Salam dan Hye...
Lama saye tak jenguk blog OP Hebat kat Malaysia nie. Jujurnya, saye bangga dengan rakyat Malaysia (cheeewaaahhh-ayat patriotik!), sebab makin ramai muncul OP yang hebat. Tak lupa juga makin banyak khidmat bridal yang mampu disewa/digunakan oleh rakyat biasa macam kite nie (rakyat luar biasa - anak orang kaya yang senang-senang dapat sponsor + artis-artis yang kawen dengan orang kaya dan dapat sponsor). MUA juga mula membuka mata untuk mengambil kite sebagai klien mereka. Tapi, betul tak saye cakap (erk-takde suara pun!), majlis yang hasil dari titik peluh kite adalah lebih bermakna. Bila mana semua idea dan acara, dirancang sendiri oleh kite. Kite adalah MasterMind untuk majlis sendiri. Owh ya, tapi jangan pula menidakkan pandangan serta pendapat mereka di sekeliling kite. Kite bukan hidup dalam gua untuk segala-galanya yang kite buat, hanya untuk diri sendiri.
Kite juga sebagai B2B (ooopsss! lupa, saye sudah mantan!) semakin rajin mengoogle idea-idea yang menarik, terkini dan lain-lain dari yang lain, yang masih boleh digunakan untuk majlis kite nanti. Ada B2B yang bermurah hati berkongsi idea-idea baru yang mereka dapat, walaupun mereka sendiri belum gunakan idea tersebut di majlis sendiri. Mungkin ada orang marah, bila idea nya ditiru. Tapi kena ingat, dunia ni luas. Dunia blogging juga luas. Tak semestinya kite orang pertama 'post' kan idea tersebut di blog, kite menjadi orang yang melopori idea tersebut. Jangan cepat melatah. Sharing is caring. Kalau dah kebetulan idea sama, nak buat macam mana, iye tak?
Mahu kongsi, idea yang mungkin berguna untuk Post - Wed. Owh ya, Pre-Wed pun boleh. Ikut suka korang la. Hehehe... Terima kasih buat Nikaizu Photoblogger kerana sudi kongsi di blog beliau. Gambar-gambar pun superb. Idea ini mungkin idea pasangan tersebut ataupun idea Nikaizu ataupun hasil perbincangan mereka berdua.
Sumber: Nikaizu Photoblogger
Jadi, kalau korang masih tercari-cari idea, konsep berkelah di atas padang nie pun menarik. Cuba pilih tema yang kamu dan pasangan juga suka. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri di dalam membuat keputusan. This is your moment of life with your partner.
p/s: Tak berkesempatan untuk buat post-wed, duit tak cukup. Mungkin akan ambil photog bersama Reen's Junior ke nanti, siapa tahu kan? - No No. I'm not pregnant yet. Strive for it! Hihihi
No comments:
Post a Comment