Nuffnang

Saturday, December 29, 2012

Thursday, December 27, 2012

Love, Taiping

Hi

Post yang pending 2 Tahun Ulang Tahun sekian lama dek kemalasan melanda diri tidak berkesudahan :) 

Kami pegi Taiping & Ipoh sempena 2nd anniversary. Kenapa 2 tempat tu? No reason for it. Kami just nak jalan-jalan dan makan-makan. Serius I tell you, makanan sedap2. Tak cukup masa dan tangki kecik nak makan :) OK. Saye cerita secara ringkas. Korang layan gambar aje. Ada apa-apa soalan, sila komen :) 

Tempat pertama: Taiping. Stayed at Taiping Golf Resort. 

Harga bilik murah (reasonable). Bilik besar juge and selesa juga. Cuma hermmm, servis from pekerja slow sket. 10 malam baru dapat towel hokeee. Breakfast nye kami tak makan pun sebab kami mencari makanan local aje :) 

23.12.12 & 25.12.12


Happy Birthday Love. I love you so much.

"I love you. You're my only reason to stay alive...if that's what I am" - Edward (Robert Pattinson) to Bella (Kristen Stewart).


To me, you're Perfect. May our marriage also last till Jannah.




Friday, December 21, 2012

Keep Calm

...and have a great weekend peeps!







Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.


source:  pinterest

Wednesday, December 19, 2012

Hi Heart!


After working 6 years, first time ever we joined this Annual Dinner. Great venue, foods (I guess, choices of food did not really suit the theme, anyway still yummy), friends, and of course, my companion :)

Since I lost some weight (weeeee), I hardly search for baju to suit the theme, which "A Night at An Award Show". I know that most of the people will (were) wearing all these beautiful dresses and I choose to wear something different. And to my surprise, I got myself first time in my life, the Leather Pants! Nasib depa ada size ai yuh! Hahaha 

Tuesday, December 18, 2012

Re-post: Kek Kahwin


Hi Semua, 

Entri terakhir saye 2 Tahun Ulang Tahun. Hehehe banyak sangat perlu diupdate. 
Tapi belum ada masa. Serius, macam anak 10 kan? Serius, takde masa. Masa mencemburui. 

OK, disebabkan mendapat permintaan dari Oleen, ex-schoolmate saye masa sek men dulu, (*Oleen, malu hoke ko baca blog aku ini), jadi saye re-publish la gambar kek kahwin saye masa majlis di sebelah saye di Temerloh. Beliau nak tengok dekorasi kek saye. Anyway, Oleen. Design biasa2 aje. Pilihan pun tak banyak tapi kek nya sedap la. Cuma takde la deko sehebat kat KL :) Tapi mana tau dah banyak pilihan :) 

Sunday, November 25, 2012

2 Tahun Ulang Tahun

Hi semua

Alhamdulillah, esok genap 2 tahun anniversary nikah kami. 26.11.2012.
So we choose to celebrate early.
No candle light dinner, but here we are in Perak.
Why Perak? Sebab nak jalan2 sambil makan hehe
Waktu menulis ni kami baru sampai ke Lost World Tambun Hotel. Kami gerak dari Taiping.
We had so much fun (of course eating) in Taiping. Will write more about our short gateway honeymoon.
Oh ya. Pagi tadi sempat lagi yuh we all daki Bukit Larut. Memang adventure and penat habes.

Ok la.later sambung.

Happy Anniversary B.
Love u forever.


Reen

Friday, November 23, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Just came back


Just come back from KK. Away for 4 day and it was so tiring yet such a blissful trip with my family.

Will update later on the whole trip.


At Kinabalu Park 7.00 am (that's Mt Kinabalu)


...and yes, Azreem didn't join the trip, busy making money :)


Till then.

Reen

Tuesday, November 13, 2012

Love

Beria kan? Saje try test apps baru :)

Another 14 days to our 2nd anniversary.  Am looking forward
 For our vacay :)

Sunday, November 11, 2012

Tupperware: Pasta Mate LIMITED RELEASE

Hi 

Ada sesiapa berminat nak beli Limited Release Pasta Mate, saye jual dengan harga RM25  (Tak termasuk harga pos) sahaja untuk 1 bekas tu. Memang sesuai untuk letak Spagetthi ataupun Macaroni ke. 
Kalau berminat, email saye reentartnenas@gmail.com




Harga Asal untuk 2 bekas ialah RM54.80 


Thursday, November 8, 2012

Friday, November 2, 2012

Bersangka Baik Adalah Lebih Baik

Assalamualaikum.

Stumbled upon to Lyna Kamal's blog and I really love her post on "Bersangka Baik Adalah Lebih Baik".

Please feel free to READ and please do not skip the line.


