Entri kali ini agak terbalik. Sepatutnya saye hanya perlu bercerita tentang vendor untuk majlis di rumah keluarga saye jer, tapi oleh kerana untuk majlis en B pun kami bincang bersama, jadi saye juge akan update tentang vendor-vendor yang terlibat untuk majlis bertandang nanti.
Untuk majlis bertandang nanti, Pelamin, Baju Sanding, Andaman, Meja Pengantin, Walkaway kami ambil dengan RienZaid Wedding Couture. Kebetulan, google, kemudian terjumpa Rien nie. Awal juga kami booking beliau sebab masa tu memang nak selesaikan perihal majlis bertandang nie awal-awal. Rien banyak make up untuk artis-artis juge. Pakej Rien pun pada saye berbaloi juga. Pelamin yang kami pilih pun simple ajer. Saye tak boleh ulas panjang sebab belum mencuba hasil kerja tangan nya. Tetapi setakat saye deal dengan RienZaid, beliau tidak lokek dan selalu juga follow up dengan saye. Jadi memang vendor sebegitu yang kite inginkan kan?
Sebab utama kami bersetuju ambil Rien sebab beliau hanya ambil satu majlis dalam satu hari. Kami nak orang yang kami hired, hanya fokus kepada kami. Bukan ape, banyak perkara yang perlu kami uruskan sendiri, oleh itu, mendapat vendor yang betul-betul boleh fokus kepada majlis kami sahaja, adalah pilihan utama. Kami jumpa Rien di rumahnya. Saye rasa kalau ada B2B yang berminat, berjumpa terus dengan beliau adalah pilihan yang terbaik. Memang banyak hasil kerja tangan beliau di dalam album.
Rien juga seorang make up artis. Setakat ini, sentuhan nya menepati citarasa saye. Sepatutnya saye mahu ambil Rien sebagai MUA saye untuk majlis saye di Temerloh nanti (pada saye, macam senang berurusan dengan seorang, dan mungkin boleh dapat diskaun :p). Tetapi, Rien telah dibooked pada tarikh tersebut. Dan alhamdulillah saye dipertemukan dengan MUA saye ini. Tapi tadi, Rien sms bertanyakan sekiranya saye dah dapat belum MUA untuk majlis di Temerloh. Rupanyer, B2B yang sudah berjanji dengan nyer, senyap seribu bahasa. Kesian kan?... Huhuhu B2B di luar sana, kalau tak jadi nak ambil mana-mana vendor, sila la beritahu mereka. Mereka pun cari makan kan?... Oleh itu, kepada B2B yang masih mencari-cari MUA ataupun memerlukan khidmat Bridal, boleh lah berhubung terus dengan RienZaid. Ooopsss. Jadual beliau masih kosong pada 27 November 2010 untuk make up. Apa-apa pun, jumpa terus dengan Rien yer... Beliau sangat baik... Entri penuh mengenai vendor ini akan saye buat di lain hari... hehehe Jum layan sket gambar-gambar dari koleksi RienZaid Wedding Couture
source: RienZaid |
p/s: Kat website dan fb macam tak banyak sangat gambar kot. Tapi dalam album simpanan beliau, memang ada...
Pautan Lain: Tempahan Tart Nenas dan Makmur
6 comments:
wah, syabas!! tgh2 mlm pon sempat lg post entry.. B2B x bagus tdo lewat2 =P
i likeee.... ;)
haaa...lek lek je...insya AllAh sumenye jln elok :)
sheqin: aku xboleh komen kat belog ko...
cik wan: :) alhamdulillah
cantik la die punya hasil kerja! good job rien! =)
uiks, nape xleh komen yerr.. nnt aku cek balik hihi..
cik belle: :) antara yang berbaloi juge kalau nak ambil :)
Post a Comment