Salam dan Hye...
Sedih company sendiri pun tak boleh nak kasik kalender kat staff :(
Untuk rujukan para pengantin dan juga mantan pengantin yang merancang untuk berbulan madu di tasik madu dan juga untuk yang merancang bila mau dapat baby or baby kedua (I'm referring to you Naza!), boleh rujuk kalender 2011 seperti di link ini dan ini dan ini lagi.
Kalau sesiapa ada link yang lengkap lagi, boleh la kongsi2 ya!
Rabbi Yassir Walaa tu'assir, Rabbi tammim bilkhair. Tuhanku, permudahkanlah dan jangan dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik-baiknya.
Nuffnang
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Inai Demam Bola
Malas update belog dan baca belog orang. Layan bola malam ni. Harap-harap Malaysia menanggggggggggggg!
Tuesday, December 28, 2010
Suami drive laju, apa kita patut buat, ambil iktibar...
Salam dan Hye,
Kisah untuk renungan bersama...
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Note: Suami, drive elok-elok yer. Miss u already :(
Teringat kisah Xora - Uda dan Dara :)
Monday, December 27, 2010
Review: Vendor Pelamin
Salam dan Hye...
Terima kasih kepada Putri & Amani (dik, akak tak jumpe blog awakkkk-sori) kerana sudi order tartnenas dari saye. Maaf ya kena tunggu saye sebab kelam kabut keluar dari majlis kenduri. Dan yeayyy! Saye berjaya menyarung baju masa bertunang dulu dengan jayanye... Hehehe
Okeh, kali nie nak review tentang vendor untuk Pelamin Sanding saye di Temerloh Pahang. Harap membantu bagi B2B yang berasal dari sana. Saye pun mempunyai masalah juga masa nak survey bridal yang sesuai di sana. Ye lah, tak banyak review di internet.
Friday, December 24, 2010
Reen si Botak!
Situasi - Reen baru gunting rambut.
Kawan Ofis: Cepatnyer potong rambut, susah nak mandi pagi ke?
Reen: A'a susah la nak mandi. Rambut lambat kering.
The truth
Reen: Tau tak rambut saye nie hujung nye dah rosak, pastu rambut dah mula naik kelemumur.
Perasaan saye skang
Takut, sebab rambut nie cam pendek pastu takut suami marah. Jadi rasa cam nak pegi balik sambungkan rambut sebab takut kena marahhhhhhhhhh!

Camnie kot muka aku skang kan Xora & Wan Laling?! |
Kenali Pengurus Urban Vibe Event
Salam dan Hye...
Sangat bersemangat saye hari ini, sebab malam nie nak pegi majlis kawan kawan ofis di Shah Alam. Excited sebab nak pakai semula baju tunang saye hari tu. Hahaha harap-harap muat la lagi :p Baca-baca Harian Metro online, terbaca kisah Pengarah Urusan Urban Vibe Event. Macam penah nampak kan nama Pengurusan Acara (Management Event) tersebut kan? Ala, yang kite selalu pegi Pameran Pengantin tu, hah derang nie la orang kuat yang menjadi pengurus acara nya. Owh, tanpa mereka, sudah tentu B2B dan Mantan B2B (termasuk saye!), meracau-racau mencari info tentang perkahwinan.
Memang segalanya kite boleh dapat hanya di hujung jari sahaja pada zaman teknologi nie, tapi nya, kadang-kadang nak juga berjumpa dengan potensi vendor di pameran-pameran sebegini. Kita boleh dapat harga promo sewaktu di pameran begini. Siapa kata rugi pegi Pameran Pengantin? Sekurang-kurangnya, kite dapat lihat apa yang mereka tawarkan, test food secara free dan boleh juga tengok gelagat setiap vendor bagi menarik minat bakal-bakal pengantin kan?
Orang Melayu rupanya yang menjadi orang kuat Urban Vibe Event nie. Bangga bukan? Bukan senang bagi 'kite-kite' nie untuk membina nama. Tujuan saye berkongsi artikel ini, sebab rasanya, kite juga perlu mengenali orang kuat yang banyak juga membantu kita dari segi segi mendapatkan idea dan info yang berguna.