A MUST READ Story.

A doctor entered the hospital in a hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call A.S.A.P, changed his clothes and went directly to the surgery block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor. On seeing him, the dad yelled:

“Why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger? Don’t you have any sense of responsibility?”

The doctor smiled and said:

“I am sorry, I wasn’t in the hospital and I came as fast as I could after receiving the call… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work.”

“Calm down?! What if your son was in this room right now, would you calm down? If your own son dies now what will you do??” Said the father angrily.

The doctor smiled again and replied: “I will say what Job said in the Holy Book, “From dust we came and to dust we return, blessed be the name of God”. Doctors cannot prolong lives. Go and intercede for your son, we will do our best by God’s grace.”

“Giving advises when we’re not concerned is so easy,” murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy.

“Thank goodness! Your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running.

“If you have any question, ask the nurse!!”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait some minutes so that I ask about my son’s state,”commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in a road accident. He was in the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”

———————————-
Moral: Never judge anyone, because you never know how their life is and what they’re going through…


-Let’s spread this.So that we’ll realise how often we judge a book by its cover.

Thursday, October 25, 2012

Dah Kurus!

As salam dan Hai semua, 

Lama tak menulis. Malas. Saka malas menguasai diri. Hahaha kadang-kadang teringin nak jadi macam Fynn Jamal je, tulis kat FB. Hah malas nak maintain2 blog.

Kite update apa progress berat badan ye. Ini entri awal saya Berat Dah Turun Ke Belum?.
Dan tetiba jadi Pakar Pemakanan pulak kat entri ini Change Lifestyle, Eat Healthy

Ok so far. Alhamdulillah, saye dah  berjaya turun 5kg! Usaha tangga kejayaan. Kuat semangat itu penting. Saye pernah rasa berputus asa. Tapi saye tahu saye boleh. Sebab masa sebelum kawen tu saye boleh turunkan berat, dan sekarang pun saye yakin. Apa pun, masih ada 4 Kg lagi yang perlu diturunkan untuk capai berat ideal masa baru kahwin 57kg. Hah tak tau la mampu ke tak. Tapi akan ku usahakan. Gambar terbaru? Takde beria amik gambar sebab malu. Hahaha Serius kau, takut perasaan riak timbul. Tapi memang best sangat bila dah turun berat. Baju-baju zaman kekurusan pun dah boleh pakai :) 

Tuesday, October 9, 2012

Change Lifestyle, Eat Healthy

Ada Negara mati sebab tak makan, kita kat Malaysia mati sebab terlebih makanan. Hah, statement agak kejam. Tapi kenyataan. Bukan nak salahkan makanan, tapi cara kita tu. Makan macam-macam, iye tak? Lupa yang sebenarnya kita kena ambil healthy foods :) 

Well, almost sebulan juga saye jaga pasal pemakanan. 1. sebab takut penyakit. 2. berat naik sangat. 3.herm sebab not good la...

So, there are some tips to share. Takmo ikut takpe. Tak paksa. Hehe 

1. NO FAST FOODS 


Friday, October 5, 2012

Berat Dah Turun Ke Belum?

Hari tu saye ada post ini Body Under Construction.


Seingat saye, mula work out + diet (no rice! no sugar) pada 4 September 2012. 
Saye timbang pada 14 September 2012 (ingat date ni sebab hari yang sama Mama datang rumah and cakap saye kurus!) = I lost 2 kg! 
*Beria hoke aku diet cam hape, turun 2 kg je? Hah tapi besar maknanya untuk orang yang berat nyer cam saye ni yang dah lebih 60+++++ banyak hoiiiii plussss tu. Hehehe 


Friday, September 28, 2012

I'm back and his away

Kami hanya ada masa 3 hari untuk spend masa together sebelum dia pulak outstation ke Lumut for 3 days. Seriusss ku rasa cam eihhh kenapa hidup kite begini? Eih bukan tak biasa. Biasa. Cuma hermmm boring kan kalau sorang2? 



Bai.

Entri takde motif. Tuan Tanah jiwa kacau minggu nie.



Thursday, September 27, 2012

While I am Away

5 days away from him make me realize that I miss him every single day. Cant wait to go home.

Wednesday, September 19, 2012

Baby Posing

source: Pinterest


dreamer.


Reen




Tawakkal

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa haula walaa quwwata illa billahi l-’aliyyi l-’aẓhim

In the name of Allah, I have placed my trust in Allah, there is no strength nor power except from Allah.
source: hanisamanina

 
Semoga segalanya dipermudahkan untuk kami. 

Tuesday, September 18, 2012

Cuba: Pati Delima Gulsan + Madu + Olive Oil

As salam.

Update ringkas.

