Nuffnang

Friday, October 28, 2011

Udang Galah & Ikan Patin Temerloh


Udang Galah Sungai - Temerloh with Love 

Masak Lemak Udang Galah - Saye yang masak hoke :) 

Masak Tempoyak Ikan Patin - Mama saye masak :) 




Nak resipi? Hehehe Itu yang di atas semua makanan feveret (sebut mcm Usop Wilcha) saye. Cuma udang tu jarang-jarang makan la sebab ikut musim dan juga mahal hoke! Tiap-tiap minggu makan, memang botak la. Untuk Masak Lemak Udang Galah tu saye masakkan untuk keluarga mentua :) Bangga hoke!
Tapi dapat makan kat Temerloh je la :) 


Thursday, October 27, 2011

Dapur Reen: Macaroni Baked Cheese

As salam dan Hi

Kali ni saya nak bercerita tentang resipi yang memang dah lama teringin nak buat dan MAKAN. Jadi akhirnya, 2 minggu lepas saye berjaya buat jugak. Baru ku tahu yang Cheddar Cheesee amatlah mahal. Iye, untuk beberapa keping dan berharga RM10 adalah mahal bagi saye hoke. cheese je kot. Tu belum kira saye guna cheese parmesan la, mozzarella la dan macam-macam cheese lagi la.  Mula-mula ingat susah la nak buat macaroni cheese nie. iye lah sebab nak kena bakor bagai kan. lagipun saye jarang guna oven kat rumah tu pasal die amat kecik. Hehehe kalau nak buat cupcakes pun, adoiii jenuh nak habiskan satu bekas hoke. 

Eih eih lupa nak cerita buat resipi apa. Hah, saye amatlah mengidam kalah orang pregnant nak makan MACARONI BAKED CHEESE. Saye kira agak menjadi la macaroni baked cheese nie sebab takde la teruk sangat kot rasa die. jadi saye amik resepi dari blog masakan my feveret (sebut macam Usop Wilcha, cepat!!!) – Kak Azlita Masam Manis. Saye suka la blog akak nie sebab amat tertarik dengan cara presentation makanan-makanan. Pandai amik gambar jugak akak nie. Semua pun Nampak sedap walaupun hanya dalam gambar. Hehehe Entah kenapa, bila tengok je blog akak nie, rasa rindu plak kat masakan Mama saye. Hehehe 

Tuesday, October 25, 2011

Rindu Dia

Photo was taken on 12 Feb 2011, 6 days before he passed away. 



I missed my dad so much. May he rest in peace. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Babah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. 


“Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, maafkanlah dia dan sejahterakanlah dia. Muliakanlah tempat turunnya dan luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah dia dengan air, salji dan air yang nyaman”.
Al-fatihah.


Tanda-tanda Kematian - klik sini 

Friday, October 21, 2011

Jaga Badan Jaga Makan - Versi Reentartnenas


Salam dan Hi

PENAT! Baru lepas aerobik kat ofis. Saye berjaya mendapatkan kelulusan untuk buat aerobik bagi staf wanita kat ofis nie. Saye juga gembira sebab dapat menyumbangkan sesuatu untuk staf di sini. Dannnnnnn bagus untuk saye juga! Progress kuruskan badan? Saye mula work out dalam 28 September. Jadi setakat hari ini saye hanya berjaya kurangkan 3 kg sahaja! Tapi tapi, inches memang kurang! Sebab saye dah muat kembali pakai baju kurung moden saye, dah tak tersangkut di bontot dan boobs! Apa pun masih belum berpuas hati. Cuma turun 3 kg tu pun sebab saye takde la ekstrem diet. Kalau saye betul-betul jaga makan, pasti boleh turun lagi. Apa pun yang penting sihat dan kena sabar. Kalau kita terlalu paksa diri, memang la berat tak turun-turun. 

Apa saye buat? 

Thursday, October 20, 2011

Tahniah untuk Blog BBF!


Hi Korang!!! 

Hari nie rasanya semua BBF (BloggerBrideForever) sudah sedia maklum dengan kewujudan blog baru khas untuk BBF dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk majlis istimewa masing-masing. Sila klik sini tau: Blogger Bride Forever. Yang saye tahu blog ini terhasil dari usaha Hazlynda Kushairi dan juga pengasas asal kepada Facebook BBF iaitu Farah Fatihah. Walaupun saye tidak bergiat aktif dalam page FB tersebut, tapi setiap masa mesti pegi check out juga HOT-HOT issues di kalangan BBF. Dan tak lupa juga, kalau tetiba tergerak hati nak meroyan atau membebel, haruslah saye menjadi pengkomen tegar!


