Salam dan Hye,
Macam mana hujung minggu anda? Mesti ada yang pegi jalan-jalan la, tengok wayang la (Harry Potter!), main bowling la, balik kampung la, pegi berhornymoon la, babymoon la. Saye? Saye? Hah, enchek suami sibuk pegi main bola untuk negara sempena kedatangan Liverpool tu. Yang akhirnya Malaysia kalah dengan 3-6. Eih. TIDAK TIDAK. Enchek suami bukan pemain kebangsaan pun, beliau hanyalah pemain bola sepak opis je. Haishhh! 2 hari hoke dia pegi menghilangkan diri bersama kasut bola nyer. Akhirnya dapat tempat ke 4 je. Tapi ok la, out of 27 teams kan. Hah, nie bukan nak cerita pasal keseronokkan dia bermain bola bersama kawan-kawannya sehingga lupa anak isteri di rumah. Eih, anak belum ada lagi.
Sumber: Koran |
Apa yang saye buat 2 hari di rumah dengan ketiadaan sementara suami. Saye jadik bibik sedunia! Penat hoke. Saye rela bekerja dari jadi suri rumah. Sekurang-kurangnya ada alasan kenapa rumah tak kemas, sebab 'Syg keje la B'. Hahaha Giller jahat aku nie. Habis semua kain baju saye basuh. Sampai dah penuh dah tempat sidai kain tu. Hari Ahad plak, gigih la pegi pasar borong, pegi beli barang basah stok untuk seminggu (bila nak gaji hoiiiii!). Pastu tengah-tengah angkat barang yang sangat berat semua sampai tak muat tangan, terus ada suara 'jahat' - ko beria la pegi pasar semua nie nak masak, suami ko tengah happy terkinja-kinja di tengah padang'. Ha??? Apakah? Shooooh! Pegi jauh-jauh ion negatif itu. Saye masih berpijak di bumi yang nyata. Saye faham suami berkhidmat untuk negara, eihhh opis tercinta, jadi biar lah dia pegi bersukan bersama kawan-kawannya. Sebab penah kami berbincang hal ini sebelum kawen lagi, dia tidak akan menghalang minat dan aktiviti saye selepas kawen (yang tak melanggar batas la keh) dan saye juga tidak boleh menghalang minat dan aktiviti dia (terutama pegi ngeteh ngan kawan2 - apa la yang best sangat teh tarik kat kedai tu).
Sumber: VisualPhotos |
Walaupun saye kepenatan juga menjadi suri rumah, tapi puas hati sebab dia balik-balik je, dengan muka macam udang kena BAKOR, terus je saye siap-siapkan makan malam nyer. Iye, malam hoke dia sampai. Kul 7 gitu. Jadi hujung minggu saye, walaupun agak bermakna sebagai suri rumah dan tukang masak terhormat, tapi tetap la boring pasal kena duduk rumah je tak boleh jalan-jalan (tapi bagus juga, gaji lambat lagi hoiiiiiiii).
Itu je la cerita saye kali ini. Takde motif bukan? Hahaha
Kesimpulan cerita di atas:
1) Biarkan la suami korang nak buat apa yang dia suka, yang penting dia tak lupakan korang dan tak halang minat korang.
2) Penat jadi suri rumah nie, jadi kite keje je la.
3) Kalau nak pegi jenjalan masa suami pegi buat aktiviti sendiri, sila minta izin awal-awal dan buat senarai tempat yang ingin dilawati. Chewahhh! (ini yang saye lupa nie!).
4) Rumah korang pasti bersih dan nyaman sebab boleh kemas tanpa gangguan suami yang asyik 'Syg, B nak air, Syg, B lapo, Syg, umah kite nie jajan takde ke, Syg, jum g Mamak!'
5) Boleh conquer TV sorang-sorang pastu amik cerita yang korang suka kat ASTRO First, cukup bulan suruh je suami korang bayor. Hahaha Sape suh tinggalkan isteri duduk sorang-sorang kat umah kan. Hehehe
Sumber: Google |
Dah, itu aje. Bye!
5 comments:
hahaha full explaination sey! tapi betulla jd housewife wp time weekend je amat penat. dan kerja tak abes2. g kerja kerja pun tak penat cenggitu *evil heheh*
adoi.. :p
bab remote control tu aku amat sokong. D aku even cite dia nak tgk takde dalam siaran, dia ttp nak pegang remote control tu. angin aku~!
heheh baru terpikir2 nk jadi housewife je hehe..x jd ler mcenggini
haha..rasanye akan mengalami situasi yg sama pasal remote tu..haha..
Post a Comment