Apa yang saye tahu, saye ingin kongsi kan dengan semua. Cukup saye cerita untuk kebaikan bersama.

Amalkan mengambil tiga jenis makanan/manisan ini selepas bangun tidur.

1. Pati Buah Delima - Saye beli brand Gulsan. Produk ini dari Timur Tengah. Khasiatnya? Korang boleh google yer. Ini contoh gambarnya. Harga tak mahal. Kalau botol kecil ini boleh dapat dalam harga RM15. Caranya, minum 1 sudu besar. Rasanya? Masam. Tapi saye suka :)

Google

Tuesday, September 4, 2012

Terhutang Budi


Dalam hidup ni, mustahil kalau kita tak pernah terhutang budi pada sesiapa. Owh kita bercakap pasal hal-hal realiti. Terhutang budi janji ditepati tu, kira lain la. Hehehe. Tapi, kalau ya pun kita terhutang budi, sampai bila perlu kita rasa kita ‘terhutang’? Sampai kita mati atau sampai orang yang ‘memberi’ hutang budi itu mati? Bunyi kasar, tapi bukan cuba memanaskan keadaan. Cuma terfikir sampai bila. 

Wednesday, August 29, 2012

Delete Gambar

Penat jugak delete gambar ni sebab kena check entri satu2. Adoiii esok la sambung. Bye


Selepas Raya + Gemok + Delete Gambar

Hi Semua,

Macam mana raya korang? Saye? Alhamdulillah, semuanya ok. Saye tak nangis pun tahun nie. Hahaha sebab cuba elak perasaan sedih tu. Cuma tahun ni tak ambil gambar dengan family saye. Saye balik Temerloh pun raya kedua. Masa tu orang dah ramai datang. Mana la sempat hahaha Ok stop pasal raya. Takde apa la nak cerita sangat. Raya macam biasa. Masih berdua je. Hehehe tunggu la kot next year meriah :)


Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran



Kepada semua yang masih sudi membaca blog ini, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. 
Semoga amalan-amalan kita di bulan Ramadhan, kita mampu teruskan untuk bulan-bulan akan datang. Selamat balik kampung ye. Hati-hati masa memandu. 

Untuk ladies yang menjadi co-pilot tu, sila la jadi co-pilot yang baik yer. Jangan korang tido plak yer :) Sila pastikan makanan / minuman (kalau gerak malam la) cukup dalam kereta. Pastikan cukup rehat. 

Sesiapa yang pertama kali sambut raya bersama anak, mesti seronok la nak pakai sedondon kan? Jangan lupa simpan duit raya anak tu elok-elok. Hehehe


Kita bersiaran lepas raya la yer. 

Pertama kali untuk saye tahun ni, beraya bersama keluarga mertua. Berjauhan dengan keluarga sendiri. Semoga Mama saye *eih tabah sebab saye takde nak membantu dia sebelum raya :( sob sob sob. Sedih wooo. 

Owh ya, kongsi sket route raya saye tahun ni.

Petang Raya - Raya Pertama : Shah Alam (best ke raya kat  bandar? :p) 
Raya Kedua (Pepagi Buta yer B) : Temerloh 
Raya Kelima (Khamis) (Ptg2 sket yer B) - Raya Kelapan (Ahad) : Gerak ke Penang (FIL side)

Masuk ofis 4 hari

Khamis malam - Ahad : Gerak ke Kelantan(MIL side)



Kesimpulan: Semua raya side en B kan? tak aci. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, August 9, 2012

Bantuan! - Bekas Kuih Raya


Pertama kali ni nak beli bekas kuih raya untuk rumah sendiri ni.

Korang cuba bagi cadangan sket nak beli kat mana? Makk buntu ni.

Last 2 weeks pegi Jusco tak jumpa pun yang berkenan. Tolonggggggggggggggg

Pastu ada sapa2 tau  tak macam mana nak beli bekas kuih yang dari Arcopal / Luminarc tu?



Bye.

Reen

*korang raya mana tahun nie?

Tuesday, August 7, 2012

Teringin Nak Makan


serius. teringin sungguh nak makan Doner Kebab! sedap weh. macam ku terasa plak kat tekak nih. tapi jauhhh :( sob sob sob

Doner Kebab @ Stuttgart City 

Thursday, August 2, 2012

Tart Nenas & Makmor

Maaf la. Kali ni tak buka order biskut raya di blog. 
Saye hanya communicate dengan regular customer, iaitu rakan-rakan blog sahaja. 
Memang la rezeki jangan ditolak, tapi tahun ni rasa nak fokus pada kawan-kawan terdekat sahaja. 

Terima kasih ya kepada sesiapa yang order. 