Tuesday, October 18, 2011

Hari Minggu di Janda Baik


Salam dan Hye

Since dah lama saye dan suami tak habiskan masa bersama berdua sahaja, jadi saye gamble ajak suami pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Dekat je. Kalau dari Puchong, dalam 40 minit dah sampai. Tapi tengok juga keadaan trafik. Tak tau Janda Baik kat mana? Ala, selepas tol Gombak tu, korang exit kat Genting Sempah. Korang pusing Genting Sempah tu dan ikut la signboard ke Janda Baik. Oleh kerana kami pergi tanpa sebarang plan, jadi saye takde buat booking apa pun dan tak tengok map Kg Janda Baik dengan details. Sebab kawasan tu walaupun besar juga, tapi insyallah la tak sesat. 

Thursday, October 13, 2011

Untuk Lelaki Bujang Terlajak SAHAJA!


Hai Semua! 

Pada ketika ini saye masih berazam untuk turunkan berat badan. Walaupun tidak mengamalkan diet yang ektrem, tapi cukupla saye katakan ia menunjukkan perubahan yang amat positif. Diet diet jugak, kesihatan perlu dijaga. Rutin bersukan sudah kembali. Harap saye dapat kekalkan momentum itu sampai bila-bila.

Owh ya, terjumpa gambar ini di Facebook kawan saye. Hahaha memang lawak habis. Beliau tujukan untuk bujang-bujang terlajak nie. Jadi, meh sini saye kongsi dengan korang semua plak. Untuk lelaki, no offense yer. Bergurau je. Hahaha Rasanya bujang terlajak tu kategori yang umur 30 tahun ke atas tapi tak kahwin lagi kot. Hehehe





Tuesday, October 11, 2011

Kembali Lagi! Tempahan Tart Nenas / Biskut Makmor







*Ini adalah sticky post sehingga hari Jumaat, 14hb Oktober 2011. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah lagi yer. 


Tat Nenas

Tart Nenas Lagi!!!

Makmor 


Salam dan Hye...


Ada sesiapa nak order Tart Nenas / Biskut Makmor?
Ini semua home made yer :) 


My specialty of course la Tart Nenas (macam nama belog).


Tempahan perlu dibuat sebelum 15hb Oktober 2011 (Jumaat).
Penghantaran akan dibuat mulai 24hb Oktober (Isnin) onwards. 




Senarai harga seperti berikut: 


1. Tart Nenas = RM15 
2. Biskut Makmor = RM25 


Ada caj penghantaran tak? 


Herm, ini bergantung kepada jumlah tempahan anda. Kalau korang dah order, contoh la Tart Nenas lebih dari 5 bekas, caj penghantaran FREE je.  

Tapi kalau order kurang then, rumah korang memang jauh la, jadi saye akan caj RM5.00 je.  

Owh ya, kawasan penghantaran saye adalah Puchong/Cyberjaya/Putrajaya/Shah Alam.  

Kalau nak saye courier kan pun boleh, tapi kalau biskut tu rosak / hancur, saye tak jamin la yer. Risiko sendiri.  


Tempahan bolehlah dibuat seperti berikut:


1. Nyatakan nama biskut
2. Kat mana nak jumpa (kalau jauh2 sangat, mungkin saye tak boleh nak pegi, so kite jumpa tempat yang senang for both of us la yer) 
3. Selepas saye dah OK, sila buat pembayaran ke akaun bank saye seperti di bawah: 

*Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 24 jam untuk saye secure kan tempahan anda semua. 



Maybank 102064066236CIMB 12550004351520Nor Khaireen Khairudin 

4. Penting untuk korang buat pembayaran dulu sebab, dah pernah terjadi, orang order, lepas tu cancel kan last minutes :(
5. Untuk lebih mudah, korang boleh SMS je saye 017-3393475 


Nota: Saye juga menerima tempahan untuk perkahwinan contoh untuk door gift ke :) 


Bye! 

