Nuffnang

Saturday, July 9, 2011

Tak Boleh Kahwin Gara-Gara BERSIH?

Salam dan Hye,

Kesian para pengantin tadi. Saye ada sebutkan di entri ini tadi. Tup Tup, keluar di Utusan Malaysia.
Saye tepekkan di sini la. Sesungguhnya, saye bersimpati dengan apa yang dialami oleh pengantin yang telah merancang perkahwinan mereka pada hari ini, termasuk la sepupu suami saye yang majlisnya di Kelana Jaya.

Ini menunjukkan, selain baju yang cantik, make up yang flawless, OP dan VOP yang hebat, DJ dan Lagu Pilihan yang terbaik, Katering yang sedap, door gift yang cantik dan mahal, ia masih tidak lengkap tanpa tetamu yang dijemput bagi meraikan hari bersejarah buat bakal pengantin.

Korang baca je la.

Sumber Asal:



KUALA LUMPUR 9 Julai – Beberapa majlis perkahwinan yang berlangsung dan dirancang di sini sedikit terjejas gara-gara rancangan pihak berkepentingan mahu mengadakan perhimpunan haram hari ini.
Majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa iaitu di kawasan di mana sebuah badan bukan kerajaan dikatakan akan berhimpun, turut terkena tempias apabila jumlah tetamu yang datang ke majlis itu kurang memberangsangkan.

Pengantin Mona Farhana Ithnin, 29, dan suaminya Irman Hafiz, 29, kesal kerana majlis persandingan impian mereka menjadi hambar apabila majlis kenduri mereka terjejas apabila tetamu sukar untuk sampai ke tasik berikutan beberapa jalan yang ditutup dan terpaksa meletakkan kereta di tempat yang jauh.

"Perhimpunan ini memang menyusahkan kami, saya sekeluarga sudah merancang untuk mengadakan majlis ini setahun lalu, tetapi kerana adanya perhimpunan haram ini kami terpaksa berbelanja lebih kerana perlu membayar katering untuk menjaga barang-barang seperti pelamin, kerusi dan meja malam tadi,” kata Mona Farhana yang berasal dari Sentul.

 
Beliau berkata keluarganya menjemput kira-kira 1,800 orang tetamu, tetapi sehingga 1 tengah hari tadi hanya 200 orang tetamu yang memenuhi enam khemah yang disediakan di situ.
Satu lagi majlis persandingan berkonsepkan ala taman yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada pukul 3 petang ini turut menerima kesan daripada perhimpunan haram itu apabila pasangan pengantin yang dijadualkan berarak menaiki kereta kuda dari Hotel Putra, Jalan Tun Razak ke tasik itu terpaksa dibatalkan.
Sementara itu, bagi majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 7.30 malam di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak dikhuatiri menerima nasib yang sama.

 
Seorang ahli keluarga pengantin yang ditemui di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir di Wisma Sejarah di Jalan Tun Razak, Hazree Wahid, 29, berkata timbul kebimbangan terhadap perjalanan majlis yang dijadualkan pada malam ini.
"Sebenar-benarnya saya dan keluarga sangat risau dan takut apabila memikirkan tentang perjalanan majlis ini. Bukan sahaja risau mengenai kehadiran saudara mara dan jumlah jemputan yang bakal hadir malahan faktor keselamatan turut diambil kira,” katanya.

 
Sementara itu, perunding perkahwinan majis itu Shahidi Othman, 41, berkata pihaknya turut mengalami kesukaran mendapatkan kelengkapan bagi majlis tersebut.
"Persiapan terganggu kerana separuh barang seperti bunga segar dan lilin hiasan yang biasa dibeli di Jalan Petaling sukar diperolehi ekoran jalan ditutup,” katanya. - Bernama

7 comments:

Mrs Najib said...

Dear,wan punye officemate pun nak pi kenduri kt stadium titiwangsa 2..seperti yg wan jangkakan kesian sgt kt pengantin tiada org yg dtg memeriahkan hari bahagia mereka...

choclairissa @ intan said...

tula kesian kt pengantin2 ni..lagi2 kalau tema baju diorang kuning kan? hurmm..

nida-razak said...

hurm..kesian kan yg majlis hari ni...

LisaLisut said...

ya allah..sedihnya i baca reen...kalau i mmg heartbreak lah..yela..nk kawin pakai duit byk..tetiba jd benda2 mcm ni...mmg i akan nangis la kot wpun pasrah..hmmm

CikPuan Fara said...

itular. tadi fara pun baca kat paper. kesian giler kalau hanya 200org je dtg. yelar preparation semua tu bukan murah + majlis tak lengakap tanpa tetamu. Kenapalar "mereka-mereka" yg BERSIH nih PENTINGKAN DIRI sangat?.. *sori teremo pulak ;)*

anaztasias nora aira said...

Ya Allah kesian kan mereka. hurm :((

Reen Tart Nenas said...

semua: kan? kesian mereka semua. serius, bersimpati. segalanya mungkin terpaksa dibayar lebih sebab mungkin para vendor perlu set up semua benda awal.

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...