Nuffnang

Sunday, March 27, 2011

Pelamin Payung Lace!

Sumber: Mashelmy

Hebat bukan? Saye suka pelamin nya. Paling saye 'heart', payung lace yang digunakan as a backdrop. 
B2B, tolongggggggggggg la buat! 




Bye!


Oooops. Terjumpa plak gambar nie di Facebook. Owh, saye suka Ayu Raudhah. Cantik bukan?
Sama cantik sama padan! 


Sumber: Hafizatan

Friday, March 25, 2011

Saye copy dan paste dari Acaii Jawe


Baru-baru ni aku berjumpa dengan seorang teman yang baru bernikah. “Aku menyesal” katanya dengan wajah serius. “Setelah bernikah baru aku tahu, nikmat berkahwin tu cuma 10% je”. Aku dah fikir macam2. Baru beberapa minggu nikah dah timbul masalah besar. Rasanya dia nampak gembira dengan pasangan dia. “Jadi yang 90% lagi camne?” aku saja tanya. “Lagi 90% tu rupanya lagi nikmat!! haha” sambil ketawa dapat kenakan aku. “Abistu nape menyesal tadi?” tanya aku lagi. “Aku menyesal kerana tidak nikah dengan dia awal-awal lagi, hahaha”.




Sila la terima pasangan seadanya. Walaupun pasangan korang mempunyai rambut seperti Alex "Madagascar" The Lion King, sila la terima seadanya. Sayangilah dia sepenuh hati. 




Nota kaki: Seperti biasa, setiap hari Jumaat saye akan rasa lemah dan sedih. Sebab malam sebelumnya menangis. Mata pun tak larat nak buka. [owh ya, bukan sebab aktiviti malam jumaat yer, sila jangan fikir lain]. Masih ingat hari ini hari pemergian Arwah Babah saye. Ok, saye tak sedih la. Jangan risau! 



Wednesday, March 23, 2011

Idea: Butang untuk Kahwin

Salam dan Hye...

Saye dah tak tahu dah nak letak title apa untuk entry hari nie. Jujurnya, saye sudah kekeringan idea untuk kawen. Nak cerita pasal hal peribadi di belog kahwin saye nie, rasa macam tak kena pulak. Mungkin selepas nie, perlu fikirkan link baru untuk membincangkan tentang isu semasa... Hehehe

Pastinya skang Cik Elya Elmo dan Cik Belle amat sibuk dengan persiapan. Begitu juga dengan yang lain-lain, kan? Ooops! Saye masih belum update link B2B dan Mantan B2B di blog list saye. Hehehe ada yang dah mantan pun, masih lagi di list B2B.

Rasanya, ramai dah kot B2B atau Mantan B2B kongsi mengenai idea butang ini. Tapi, rasanya, setakat ini, belum jumpa lagi B2B atau Mantan B2B yang berjaya merealisasikan idea ini [Mungkin ada, tapi saye tak perasan kot]. Jum layan gambar-gambar nie :)

Boleh dijadikan corsage untuk pengapit dan dayang-dayang.   
 Sumber: Craftzine


Butang untuk Kek Kahwin [ada berani???]

Sumber: Kathryns


Pin Back Buttons - sebagai cenderamata untuk tetamu 

Sumber: Elizabethannedesigns


Sesuai untuk orang kuat majlis!

Pernah dulu nak buat untuk semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik saye, tetapi mereka terlalu ramai! [Mama ada 11 adik beradik dan Arwah Babah ada 10 adik beradik]. Hahaha kopak saye!


Sumber: Kingskrafts

Bunga Tangan buat pengantin mahupun pengapit 

Sumber: Helen

Tak terfikir pun! Tapi macam simple sangat kalau untuk majlis ratu sehari.

Sumber: twoforthershowdesign


Bunga Tangan yang sangat Chantek! B2B, tolong la buat nie!

Sumber: zankyou


Sampai di sini sahaja.


Nota: Bila la en Big B nak masuk nie... habis semua tergendala program-program memadu kasih nie... ekekeke

Monday, March 21, 2011

Memories

Dear Memories,

Please go away...

Kris Dayanti & Raul Lemos nikah

Salam dan Hye...

Owh sangat malas nak type panjang lebar. Sebab hatiku bukan di sini. Tengok kat fb B2B tadi, hot tentang isu tak boleh bernikah di dalam masjid. Kalau tak silap, kenyataan dari Mufti Perlis. Tup-tup, ada la plak gambar si Kris Dayanti nie bernikah di Indonesia dan di dalam masjid dan dipercayai telah berco*** di dalam masjid. Tak berani komen banyak. Korang tengok je la gambar yer. Apa pun, tahniah kepada KD dan suami. Apa pun, baju Bunga Cinta Lestari lagi lawa kot, walaupun seksi bangat! Hehehe






Selesai sahaja akad nikah, Raul Lemos sempat mencium bibir KD sebanyak 3 kali di hadapan para tetamu sebagai tanda cinta. Sumber: Oh Bulan



Nantikan gambar-gambar lain pulak kalau ada... 