Love,

Reen 

Tuesday, July 17, 2012

Kurus


Ada orang cakap, saye perlu turunkan berat badan kalau nak pregnant.

+ve : baiklah. saye tahu saye gemok. saye akan mula diet + exercise. 
-ve : dulu (after kawen), aku kurus jugak. masih kurus. tp x preggy pun? camne tu? - makan sbb stress. tak work out sbb takut preggy. 

hakikatnya : iye. saye perlu kurus. tp kurus semata nak preggy? hermmm rasanya mcm tak terpk mcm tu. usaha dari pelbagai segi. tapi di kala saye dah tak mula fikir pasal ni, adalah lebih baik isu-isu ini tidak perlu dibangkitkan. iye, saye gemok. i gained more than 10kg kottt sejak setahun lebih yang lalu. saye terima teguran secara +ve. 

sekian. 

p/s: jangan tanya saye soalan sensitif boleh? sbb saye tak penah pun terpk nak tanya, apesal ko gemok lepas beranak? eih contoh. saye kata contoh. 


Untuk tatapan diri sendiri:



Monday, July 16, 2012

Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Tak sabarnya tunggu Ramadhan. Saye tak pernah rasa se-excited begini :) Semoga saye dan keluarga terus sihat dan dipanjangkan usia dalam meniti Ramadhan kali ini. Tahun kedua buat kami sekeluarga berpuasa tanpa Arwah Babah. Rindu dia, tapi dia ditempat yang lebih baik. Tahun lepas suami berbuka ala kadar je sebab saye masuk hospital kan. Jadi besarlah harapan untuk cuba sempurnakan makan minumnya tahun ini. Semoga saye lebih rajin bangun sahur! 

Ini saye share artikel dari Berita Harian mengenai Syarat Fidyah jika Tinggalkan Puasa. Untuk panduan saye juga. 

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.Klik sini untuk lebih lanjut.

Wednesday, July 11, 2012

Acoustic by Boyce Avenue

The best song ever.
Please listen to all his acoustic version in YouTube ok :)

He looked like Gerard Butler, isn't he?
He is Boyce Avenue. 




Love you B! No matter what. I always love you :)

Monday, July 9, 2012

Moment Effects: Irma & Redza


Tidakkah korang rasa sangat romantik dan sejuk je mata memandang?

Kredit: Moment Effects. Pls email them for best price.


Tuesday, June 26, 2012

Soalan Pertanyaan


seorang kawan datang. dia mengandung anak no 2. tiba-tiba keluarlah soalan. "kau bila lagi reen"? dijawab, "ntahlah, aku gemukkan badan je nie". dibalas semula "dari kau gemukkan badan, baik kau gemukkan perut".

aku? kalau la semudah berkata-kata.


siapa taknak kan? doakan aje la.

Tuesday, June 19, 2012

Perlu Ke?


Perlu ke kalau nak tulis ...

1. Itu = menjadi itew
2. Kalau = Lau

2 perkataan yang saye rasa annoying dan pening nak nyebut. Cam mat rempit dah rasa. Ke memang ini bahasa budak zaman muda mudi sekarang?

Erk, atau tanda-tanda saye meniti usia tua? :)


Peace!

Sunday, June 10, 2012

Sentiasa Lapar?


Mitos 1: Selalu rasa lapar. Kalau lambat makan je, mesti rasa pening-pening, terus hilang mood.

Mitos 2: Perut buncit semacam jer. Dulu pun gemok juga, tapi takde la sampai buncit begini.

Mitos 3: Kerap wee wee. Sket-sket nak pegi toilet.

Mungkin: Pregnant kah aku? \(^-^)/

Hakikatnya: TIDAK! Doktor kata, asid banyak dalam badan. Sebab tu sentiasa rasa lapar. Dan kamu ada gastrik :p Sebab tu bila makan lambat, kamu rasa pening-pening. Jadi, sila makan ON TIME ya, tapi tak perlu FULL MEAL. lol!


Sekian.

Nota Kecil: I ate a lotsss of duriansss this weekend.


p/s: Miss u B. Balik cepat yer :(


Monday, June 4, 2012

Sunday, May 27, 2012

Don’t Ignore People With Infertility – Do You See Me?

Good reading. 




When I was talking with my four pregnant friends and you came up to us and said, “Aw!  Look at all the pregnant women!”  Did you see me?
When you, my good friend who was once in my shoes, listened to me time and again talk about the pain of my infertility, yet one day said, “I think you need a support group.”  Did you see I stopped calling you for support?
When you laughed about getting pregnant with your sixth child and said, “All he had to do was look at me!”  Did you see me force a smile and wish it were really that easy?

