Nuffnang

Tuesday, July 5, 2011

Rutin Selepas Kahwin


Salam dan Hye,

Entri kali nie mungkin tiada gambar peribadi. Semuanya saye google sahaja. Owh, sangat malas nak transfer gambar hoke. Perkahwinan adalah sesuatu yang dinantikan setelah bertahun atau berbulan sesorang wanita itu menyulam kasih. Tapi, masa kita beria sibuk nak kawen, pernah ke terfikir sama ada kite sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi alam selepas kawen. SERONOK? Yes, kawen memang seronok. Hehehe owh, lupakan bab nafkah batin tu, tapi bila dah kawen, korang tak perlu lagi nak risau tunang / boyfriend korang dah selamat sampai ke rumah ke tak lepas hantar korang balik. Tak perlu risau samada dia dah makan ke tak. Baju dah siapa basuh dan gosok ke tak.

-photo removed-



Hah, lepas kawen, semua tu tak perlu dirisaukan lagi. Sebabnya 24 hours dia akan bersama kita. Ini bagi contoh untuk pasangan yang duduk bersama selepas kawen. Tak kisah la duduk dengan PIL ke, dengan keluarga sendiri ke. Masa tu, kita si isteri nie sibuk la menunaikan kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri untuk menyediakan makan minum suami, siapkan pakaian suami, kemas rumah cantik-cantik. Mula-mula memang rasa seronok dan sangat suka la. Masa awal-awal kawen, tiba-tiba je kerja kat ofis tu banyak. Pelik bukan? Hah, tapi mungkin selepas 2/3 bulan kawen, keadaan berubah menjadi sibuk dengan urusan kerja, badan tak cukup rehat, tiap-tiap minggu ada hal yang perlu diselesaikan (dah ada 2 keluarga).

Dan lama kelamaan, ia menjadi rutin. Iya, memang pahala, faham tu, dan rasanya tidak pernah merungut dalam tunaikan tanggungjawab. Tapi kan memang ternyatalah boring bila kita melakukan perkara yang sama setiap hari. Apa pun, terpulang pada pasangan tu untuk ubah rutin harian.

Macam saye - Balik kerja sampai rumah, terus keluarkan bahan-bahan nak masak. Tu pun kalau dah ada la. Kalau tak, balik kerja, singgah kedai depan rumah, beli bahan-bahan semua. Biasanya 3 lauk juga saye sediakan. Owh, penat? Memang penat, bohongla kalau saye cakap tak penat. Siap-siapkan semua, berhenti kejap untuk solat Maghrib, kemudian sambung masak. Paling-paling pun akan selesai masak dalam jam 8 - 8.30 malam, mengikut kepada keadaan jam berapa sampai rumah.


Kadang-kadang ada gak macam nie, tapi dlm keadaan busuk. Hahaha

SUAMI? Apa dia buat? Hermmm, beliau akan tengok TV (dulu masa Nora Elena both of us layan hoke - saye tengok dari dapur je). Kalau tak tengok TV, die layan internet ke. Tak pun buat la apa yang patut. Kemas suratkhabar ke, check speaker TV dia la. Hohoho


Hermmm Suka benor nengok TV


Dah siap masak, baru la saye mandi hoke. Rupa masa nie, ada la kot cam Hantu Kak Limah. Tu belum lagi saye masak bila penat main futsal dan swimming. Owh, sangatlah taat saye untuk tunaikan tanggungjawab nie. Lepas mandi dan kemaskan diri, makan malam (sebab tu sampai skang ai gemok), kemudian, kena kemas pulak! Huwaaaaaaaaaaa malas hoke. SUAMI? Iye die tolong kemas, tapi kadang-kadang juga la kot :p hahaha sebab biasa lepas makan, mata sudah ngantuk la.

Itu lah rutin harian yang saye lalui. Pernah berpakat dengan Xora untuk buat 'Minggu Tanpa Isteri Masak'. Tapi, end up masak juga untuk suami. Hahaha, sebab? Kesian hoke tengok dia tak makan. Suami kat rumah nie kalau saye tak masak, die sibuk nak makan Megi. Haishhh! Tak sampai hati hoke tengok die makan Megi.