Sumber artikel dari Harian Metro: Nadia Pantang Menyerah Kalah
Kot la ada antara kite nak menjadi Pengurus Acara juge :)
Rajin-rajin la melawat website mereka untuk tahu bila next Pameran Pengantin untuk tahun 2011!

(dari kanan) Nadia, Syahrul Hafildz dan adiknya, Pengurus Pemasaran Urban Vibe Event, Hafiz Hassan yang menjadi tunggak utama. |
Orang Melayu rupanya yang menjadi orang kuat Urban Vibe Event nie. Bangga bukan? Bukan senang bagi 'kite-kite' nie untuk membina nama. Tujuan saye berkongsi artikel ini, sebab rasanya, kite juga perlu mengenali orang kuat yang banyak juga membantu kita dari segi segi mendapatkan idea dan info yang berguna.
Sumber artikel dari Harian Metro: Nadia Pantang Menyerah Kalah
Kot la ada antara kite nak menjadi Pengurus Acara juge :)
Rajin-rajin la melawat website mereka untuk tahu bila next Pameran Pengantin untuk tahun 2011!
Thursday, December 23, 2010
Main Air
Hi!
Pernah terfikir untuk gunakan air sebagai props untuk bergambar? Iye, menarik kan?
Saye pun tak pernah terfikir. Mungkin dah ramai pengantin kat Malaysia nie buat, Cuma mungkin saye kurang mengugel, jadi hanya tahu idea main air ini selepas saye kahwen L Heheh tapi B2B lain, masih boleh cuba idea ini. TETAPI! Jangan la tiru bulat-bulat. Orang tu pakai baju pink, awak pun baju pink. Orang tu pakai oren, awak pun oren. Tukar la sket ikut kreativiti sendiri. Tak semua orang idea nya sama kan? :)
Bak kata kawan saye, seni itu bukan hak sesiapa, sky is the limit. Cuma kalau korang kenal orang yang menggunakan idea yang sama dengan korang, atau korang rasa korang nak gunakan idea yang sama, boleh la minta izin tanya. Tapi kalau korang tak nak tanya pun, tak kesah la kan? Hak masing-masing, tepuk dada tanya selera J
Tapi kalau dah tulis copyright dan kena minta izin, wajib la korang mintak izin kan!
Sumber: thephotolicious.com |
Kalau baju kawen sendiri, boleh la buat camnie :) Sumber: Google.com |
Sumber: thephotolicious.com |
Sumber: thephotolicious.com |
Kalau saye, sure dah mengigil kesejukan. Tapi dress tersebut cantik bukan? Sumber: Lankanstuff |
Wednesday, December 22, 2010
OP Majlis Resepsi - Acaii Jawe
Hi!
Boleh klik sini untuk Gambar Resepsi di Shah Alam. Saye excited tengok gambar sendiri :) Hehehe
Terima kasih tidak terhingga kepada OP saye:
Nanti saye review yer :)
Mereka Srikandi Terhebat
Hi!
Mereka terhebat.
Nanti saye cerita di entri akan datang :) Looks familiar kan?
Mereka terhebat.
-photo removed-
Nanti saye cerita di entri akan datang :) Looks familiar kan?
Tuesday, December 21, 2010
MUA Hebat - Hazlie Hamzah
Hi!
Hampir 3 minggu kawen (alhamdulillah). Kehidupan lepas kawin? Menjimatkan! Tak perlu pegi dating jauh-jauh lagi. Perkara yang paling menarik lepas kawin, dia suka masakan saye. Dan hari-hari saye masak! Penat? Eih tak la. Rasanya, bila ada anak nanti baru penat kot.
Review kali nie: Make Up
Semua tahu kot, saye amik Hazlie Hamzah sebagai MUA untuk majlis nikah dan bersanding di Temerloh. Mahal? Herm, tak la sangat kot, saye rasa berbaloi. Saye sediakan penginapan homestay untuk MUA dan OP. Jadi menjimatkan, tak perlu nak sewakan hotel sorang satu kat dieorang.

Nak order Tat Nenas?
Salam
Ada sesiapa B2B, ex B2B atau sapa-sapa je lah yang baca belog nie nak order Tat Nenas / Biskut Makmor? Harga seperti di bawah:
Tat Nenas : RM13 (25 biji)
Makmor : RM25 (50++ biji)
Delivery pada minggu depan (28 - 31 Dis 2010) atau (1 - 2 Jan 2011).