Monday, October 10, 2011

Menu Hari Ini

Salam dan Hye

Wah, lama tak tulis ayat dengan lengkap kat blog nie. Entah la sindrom apa melanda. Mungkin sebab rasa tak secure kan sebab ramai la plak baca blog nie (follower tak ramai pun!). Macam-macam hal jadi, tapi semuanya tak boleh nak cerita kat sini. B2B, rasanya perlu consider blog baru ni. Tapi sayang la plak blog ni hoke :(

Sambil-sambil mengarang ayat untuk proposal, terus terfikir nak senaraikan menu yang boleh saye masak hari ini. Sebab saye work out waktu makan tengah hari tadi, jadi saye rasa memang perlu masak la hari ni sebab lapar :) Lagipun teringat ada Ketam kat rumah. Semangat hoke beli sebab rasa dah lama sangat tak makan Masak Lemak Ketam. Jadi pilihan menu hari ni, mungkin jadi begini:

1. Masak Lemak Ketam - Sebab nak makan 2 orang je, jadi kita beli 2 ekor ketam je yer.
2. Ulam Kacang Panjang
3. Sambal Belacan
4. Tempe Goreng (Suami tak suka, tapi tempe la my fevereetttt. So nak masak jugak)
5. Ikan Masin Goreng - Tapi ni mungkin tak jadi sebab dah goreng Tempe. Berminyak la plak nanti.

Minuman : Kita minum air masak je yer. Tak payah nak air manis-manis.

Harap-harap takde perubahan rancangan la sebab hari ni suami cuti, takut nanti dia ada plan nak makan kat mana / apa-apa ke. Ataupun kot tiba-tiba ada orang nak datang rumah ke. Adoiii janganla datang, hari ni hari Isnin, saye nak duduk rumah diam-diam.

Kalau siap semua, saye post gambar yer.

Owh ya, saye paling susah nak transfer gambar hoke. Sebab sangat malas. Hehehe Ambil gambar pun malas sebab saye bukan cam-whore. Ishkkk paling banyak muka sendiri masa majlis kawen saye kot :)

I Love ...

Source: My fren pinterest


p/s: So true. Feel like want to punch someone. Not a good start for this week.

Private this blog. I felt so insecure lately. Even though I do enjoy sharing my best moments and thoughts, but I also dishearten when people start to interfere my own personal life. Please, you can read but don't expect me to know that you are reading mine.

Thursday, October 6, 2011

Tips-tips Untuk Mengecilkan Perut Buncit dengan Self-Hypnosis

Hi Korang!

Ini saye kongsi TIPS-TIPS UNTUK MENGECILKAN PERUT BUNCIT.
Memang amat berguna dan sangat memberi kesan. Cuma apa pun yang kita buat, perlulah bersabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik :)

1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak.... tundukkan kepala, tatapan mata ke perut
3. Bongkokkan badan
4. Buka Baju
5. Lalu tampar perut banyak kali, sambil mengucapkan : "Bikin Malu...Bikin Malu...Bikin Malu...!!! Hahahaha


p/s: Jangan marah hah :)

Wednesday, October 5, 2011

Nak Sambal Goreng Jawa

Sangat teringin nak makan SAMBAL GORENG JAWA.
Iye, saye tau boleh buat sendiri, tapi nak orang JAWA pioooor yang masakkan.
Sedapnyer :( Terliur hoke.

Sumber : Foto Media

Tuesday, October 4, 2011

Cucuk Sanggul



1. Saye suka cucuk sanggul saye. Serius, memang suka sangat.
2. Saye suka baju songket saye. Serius, memang suka sangat.
3. Saye suka saye yang dulu 70% pasal masa tu kurus (walaupun masa tu saye rasa saye gemuk ketika itu-perut muncet).


Nota Kaki: Ada ke orang nak sewa cucuk sanggul tu?

Tempahan untuk Tart Nenas & Makmor dibuka sekarang untuk Deepavali & Raya Haji
Email: reentartnenas@gmail.com

Sunday, October 2, 2011

2kg. 7kg to go!

Update: sehingga hari jumaat,30sept, saye berjaya lose weight 2kg. Baju dan seluar,mula longgar. Mungkin inches pun berkurangan. Tapi nie 3 hari balik temerloh, terus sy langgar pantang. Adoiiiii. Harus berusaha gigih mulai selasa nie!

Rahsia kurang 2kg dalam 5 hari?

Sarapan : hanya ambil 100 kalori + minum air byk2
Lunch time : Gym (burned at least 200-300 kalori)
2.00 : hanya ambil 100 kalori + minum air byk2
Dinner : makan seperti biasa, tp bukan makanan yg menyumbang lemak berlebihan.
Ambil makanan yang kalori kurang dari 200.


Yang penting, jaga pemakanan. Dan untuk minggu nie, memang saye x minum air manis langsung.

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...