Nuffnang

Saturday, July 9, 2011

BERSIH yang menyusahkan!

Salam dan Hye,

Entri ditulis sejurus saye tiba di rumah. Owh, retreat di Awana Genting berlangsung dengan baik sekali. Apa pun, saye tidak bersetuju dengan lokasi kursus kali ini. Habis satu badan gatal-gatal sebab cadar di situ. Owh, sangat horror dan tak sabar nak balik. Kebetulan hari ini ada Perhimpunan BERSIH 2.0. Susahnya la hati kami di Genting tu, cuba mencari jalan alternatif untuk pulang dengan selamat ke rumah, tanpa perlu melalui jalan menghala ke KL. Selain dari Lebuhraya Karak-KL melalui Plaza Tol Gombak, jalan alternatif lain adalah melalui Batang Kali.

Jalan yang diikut: Awana Genting - Batang Kali - Serendah [ada roadblock di depan Balai Polis Serendah, tapi tidak mengambil masa yang lama] - Rawang - ikut signboard Plus Highway ke KL - exit GUTHRIE - exit ELITE Highway - dan saye tiba di rumah saye di Putra Perdana, Puchong. Tempoh masa hanya 2 jam. Mula gerak dari Genting 1.30 ptg dan sampai rumah dalam 3.20 ptg.


Saye drive seorang diri ke Genting nie. Cuma masa balik berkonvoi 2 kereta sebab kami menuju jalan yang sama [mereka exit di Shah Alam & USJ]. Apa yang nak diceritakan di sini, jalan menuju Batang Kali agak berbahaya, menurun bukit dan banyak selekoh. Saye kira, kalau la apa-apa terjadi, penyebab utama adalah kerana Perhimpunan BERSIH ini.



Pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu, kerana makin ramai orang yang mula memberontak.

Sumber Gambar: Google.com
Owh, saye tidak membangkitkan isu politik di sini. Tindakan polis mengawal keadaan adalah bagus kerana cuba menjaga ketenteraman awam. Tapi kalau BERSIH ini dilakukan di tempat yang sesuai, alangkah lebih baik nya. Tak buat langsung lagi baik.

Kesian kepada Pengantin-Pengantin yang berkahwin pada hari ini. Semua jalan jem dan menyebabkan tetamu mungkin hadir lama.

Walaubagaimanapun, hari ini merupakan SEJARAH yang saye tidak akan lupa sampai bila-bila. 

Nota kaki: Bangga dengan diri sendiri kerana mampu mencari jalan keluar dari melalui jalan-jalan Jem tersebut. Untung sapa yang kawen dengan saye :p

1 comment:

etty said...

untungggggggg nya....haha...

mmg bersih ni menyusahkan. berhadapan dengan penyokong bersih, tambah menyusahkan...

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...