Di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Putra Heights, Bandar Baru Bangi, Serdang.
Sms saye untuk order. Tempat untuk deliver biskut-biskut nie kita boleh diskus.
Owh, tapi harus la membuat minimum order 2 bekas yer.
Pembayaran perlu dibuat dahulu semasa membuat tempahan.
Tarikh tutup tempahan: ESOK!!! (22 Dis 2010). Sebarang perubahan, akan diberitahu kelak.
Klik - klik

Tat Nenas - RM13 |
Makmor - RM25 |
Sunday, December 19, 2010
Thursday, December 16, 2010
Katerer - Majlis Bersanding
Salam dan Hye
Review Part 2: Katering Temerloh
Tajuk macam gempak kenapa??? Hahaha hanya ko yang tau Xora!
Owh ya, review ini mungkin tidak memberi kesan kepada B2B yang di luar kawasan Temerloh. Tapi mengenangkan mungkin ada B2B yang mencari info mengenai Katering di Temerloh, so tak salah rasanya saye review. Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca yer..
Wednesday, December 15, 2010
Album Utusan Raja Sehari
www.utusan.com.my
Adoiii! Kenapa la keluar tawaran selepas saye kawen? Ngeh ngeh ngeh. Baru nak gila glamer.
Owh ya, untuk B2B, boleh la cuba hantar yer. Ala, tak perlu malu-malu. Bukan senang nak keluar surat khabar nie! Selamat Mencuba.
Tuesday, December 14, 2010
Reveal 1: Si Jengkel di Majlis!
Salam dan Hye...
Stress bukan kalau ada orang yang sangat menjengkelkan pada hari bahagia anda? Kamu mahu jadi yang terbaik, buat yang terbaik dan memberikan segala yang terbaik yang ada pada kamu, tapi ada orang yang sibuk cuba merosakkan hari bahagia kamu.
Saye juge tidak terkecuali. Berlaku sewaktu saye bersanding. Owh ya, semua nya kebetulan. Saye tak mahu dia menjadi orang yang ke hadapan, tapi terpaksa sebab dah tak de orang lain dan saye pun tak jumpa dah mama saye masa tu. Owh ya juge, saye sedih sebab tak dapat berarak lama dengan baju songket maroon saye yang chantek itu, dengan sanggul 3 saye yang saye beli itu. Tapi takpe, itu masih boleh dimaafkan sebab apa pun pendapat mereka yang lebih tua harus diambil kira. Lagipun majlis baru bermula, saye takmo buat hal!
Masa menunggu ketibaan suami di depan pagar rumah, owh ya, saye di 'sound' supaya tidak senyum lebar! Pendek kata, jangan senyum menampakkan gigi. Tahukah kamu saye mempunyai gigi taring di mana, kalau saye tak senyum nampak gigi, akan nampak la kecacatan senyuman saye bile saye senyum menutup mulut. Dan saye juge rasa tak selesa seperti ada benda yang tersangkut di mulut saye? Tahukah kamu bahawa saye ini memang bermuka garang dan kalau saye tak senyum nampak gigi, orang akan ingat saye kena kawen paksa? Tahukah kamu? Iye kamu tak tahu, pasal kamu sengal! Huh, tapi bila suami dah sampai dan saye dah bersalam dengan suami, masa menuju ke pelamin, suara si Jengkel itu tak kedengaran lagik. Owh ya, orang ramai giller hoke masa nie. Saye suke! Kawan-kawan suami dan kawan-kawan ofis yang lain pun ada yang sesama berarak sekali.

Monday, December 13, 2010
Review Part 1: Majlis Akad Nikah-Menu-Pelamin DIY
Salam dan Hye...