Please continue your reading by clicking this : Joyinmyjourney 

Friday, May 25, 2012

Sepatutnya

Sepatutnya ambil gambar wedding kat sini. Hehehe




Heidelberg@2012

Ok, Bye!

Monday, May 21, 2012

Soalan: Waktu sesuai menziarah rumah

Hi

Selamat Hari Isnin.

Satu soalan:

Korang rasa, bila waktu sesuai melawat rumah kawan-kawan, sedara mara, adik beradik sendiri?
Tujuan melawat, suka-suka je.


Bai!


Friday, May 18, 2012

Berat Naik Lagi!

Tadi pegi gym. Jadi saye timbang. Jadi, berat sayeeeeee



Kini...

naik lagi 1.5 lg! Jadi???


Dear Badan,

Isnin nie kita pegi gym yer dan mula makan makanan berkhasiat hoke :(

Tuesday, May 15, 2012

Berita Baik


Eih. Bukan untuk saye. 

Hari nie semua bercerita pasal Fasha Sandha dah mengandung. Wah, rezeki2 :) Eira Syazira tu pun. Dengar kata siap lompat-lompat bagai depan doktor. Adakah saye juga akan begitu? Iye kot. Hahaha makk kan over excited bab-bab gini. 

No worries. No pressure on me dah. Akui, dulu tekanan perasaan bila tau ada orang sekeliling pregnant. Tapi sekarang, tak kisah. Tapi jujur juga, saye risau la plak bila perasaan tak kesah nie muncul. Kalau dah terlalu selesa berdua camne??? Hehehe 

Jumpa Doktor? Owh belum. Belum lagi. Kenapa ntah belum rasa nak pergi jumpa Doktor. Mungkin saye takut, ngeri? Erkkk. Rasanya masa mencemburi kami. Tak sempat (alasan!). 

Sehingga itu, kite cuba-cuba la kurangkan berat badan yer. Terapi berkesan, elakkan membaca blog2 cerita pasal pregnancy dan anak-anak. Hehehe Sampai masa, saye visit yer :) Penting untuk kurangkan tekanan. Mungkin sebab itu perasaan tak kesah ni dah timbul. 

To all mommies. Selamat Hari Kasih Sayang, Hari Ibu. Be a Great Mom ok! 


Friday, May 11, 2012

As salam Jumaat

Hari ni, hari pertama. Hehehe kite tengok la apa akan jadi sebulan dari sekarang. Hehehe apa dia? Nantilah. Terbukti berkesan nanti saye kongsi kan :) 

Ini untuk bakal pengantin. Hehehe Jadi dulu, saye pun hayam la. Nasib baikkk tak jadi mak hayam skang! Hehehe 
 



Monday, April 30, 2012

Melukis dan Memasak

Lebih teruja mahu mencuba resepi baru! 




Pineapple Pie


Applesauce Muffins



Cubalah klik di sini : theydrawandcook

Thursday, April 26, 2012

Isteri terpelajar masuk dapur? Kolotkah itu?

Hi


Sesuatu yang saye mahu kongsi dengan kalian semua. Memang bagus. Tulisan yang saye rasa memang benar dan ikhlas. Tulisan yang memberi kata-kata semangat dan motivasi untuk kita semua, terutama para wanita. 
Ini dari FB Saiful Nang. Saye paste kan sedikit, selebihnya, kalian baca di fb beliau ok :) 


Apa yang boleh saye katakan, saye memenuhi 2 kriteria itu, walaupun yang pertama itu terlewat. Ingat, sayangi perut suami anda :) 



Friday, April 20, 2012

Tak tahu tajuk apa

As salam dan Hi

Salam Jumaat. 
Ramai orang gembira bila tiba hari Jumaat. Sebab? 
1. Mungkin rasa bersyukur kerana masih bertemu dengan Jumaat, penghulu segala hari. 
2. Waktu kerja lebih pendek sebab rehat 2 jam. Yeayyy! 
3. Esok cutiii. 

Kalau tiada apa-apa, esok kami akan mula pindah barang-barang ke rumah baru. Belum panggil lori lagi. Tapi kami akan angkut guna kereta 4wheel Arwah Babah. Alhamdulillah, berguna juga untuk kami sekeluarga :) Esok juga ada kontraktor datang pasang grill dan awning. Owh, itu saye cerita di blog lain. Cuba taknak campurkan dengan blog sekarang ini. 

Tuesday, April 17, 2012

Belated Birthday

3 March 2012 

Birthday saye yang ke-2*. Umur meningkat - tanda kematangan.

Maaf la. Sebulan lewat post ini. Tapi mahu post juga sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri.
Ia susulan dari post ini. 

