Nuffnang

Tuesday, June 7, 2011

Pernikahan vs Kematian


Salam. 

Sejak akhir-akhir ini, suka benar saye membaca blog yang lebih informative. Baru saye sedar, ramail kot blogger Malaysia nie. owh, tapi tetap tak terlepas pandang kepada blog B2B. Dulu ada orang pernah tanya, B2B tu apa? Macam mana nak join? Hehehe Lihat. Orang / blogger lain pun dah ingat ini adalah satu kumpulan khas. Sedangkan tidak sama sekali. B2B = Bride to Be. Blog dijadikan diari online untuk mencatat segala persiapan, perjalanan serta momen suka duka, menuju hari bahagia. Jadi sesiapa yang mempunyai blog, dan juga pengisiannya lebih kepada persiapan menuju hari bahagia, kamu juga boleh menggelarkan diri kamu B2B.  Jadi, jangan malu-malu k.

Suka di sini saya nak berkongsi satu entri yang saye baca dari blog SangPelangi. Bagus juga untuk renungan dan senaman mata kita petang-petang nie. ada benarnya apa yang ditulis, dan kite pernah dan akan mengalaminya secara langsung ataupun tidak. Jadi ambil masa anda untuk baca k. Info ini adalah diambil secara terus dari SangPelangi.


Moga-moga, sepanjang detik yang berlalu, saat lidah-lidah kami menyebut kebesaran Dia yang menemukan kita (nikah), lalu memisahkan (maut), tentera Malaikat-Nya bersama-sama turun mewakili Tuhan mengirimkan rahmat dan mengaminkan permintaan kita.



A) PERSAMAAN
Fasa
Pernikahan dan kematian mempunyai fasa persediaan (ambang atau pra~) yang tersendiri. Ia boleh saja berlaku mengejut. Contohnya, pernikahan ambangnya tunang, maka kematian ambangnya sakit. Atau tanpa fasa ambang itu, kedua-duanya masih boleh kita alami tanpa disangka-sangka. Sedih atau gembiranya kita saat hadapi keduanya pasti ada.

Rahsia
Pra-pernikahan dan pra-kematian adakala dirahsiakan. Pertunangan mungkin saja dirahsiakan dan hanya diketahui oleh kenalan rapat sahaja. Begitu juga dengan pra-kematian, iaitu sakit. Kedua-duanya, jika tidak dimaklumkan, ada juga kenalan rapat yang rasa terkilan.

Nostalgia
Pernikahan dan kematian, adalah pintu sempadan nostalgia. Kedua-duanya disetkan sebagai medan pintu sehala, tidak bisa ditoleh ke belakang lagi. Oleh yang demikian, ada saja antara kita yang akan menangis jika menyimpan perasaan dan tidak sempat diluahkan pada si dia. Mungkin juga andai ada hasrat yang tidak tertunai atas kenangan lama dan hutang budi, seseorang itu akan kecewa.

Sokongan
Pernikahan dan kematian, memerlukan sokongan moral. Dari segi pernikahan, majlis walimah perlu disokong oleh keluarga dan rakan-rakan agar berjalan lancar. Kematian juga perlu sokongan agar upacara pengebumian diurus baik. Jika mengikut budaya setempat tertentu, kedua-dua majlis dan upacara ini dihiasi dengan adat ber’salam keruk’, dengan tujuan membantu bagi meringankan bebanan si tuan rumah.

Segera
Pernikahan dan kematian tidak mengenal usia tua, apatah majlis pernikahan dan upacara pengebumian wajib disegerakan. Lebih cepat menikah, lebih bagus. Lebih cepat dikebumikan, lebih bagus. Implikasi buruk bakal terjadi, andai sengaja dilewat-lewatkan atau dengan alasan yang biasa-biasa. Tidak semestinya yang lebih tua menikah dahulu. Tidak semesti juga yang lebih tua boleh meninggalkan dunia ini terlebih dahulu.

