, doakan anak die jadi lebih baik dari die.

little sunshine: terlalu jujur sampaikan org tak boleh terima plak.

wan adawiyah, nyomel, hidayati, mrs fazlee: sungguh tidak patut kan?

xora: tu la kan!

0sh!Nz d' sen0r!ta + CintanCintun Diaries Of Mr&Mrs Iwan = kalau kat mesia tu, sure kena!

Unknown said...

haisssh makin tak betol si kris ni. mula ciyom, pastu ciyom dlm masjid skrg baby pula...aduhai..lawak btol

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...