En Suami belanja di The Gardens, Alamanda. 
Food? Not bad. Saye suka jus kat situ. Sedap. Makanan also sedap.
I Love You B :) 

saye bahagia, sbb tu tembam 




Kawan-kawan belanja kat Chilli's, KLCC. Hampir setahun kot tak jejak KLCC nie. 
Surprise Birthday (sangat la surprisenyer) untuk saye dan Wan - Happy Birthday Wan! Yeayyy, Xora takde :p :p :p 


Thanks Ladies. Baju: Thepoplook

Kek Sedap by Bijoux


Starter - Gemokkk


Lambakan Makanan Kasi Pengsan 

Thanks a million! 



Nota: Seronok bila dapat Ladies Day Out. Rasa Bujang. Tapi kahwin juga menyeronokan. Cuma bila ada masa, ruang dan peluang bersama kawan-kawan perempuan juga best. Dah kahwin, tak semestinya tak boleh keluar kan? Yang penting suami izinkan, dan tak lupa diri yer!

Monday, April 9, 2012

ABPH: Yang Buruk Yang Cantik


Tetiba rasa macam nak jadi Puan Murai. Tengok ABPH? Mesti korang tengok kan. Jangan jadi hipokrit macam sesetengah orang "Ai tak layan Retis2 nie". Tapi dalam diam-diam, cari sumber di Google. Hehehe 

Dalam membrowse gambar retis-retis Malaysia semalam, haishhh terjumpa gambar siAdira nie. Serius, baju ko tak lawa kot. Rasa macam pakai t-shirt, tapi letak ropol-ropol. Adoiii pasti la ada akan cakap, "ala Reen, ko bukan tau fesyen". Memang tak tahu, tapi dari pandangan mata ku yang ku kira normal ini, kamu sungguh pelik adira. 

Wednesday, April 4, 2012

Melalut

Kata Ganti Nama = aku

aku pelik bila ada lelaki yang baca blog nie pastu komen-komen bajet ko bagus, pasla ko bengang pasal bini  ko juge ada blog tapi tak bagitau kat ko link beliau apa. sah2 aku cerita pasal life seorang wanita. pasal majlis kawen bagai. dan serius pelik, ko komen, pastu ko expect aku kena follow blog kau by saying "jangan lupa follow blog saye yer". dan juga ko memakai nama anonymous, dengan harapan aku akan dengar cakap ko. serius, aku tak faham ko tulis apa. cess, kalau aku rasa nak follow, aku follow. aku tak perlu ko utk naikkan rating blog. tak rugi apa2 berblogging dan sama sekali tidak rugi sesaat pun aku xbaca blog ko yang aku kira takde manfaat untuk aku. aku gembira baca blog wanita dan seumpama dengannya. aku tak macam sesetengah orang yg perlu mencipta kontroversi untuk org baca blog ini. ko perangai sama jer macam jiran sebelah rumah aku yang rambut seperti hantu kak limah itu. serius, aku rasa tak menyesal walaupun sesaat aku bina tembok tinggi kat tengah-tengah tu. ok, dah melalut. bye!

kalau korang kenal aku, tapi pls la jangan jumpa aku n cakap, eih ' tadi aku baca blog ko'. serius, ko dah baca, ko senyap-senyap je. pasla aku malu orang aku kenal baca blog aku. paling2 pun, ko tinggalkan je la komen kat blog nie. tapi aku appreciate silent reader aku yang aku pun tak faham kenapa ada orang nak baca juge sedangkan blog nie tidak banyak pun informasi berguna. hehehe tapi saye still merindui B2B dan juga ex - B2B yang seangkatannn. 




Friday, March 30, 2012

Bersyukur


Alhamdulillah. Saye bersyukur dengan segala kurnia-Nya. 
Semoga mampu bekerja dengan lebih kuat tahun depan. 
Hehehe ada la extrasss untuk tambah dapur nie :) 



Thursday, March 29, 2012

Anak Sulung Hatinya Kuat


Terbaca artikel ini dari iluvislam.com 

Setuju dengan apa yang ditulis. Saye setuju bahawa masa anak sulung dulu, mak ayah baru nak membina hidup. Baru kahwin, terus dapat anak. Masa tu tengah sibuk memikirkan bagaimana mahu cari duit lebih. Bagaimana mahu menyediakan rumah untuk isteri dan anak-anak nanti. Jadi semuanya kena ikat perut. Dan anak sulung itu lahir. Anak sulung itu kuat kerana perlu merasa susah mak dan ayah. Alhamdulillah, hati saye tidak pernah terdetik, eih kenapa mama lebihkan dia, kena babah bagi dia semua. Alhamdulillah, mama dan babah tidak membezakan kami semua. Sama rata. 

Wednesday, March 28, 2012

Awal + Scha - Gossip Artis di hari Rabu

Korang dah baca nie?


Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

kredit to : Kaki Bising 


memang bagus. tapi rasa macam, herm belum kawen dah macam2 yer. to be at home before 12 pm? herm, artis kot, kalau keje tu memang habis lewat malam, apa akan jadi? 

agreed. isteri hak suami. tapi suami juga harus praktikal, kena tengok bidang tugas isteri. 
saye lebih setuju kalau Scha tak perlu berlakon lagi :) insyallah, apa yang Awal inginkan tu, mesti dapat dipatuhi oleh Scha. Isteri pun kerja untuk membantu suami, iye tak? 

semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.


note: eih, saye bukan kata apa yg Awal syaratkan tu tak bagus, tapi in real life, you should communicate among each other dulu. takde la sentap Scha nak menjawab kat press, iye tak? 

i love my husband :) 


Thursday, March 22, 2012

Kadang - kadang

Kadang-kadang bila kita bekerja, kita terpaksa buat sesuatu yang kita tak suka.
Kadang-kadang kita terpaksa buat sesuatu yang kita rasa ia nya tidak adil untuk seseorang itu dapat lebih dari kita. Tapi end up, kita masih perlu buat kerja tersebut, sebab setiap hujung bulan kita akan diterima gaji untuk apa yang kita buat dalam bulan tu.

Pendek cerita, suka atau tidak, kita masih perlu buat.

Bukan mudah untuk menggembirakan hati semua orang.

Jadi cubalah sehabis mungkin untuk bekerja dengan ikhlas :)

Tips Travel - Makanan



As salam dan Hi

Entri pendek kali ini setelah sekian lama menyepi. Ingat entri saye yang ini? Lama nya nak sambung kan. Masa ambil gambar, memang terfikir "wah, perlu kongsi di blog ni". Tapi realiti kehidupan, sangat la malas nak mencari kabel dan transfer gambar :) Iye, dah kawen, ko akan jadi lebih pemalas nak update blog ni :p (owh, mungkin hanya jadi kat saye je). 

Setelah hampir 2 bulan baru nak kongsi Tips Travel Bajet - Bawa Makanan Sendiri. 

Untuk menjimatkan kos perjalanan (train jer dah dekat seribu RM hoke), kami membuat keputusan untuk membawa makanan sendiri. Tidak dinafikan, memang ada juga makan kat luar (makan kebab+coffee), tapi most of the time kami memang makan bekalan sendiri. Untuk saye, agak memenatkan, sebab 1 beg aje penuh makanan, dan beg itu perlu diusung ke sana ke mari (dah macam Amazing Race!). Penat juga sebab kena prepare awal-awal. Sebab kebiasannya, train kami memang awal pagi. Jadi pagi2 buta dah kena bangun. Nak menjimatkan masa, saye akan siapkan awal2 sebelum tidur. 

Wednesday, March 14, 2012

You Might Be

Jumpa ini di closed group FB.

Sharing :)

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't
mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "

Friday, March 9, 2012

Busy & Thanks!

Thanks all for the Birthday wishes. I am so busy lately, have been caught up with house works, new home (yippie!), worksss (demmit).


Have a great weekend peeps!

Saturday, March 3, 2012

Happy Birthday to Me

Alhamdulillah, hari ini 3 March 2012, genap usia saye 28 tahun! Sudah semakin tua rupanya. Bersyukur kerana saye masih berpijak di bumi Allah ini. Hari ni serius rasa macam Retisss, ramai wish Birthday kat FB. Hehehe sebab tu saye suka FB :) 

Tiada apa-apa yang menarik untuk hari lahir saye hari ni. Oleh kerana sibuk dengan rumah baru kami, jadi dari pagi sampai ke petang tadi, kami sibuk membeli barang-barang rumah. 

Apa pun tunggu je la kot ada kejutan malam nanti :)

Happy Birthday to my Kembar - Fiza. Have a blast!!! 


Nota: Hajat saye untuk hari lahir tahun ini, berharap sangat agar ada penyeri dalam hidup kami tahun ini :) 

I Love You B 

dekat tepi tasik ni la kami makan bekalan nasi goreng! hahaha serius bajet trip :)

Thursday, March 1, 2012

Home Deco 1hb - 4hb Mac 2012



Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Kebetulan baru dapat kunci rumah (yeayyy!) 2 minggu lepas, jadi memang sesuai sangat la nak pegi Home Deco nie. Saye tak pernah miss pegi expo ini, kecuali pada tahun lepas. Apa yang saye lihat, memang murah2. Especially untuk lampu. Nanti akan ada la kedai lampu yang femes2 macam Avalon tu join. So nanti ada baucer murah la. So macam jimat juga. Memandangkan bajet untuk masuk rumah baru semakin ciput (ada renovation sket), so expo-expo begini sangat membantu.