Tengok ticker kat sebelah, dah 2 minggu 3 hari saye jadi isteri orang :) Perasaan? Rasa diri dihargai dan saye boleh tunjuk skill memasak saye pada suami :) Setiap kali masak, setiap kali itu akan tanya sedap ke tak :p Dan selama 2 minggu ini juge, belum ada tanda-tanda nak bergaduh. Selalu saye la yang cari pasal. Tapi mungkin sebab dah jadi isteri kan, jadi kite tahu tanggung jawab. Jadinya takde la nak bergaduh-gaduh kan? Hehehe ok, cukup la pasal itu. Sekarang nak review pasal majlis nikah dan sanding saye. Owh, kalau entri menjadi panjang, saya akan spiltkan review keh? :)
Majlis Nikah (26.Nov.2010) Jumaat 8.30 malam
Sepatutnya kami bernikah pada 27 Nov pagi, tapi disebabkan tok kadi bercuti pada tarikh tersebut, jadi kami sebulat suara setuju bernikah pada 26 Nov, selepas Isya'. Tunang saye (masa tu tunang ok), dah sampai ke rumah singgah tengah hari tu, jadi takde la rushing untuk majlis nikah pada malam tu.
Dengan sekali lafaz, saye sah menjadi isteri en tunang :) Owh ya, patutnya masa suami saye lafazkan akad, saye duduk di pelamin DIY mama saye. Tapi entah macam mana, tok kadi tu panggil suruh duduk sebelah en suami untuk tanda tangan borang. Alih-alih je tok kadi tanya boleh tak saye duduk di situ sehingga habis majlis, hehehe takkan nak kata tak boleh kan, jadi saye duduk la atas tikar tu tanpa alas. Naik kematu montot hoke. Alas saye dah digunakan untuk letak kat pelamin nikah, jadi memang tak boleh amik dah, sebab dah ditutup dengan karpet shaggy :( Dah la baju tu manik-manik kan, memang saye tahan kaki kebas and duduk dalam keadaan tak selesa la.
Ini la kedudukan saye semasa akad nikah. Tudung biru - Cik Yatt. Sumber: Xora |
Wednesday, December 8, 2010
Majlis Bertandang - Shah Alam
Ketika menulis entry ini, saye dan suami :p En B sedang berpre-honeymoon di Pulau Pangkor.
Kenapa Pangkor? Sebab nie je kot Pulau yang tak tutup untuk hujung tahun. Alhamdulillah, tak hujan :) Kenapa namanya Pre-Honeymoon? Sebab ini adalah honeymoon "gamble". Kami redah je ke sini dengan bantuan kawan saye di Lumut yang tolong buatkan booking chalet untuk kami. Dapat la murah, kebetulan mak sedara tunang dia owner chalet nie. Tapi pasal cam serba kekurangan je bilik nie (tapi berbalaoi dengan harga), kiteorg nak tukar chalet lain jap lagi :) Okeh, abes di sini cerita honeymoon kot :p
Sedikit sneek peek majlis bertandang saye di Dewan Raja Lumu, Shah Alam...
Friday, December 3, 2010
Belum Review
Habis sudah majlis di sebelah saye. Sekarang tunggu majlis resepsi sebelah suami je :) Owh ya. Maaf ya, saye memang tak dapat jemput untuk majlis resepsi. Iyelah, bukan majlis saye, hanya menyambut menantu. Jadi tidak wajar rasanya saye jemput orang yang suami saye sendiri tak kenal untuk hadir bukan?
Macam malas je nak buat review. Ekekeke sebab tak sempat lagi nak transfer gambar :) Gambar dari OP pun lambat la dapat kan. Cuma tunggu gambar dari camera amatur je.
Saye tinggalkan korang dengan gambar-gambar sekitar majlis saye. Sket je la. Nanti saye buat review satu persatu k :)
Terima kasih untuk semua ucapan pengantin baru kepada saye dan suami :)
OP: Ranggie |
MUA: Hazlie Hamzah -photo removed- |
Kena buat list nie nak mula review yang mana satu :)
Thursday, December 2, 2010
Lain orang...
Lain orang, lain adatnya. Lain orang, lain caranya. Dan tak perlu kita nak ikut cara orang.
Fikir sebelum menimbulkan hal yang mengecilkan hati orang. Saye adalah saye. Tak perlu ikut cara orang. Selagi tidak memalukan kaum keluarga, jadi tiada masalah untuk mengikut cara sendiri. 10 tahun dulu kaum keluarga saye pun begitu, dan tidak salah sekiranya saye teruskan.
p/s: sebelum tanya, sila fikir perasaan orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)