Ini baru masak. Belum kira lagi nak kena basuh baju la, lipat baju la, kemas plak baju yang dilipat tu, pastu nak kena iron baju plak! Penat kan? Hah, ini belum ada anak lagi. Kalau dah ada anak nanti, hahaha ntah-ntah, hari-hari kami makan Megi kot.


I Hate This Job!

Hah, yang sibuk baru bercinta tapi nak kawen tu, hah, bersedia dah nak pikul tanggungjawab nie. Bukan senang hoke. Kena banyakkkkkkkk bersabar dan perlu sentiasa memahami [rasa macam saye perlu pegi class anger management]. Eih, tapi jangan ada plak yang takut. Kawen itu BEST. Jangan risau :)

Sebelum terlupa, memang lepas kawen boleh jimat, tapi selepas kawen juga banyak pakai duit. Jadi mana-mana yang sedang merancang perkahwinan, boleh lah masukkan sekali bajet untuk selepas kawen :)


Nota Kaki: Tak sabar nak tunggu sign agreement rumah. Rumah hasil titik peluh kami sendiri.

11 comments:

LisaLisut said...

reen u main futsal ke?mana main?i dh tglkan setahun.rindu nya nk main balik...

bab penat tu takyah ckp la..single ni pn penat jugakkkk.insya allah i think i am ready,at least for now.eceh..amin.hehe

Unknown said...

hahaha..hantu kak limah:P tak mungkin la..mase fes I saw U (masetu ye, i mcm hantu kak limah..bz uruskan wedding kakak:P), I told my husband..she is pretty:)

mummy adam said...

sudah jumpa rumah idaman? dimana? wwaahhhhh! mmg rasa teruje bile dpt beli rumah hasil banting tulang sendiri hari2. hik2 :p

Lady NK said...

betul!!
byk lg nak belajar bile dah kawen kn..tambah lak bile jd isteri..suami gak ape2 dulu

hoho..dha jumpe umah idaman yek..di mane itu?

Unknown said...

x sabar nk kawen n rasa life as a good wife heehhe..good ke? kena tunggu la tue hehehehe

Xora said...

penatt... aku pun dah tak larat~

Reen Tart Nenas said...

Lisa: a'a main. Kat Cyberjaya. Jum la join :) bagus la kalau dah ready. sesungguhnya saat terindah hanya sementara. hahaha

Wani: hahaha itu pun dah ala2 version Hantu Kak Limah hoke. Skang worst dah kot, plus dah demok :p u also petite je. cantik!

MummyAdam: lama juga dah pasal umah nie. tp pasal dh nak sign SnP baru la bleh annouce kat blog :)

Lady Naza: tu la, now husband. aku xbleh imagine la keadaan aku kalau dah ada anak nanti. Rumah? Rahsia :p hahaha umah kami tak besaq cam umah hang

uya: itu subjektif. tp insyallah uya akan jadi good wife :)

Xora: kan? penat. ko lagi la tak larat. ada budak dlm perut :)

Azreem said...

saya pun dah kawen ;p

Aty Fared said...

heheh..biase tu... dolu2 ai rajin giler masak... balik keje macam u lar..terus kedapur masak lepas tu baru mandi..sedang nak makan berdua jer pon..mula2 memang seronok..tapi lamer2 penat sangat rasenyer..but noe..asben ai dah jarang soh ai masak...[bersyukur] sebab kalau masak lambat katenyer..die lapo nak tunggu lame2..hahaha... cume hujung minggu jer sekarang ai akn masak dari bekfas sampai ke makan malam...[asalkan asben tak kisah..] :)

Anonymous said...

Hurmm lama-lama ceraila ni.mula-mula syonok la yeee hikhik.anak berderet nanti standby la cek handphone laki tu.simpan duit banyak2 nanti lepas cerai nak tanggung anak.

Reen Tart Nenas said...

anon: kesian kat ko. mesti kena tinggal lepas kawen. hehehe :)

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...