Nafkah
Tanggungjawab menjaga dan memberi nafkah beralih. Buat sang isteri, nafkahmu berubah dari si ayah kepada sang suami, benar-benar berpindah amanah itu saat suamimu melafazkan akad. Saat betul-betul roh kita ditarik oleh Allah dari jasad, maka tanggung jawab itu berpindah kepada si waris yang layak pula.

Tetamu
Bilangan kehadiran tetamu dan keperluan melayan mereka. Ramainya tetamu, sebagai simbol penerimaan masyarakat terhadap diri kita. Ada orang yang ramai menghadiri majlis walimahnya, ada juga yang sedikit tetamunya. Formulanya mudah, jika ramai, tandanya dia dan keluarganya disenangi masyarakat. Di majlis walimah, sememangnya harus kita melayan dengan baik keluarga dan sahabat pasangan. Sepertimana juga upacara kematian, si waris perlu melayan dengan baik keluarga dan sahabat arwah, contohnya si anak harus melayan dengan baik kawan-kawan arwah ayahnya.

Lain-lain
Perubahan perhubungan yang berlaku adalah kekal dan tidak dapat ditarik balik.  Tiada lokasi lain yang digunakan bagi menguruskan kematian dan pernikahan, melainkan di rumah ataupun di masjid. Terakhir, kedua-duanya tidak mungkin kita mengambil sendiri gambar peristiwa ini.

B) PERBEZAAN
Mandatori
Dari sudut penglibatan kesemua hamba-hamba-Nya, tidaklah semua di antara kita berkesempatan menikah. Hukumnya biar sunat yang paling dituntut, namun ada juga takdir jodohnya Allah tidak kurniakan. Kerana Dia lebih tahu, segala yang terbaik buat kita. Cumanya, tiada satu makhluk pun yang terlepas dari maut, janji-Nya amat pasti, tiada berbasa-basi.

Tali
Pernikahan bagai simbol dua utas tali perhubungan yang diikat, dijalin, menjadi satu. Termetrinya dua hidupan berkongsi serba satu. Selain busuknya talak yang dibenci Tuhan, hanya maut saja yang boleh memutuskan. Ya, kematian sajalah simbol perleraian menjadi dua ikatan.

Faraid
Saat pernikahan, secara rasmi akan masuk penama baru di dalam senarai pembahagian mengikut faraid. Manakala kematian, keluar seorang dari senarai pembahagian mengikut faraid.

Perarakan
Perarakan pasti berlaku, bagai simbol memberitahu kepada khalayak di sekitarnya. Cuma beza antara kematian dan pernikahan adalah pada arah perarakannya. Pengantin diarak masuk, manakala jenazah diusung keluar. Termasuk juga perasaan yang tersimpan saat perarakan itu berlangsung. Seandainya kita begitu gembira saat kita diarak masuk ke rumah sepanjang bergelar raja sehari, adakah kita begitu pasti, apakah pula perasaan kita saat jasad kita diusung keluar dari rumah menuju ke taman pusara?


Saye sedih dengan ungkapan yang saya bold kan di atas. Betul. Saat kita gembira diarak, adakah kita akan mempunyai perasaan yang sama sewaktu kita diusung keluar atau melihat insan tersayang di usung keluar.



Nota Kaki: Reen rindu Babah [hanya yang mengalami akan memahami].

3 comments:

LisaLisut said...

i got the point.very useful.thanks reen :)

LisaLisut said...

dh nk kawin ni tetiba rs terigt n rindu kt ayah i gak.hhmmm..dh takde rasa apa rasa tak ada ayah.sigh

Putri Qaseh said...

Reen..sedih juga dgn statement yg dibold tu, kita gembira dan orang lain turut gembira saat pengantin diarak masuk rumah,perasaan sebaliknya saat jenazah diusung keluar..saya sgt faham kerana mengalaminya..Sabar ye reen, semoga roh babah dicucuri Yang ESA..amin

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...