Friday, March 18, 2011

Kini sebulan...

Salam dan Hye…




Nota: Post ini adalah post peribadi saye yang saye coretkan di belog saye.


Hari ini, genap sebulan [18 Februari 2011 jam 3.20 petang], Babah saye telah kembali ke rahmatullah dengan aman dan tenteram pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Jujurnya, semalam saye susah nak tidur. Asyik tersedar je, dan sentiasa ingatkan beliau. Saye memang hipokrit. Di depan orang, saye gembira dan bergurau senda seperti tiada apa pun yang berlaku. Saye masih saye yang dulu. Tapi jauh di sudut hati saye, saye sangat sedih dan sayu bila saye terbayang muka Arwah Babah saye. Kadang-kadang saye cuba mengingat kembali kata-kata terakhir Arwah Babah saye.Cuma yang saye ingat, hari terakhir Rabu pagi kira-kira jam 6 lebih, Arwah Babah saye meminta adik ketiga saye untuk mengajarnya mengucap.

Masih segar di ingatan saye, malam tu, saye memang langsung tak boleh tidur sebab Arwah Babah berada dalam keadaan yang tidak selesa. Kanser telah merebak ke otak dan beliau asyik angkat tangan dan memegang kepala. Tapi keadaan beliau sangat lemah. Arwah Babah sangat kuat, tak pernah sekali pun sepanjang saye bersama beliau, beliau mengadu sakit. Beliau terlalu kuat mungkin kerana telah puas melawan kanser selama 10 tahun. Sedih dan sayu saye lihat Arwah Babah saye yang semakin kurus. Pada hari itu, saye lihat wajahnya sangat bersih dan juga kuku nya. Arwah Babah memang sangat pembersih semasa hayatnya. Seperti beliau tahu yang beliau akan pergi. Mama beritahu, genggaman tangan Arwah Babah semakin lemah dan Mama dapat rasakan bahawa Arwah Babah sudah tahu beliau akan pergi.

Thursday, March 17, 2011

Bukan Merungut

Minggu lepas pegi MATTA Fair kat PWTC. Tiada yang menarik dan tak tempah apa-apa. Rasa cam sama je kalau booking online nak pegi ke Krabi / Bali. Tetapi, murah kalau nak pegi Europe ke, Aussie ke, Hong Kong ke, Korea ke.




Jadi, saye perlu consider pre-honeymoon saye sebagai honeymoon saye la.



Sekian.

p/s: Wish that I could travel like Mr and Mrs Globe Trot

Tuesday, March 15, 2011

B2B! Yang Menarik dan Hot!

Salam dan Hye

Tengok koleksi gambar-gambar yang saye rakam dan juga saye google. Mungkin boleh membantu B2B di luar sana. Sekarang idea untuk post mengenai perkahwinan pun dah semakin kurang. Hehehe Ye lah, kata pun mantan! 
Boleh di meja beradap.
Kalau takde orked, boleh guna bunga kekwa atau mawar.

Boleh digunakan sebagai deco di Meja Guestbook


Xora, ini yang kite amik gambar masa ada event kat auditorium tu. 

Boleh guna fresh flower ataupun flower tipu. Hehehe.
Boleh letak di meja beradap/meja tetamu.

Marshmallow sebagai door gift.
Sumber: Google.com  


Bunga Tangan yang unik.
Sumber: Ninie Ahmad
 
Kaktus sebagai door gift ataupun deco di meja tetamu. 
Bekas comel. Boleh gunakan untuk letak pen bagi meja guestbook. 

Kombinasi warna yang menarik untuk Bunga Tangan.
Sumber: Google.com 

Lilin Merah sebagai deko bilik pengantin dan juga props untuk OP.
Sumber: Matt Ranggie








Sebelum berakhir: 

Jangan lupa buat ini masa pergi berbulan madu di Pulau :)




Kebanyakan gambar saye dapat dari Google.com. Tak ingat dah kat blog siapa saye ambil.

Jumpa lagi!



Friday, March 11, 2011

Perkahwinan Artis Bertudung

Salam dan Hye...

Jujur saye katakan, setiap kali saye baca entri mengenai persiapan perkahwinan, ataupun Mantan B2B yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, berkongsi cerita dan gambar di belog, saye sangat rindukan saat-saat saye bergelar Ratu Sehari 3 bulan lepas. Macam tak percaya semua persiapan, penat lelah telah berakhir.

[Saye tak boleh tengok album kahwin saye, sebab ada gambar Babah - bercucuran air mata nanti]

Tiba-tiba je rasa nak buat entry mengenai artis bertudung yang berkahwin. Maksud saye, yang betul-betul bertudung, dan kahwin pun masih memakai tudung. Tak ramai sangat rupanya. Tapi cukuplah sekadar untuk berkongsi stail mereka...

1. Baizura Kahar

Antara pelakon utama Filem "Sepi" - Imaan [Sedapkan nama tu] Selepas berkahwin, terus beliau bertudung dan berhenti berlakon. Tak silap, Baizura 'Imaan' kahwin pada 13 November 2011.



Persalinan Nikah
Masa sanding
Simple je kan baju die? Bunga tangan tu yang special. Banyak & besar hoke :)

2. Mawi & Ekin 

Perkahwinan yang menamatkan segala kontroversi. Ekin nie memang muka dah lawa gitu, memang sesuai dengan style tudung sebegitu. Jadi, memang sesuai la... 

Ada mini pelamin di ruang masjid 






3. Bienda

Yang nie misteri tak tahu mereka nikah bila. Tapi tak kisah la kan. Yang penting mereka telah selamat bernikah dan berkahwin.

Nampak cam berisi sket 

Outfit menarik 
Tema Bollywood kot

4. Wahida & Ustaz 'Rebonding" Akhil

Hah, yang ini lagiiiiiiiii kontroversi. Majlis mereka simple je. Jadi, ok la tu :)


Saye suka jubah Wahida... Chantek!

5. Sharifah Aleeya [Alamak, Leeya belum pakai tudung lagi eik? Hari tu macam ada tengok iklan dia dan baby kembarnye kat TV. Sori2, salah info hehehe ]

Yang nie lagi sempoi kot. Serius, memang sempoi. 

Pelamin Nikah Leeya 



Rumusan: Sumber gambar semua dari google.com. Untuk artis bertudung nie, kurang sket koleksi gambar kahwin yang ada. Ye lah, kebanyakan yang kahwin semua nya masih free hair. Takpe-takpe lepas nie kalau rajin, boleh saye buat entri artis tak bertudung kahwin plak. 

Rasanya, baju kahwin B2B dan Mantan B2B lebih hot kot! 


Thursday, March 10, 2011

Saye Bukan Dato' Siti Nurhaliza

Boleh tak nak cakap, dia nie pakai apa pun tetap cantek... serius, ngape la cantek sangat. aduh, kulit sgt flawless dan comel juge seperti saye :p

Sumber: BeatifulNara

Gambar diambil semasa majlis perkahwinan adik Dato' Siti

Wednesday, March 9, 2011

Suami saye dan Anak nya

Salam dan Hye...

Helloooooooooooo! Belum-belum. Title gempak je... hehehe 

Sambil melayari belog hebat En Tubelawak, terjumpa satu video yang menarik. Bak kata en Tube, sesiapa yang menrancang untuk taknak anak sekarang, kalau tengok video nie, mesti tak sabar nak menimang anak. 




Home - Edward Sharpe and The Magnetic Zeros Acoustic Cover (Jorge & Alexa Narvaez)


p/s: di akhir video tu, budak tu dah menguap kan? hehehe membayangkan saye n anak saye nanti, kalau gegurl, sure la suka nyanyi jugak, sebab saye memang suka nyanyi masa kecik-kecik dulu hoke. Tapi nasib baik mama dan babah tak mengasah bakat terpendam saye tu, kalau tak, confirm dah jadik artis skang. Hahaha!


Sunday, March 6, 2011

Sungguh menyayat hati..

Terjumpa video ni, lagu The Rest of My Life dari Maher Zain dalam blog Bloggerwanita. Memang sedih dan mengalir air mata bila tengok video ni... Semalam dah la hari sedih saye, asyik teringat Babah saye. Pastu terjumpa plak la video nie, huwaaaaaaaaaaaaaaa lagi la 'banjir' rumah saye. Rumusan sket: Walaupun mereka takde anak, tapi tetap bahagia hingga ke akhir hayat. Jom sama-sama tengok...

 
Video credit to Bloggerwanita

Saturday, March 5, 2011

Jenis-jenis Album Pilihan Pengantin

Salam dan Hye...

Saye pasti ramai B2B atau Mantan B2B yang makin expert dengan jenis-jenis album yang digunakan oleh OP Hebat. Lebih baik sekiranya sebelum korang berjumpa dengan OP atau fikir apa yang perlu ditanya/email kepada OP, korang google dulu apa jenis album yang ada di pasaran. Bukan apa, nanti OP explain kat korang, saye pakai album jenis gini, OP tu pakai jenis gitu, hah, korang pun boleh konfius. Hihihi 

1. Photo-Book 
Ni material macam kertas majalah kot. Tapi jenis yang high quality la. Ramai juga OP yang gunakan jenis ini. Ringan je album, senang mau dibawa ke mana-mana. Macam kite nyer thesis masa belajar dulu, betul tak?







Korang juga boleh print kat sini kalau nak album photobook. 

Idea Pre Post-Wed

Salam dan Hye...

Lama saye tak jenguk blog OP Hebat kat Malaysia nie. Jujurnya, saye bangga dengan rakyat Malaysia (cheeewaaahhh-ayat patriotik!), sebab makin ramai muncul OP yang hebat. Tak lupa juga makin banyak khidmat bridal yang mampu disewa/digunakan oleh rakyat biasa macam kite nie (rakyat luar biasa - anak orang kaya yang senang-senang dapat sponsor + artis-artis yang kawen dengan orang kaya dan dapat sponsor). MUA juga mula membuka mata untuk mengambil kite sebagai klien mereka. Tapi, betul tak saye cakap (erk-takde suara pun!), majlis yang hasil dari titik peluh kite adalah lebih bermakna. Bila mana semua idea dan acara, dirancang sendiri oleh kite. Kite adalah MasterMind untuk majlis sendiri. Owh ya, tapi jangan pula menidakkan pandangan serta pendapat mereka di sekeliling kite. Kite bukan hidup dalam gua untuk segala-galanya yang kite buat, hanya untuk diri sendiri.

Kite juga sebagai B2B (ooopsss! lupa, saye sudah mantan!) semakin rajin mengoogle idea-idea yang menarik, terkini dan lain-lain dari yang lain, yang masih boleh digunakan untuk majlis kite nanti. Ada B2B yang bermurah hati berkongsi idea-idea baru yang mereka dapat, walaupun mereka sendiri belum gunakan idea tersebut di majlis sendiri. Mungkin ada orang marah, bila idea nya ditiru. Tapi kena ingat, dunia ni luas. Dunia blogging juga luas. Tak semestinya kite orang pertama 'post' kan idea tersebut di blog, kite menjadi orang yang melopori idea tersebut. Jangan cepat melatah. Sharing is caring. Kalau dah kebetulan idea sama, nak buat macam mana, iye tak?

Thursday, March 3, 2011

Happy Birthday to Me!



Happy Birthday to Me... Happy Birthday to Me... Happy Birthday to Reen... Happy Birthday to Me :)

Alhamdulillah, genap sudah umur saye XXX (rahsia :p). Pertama kali menyambut birthday sebagai isteri (malangnya encik suami outstation la plakkk-lain kali, sila pilih date lain). Tak pernah saye sambut birthday besar-besaran, means yang ada ramai orang tu, pastu tengok saye tiup lilin tu. Kecuali tumpang birthday 'org atasan' kat ofis nie, boleh la tiup lilin kat Auditorium :) Cuma ada sekali tu, 2 tahun lepas, masa tu sambut birthday dengan geng Futsal! Owh, busuk-busuk lepas main futsal, derang buat surprise birthday untuk saye dan 2 kawan yang lain. Hehehe kat ofis nie, orang-orang istimewa je sambut birthday bulan 3.

Setiap tahun, saye takde hajat tertentu setiap kali birthday saye. Cukup sekadar teman-teman rapat ingat dan wish kat saye. Kawan baik saye Dill, dah wish tengah malam tadi. En Suami juga begitu (tapi tahun nie takmo nyanyi yer - tak aci!). Hah, nie kawan baik a.k.a roomate saye masa Uni dulu tak wish lagi nie. Last year dia kata dia tak sempat nak top up, jadi tak boleh call. Hahaha Enot! Aku tau ko tengah baca belog aku, baik ko wish kat aku skang :)
Wan Laling - maceh... pepagi dah nampak muka ko. ekekeke Xora??? Xora mana???

Saye rasa bertuah sebab selama ini, saye tak pernah celebrate birthday dengan Arwah Babah dan famili yang lain. Ooops. Masa kecik-kecik dulu ada la, tapi ia bukan menjadi satu acara wajib buat kami sekeluarga untuk celebrate birthday setiap ahli keluarga. Jika tidak, mesti sekarang saye rasa sedih sebab teringatkan Arwah Babah. Walaupun tak pernah celebrate, tapi Mama dan Arwah Babah tetap ingat, begitu juga dengan adik-adik saye.

Ok-ok dah merepek. Anyway, Happy Birthday to my Kembar! Kami sama date, tapi lain tahun je. ekekeke. Banyak persamaan kami, that is why we call ourself Kembar! *Hugs Fiza!

Pulut 'surprise' 1Malaysia
Dalam Gambar: Enchek Suami, Saye, Mama, Arwah Babah & Fareez (my bro)


p/s: B, nak hadiah :)

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...