Home Deco 2012
1hb - 4hb March 2012
Stadium Shah Alam
 


*tak sabar nak buat makan-makan di rumah baru. pasal saye bercita-cita mahu masak sendiri :) 


Wednesday, February 29, 2012

Bersediakah Saye?


As salam...

Minggu lepas, saye lepak di kedai mamak di Shah Alam bersama En Suami. Serius, at 9.30 pm, saye makan nasi kandar! Kan saye dah kata, saye happy saye gemok :p Ok bukan itu ceritanya. Di hujung meja sebelah kanan saye, ada sebuah keluarga baru sampai. Mak Ayah dan 2 orang anak perempuan. Tak rasa nak cakap budak-budak tu comel, pasal perangai mereka... hermmm serius ngeri. Budak perempuan tu dah besar juga. Cakap pun dah boleh faham. So maybe adik 4 tahun & kakak 5 tahun. 

Monday, February 27, 2012

Cucuk Sanggul untuk Disewa

As salam dan Hai

Dah lama hasrat ini tertangguh, jadi sekarang saye rasa telah tiba masanya untuk saye kongsi kesukaan saye dengan korang2, terutama bakal-bakal pengantin di luar sana.

-photo removed- 

Kalau kamu semua berminat, bolehlah menyewa set cucuk sanggul saye ini. Ada 3 semuanya.
*malas nak ambil gambar cucuk sanggul je. so saye tepek gambar saye sekali.

Harga sewaan: RM50
Deposit: RM100 (akan dipulangkan selepas cucuk sanggul selamat dan masih berkeadaan baik sewaktu dipulangkan kepada saye).
Tempat mengambil: Pasaraya Carrefour, Puchong
Hubungi saye: reentartnenas@gmail.com (kalau dalam masa 2 hari saye tak reply, sila tinggalkan komen di blog saye)


Nota: Saye ada rantai dan subang panjang. Kalau rajin, saye update.


Terima kasih.

Friday, February 24, 2012

Friday, February 17, 2012

Sekali Lafaz?

Apa ada dengan Sekali Lafaz? Penting sangat ke sekali lafaz je? Kenapa perlu bangga dengan sekali lafaz?
Kalau berkali-kali lafaz, tak boleh ke? Cuba huraikan.

Bukan mahu menjadikan isu, tapi terfikir. Hermmm

Thursday, February 16, 2012

Petua Rumah Tangga Bahagia



Salam dan Hi


Tiba-tiba rasa macam nak jadi pakar motivasi plak. Hahaha Seronok baca petua-petua rumah tangga ni. 
Mula-mula tak minat sebab rasa macam, awalnya untuk saya tahu petua-petua ni. Ye lah, rumah tangga masih hijau, masih baru. Hello, belum sampai 3 tahun, masih boleh dianggap baru :) eceh!  Kalau korang nak tau, boleh jer Google k. Malas nak tepek sini. 


Cuma ada satu yang menarik perhatian saye dan rasanyer baru ajer saye melahar email bersama Xora dan Wan mengenai ini. 


Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.


Sumber: Resipiraya


Wednesday, February 15, 2012

Sebelum Ada Blog

Sebelum saye ada blog, saye suka baca blog ni. Macam mana terjumpa? Sebab saye suka Em’s Doll yang beliau lukis. Iye, she is a great artist. Kreatif! I wish I could be creative as her. Beliau ialah Emila Yusof


Untuk bakal Pengantin, Emila juga ada buat servis untuk Kad Kahwin. Jadi boleh la cuba yer. 



Ok la, tak berani nak paste gambar. Sebab semuanya copy right yer kawan-kawan. 

Wednesday, February 8, 2012

Kerana Mulut Badan Binasa


sejak akhir-akhir ini saye rasa emosi terus diganggu dan terganggu. ada bezakah 2 perkataan itu? mulut semakin lancang 'mensound' orang yang membuat hati terguris. dulu simpan je. dulu abaikan je. sekarang, mulut dan hati bagai tidak boleh ditahan-tahan untuk 'sound' je sesiapa yang berkenaan. kenapa orang bercakap tak fikir dulu? kenapa nak cakap ikut sedap mulut?


Nota Ringkas: Kepada bakal-bakal pengantin, janganlah kamu terlalu tertekan menjelang majlis perkahwinan kamu semua. Ingat! Buat apa yang termampu. Pada hari majlis nanti, kalaupun apa yang korang rancangkan tidak menjadi, tolonglah jangan meroyan pada hari kejadian kerana tiada apa lagi yang korang boleh buat, sekiranya orang suruhan kamu eihhh bukan la orang suruhan, orang yang korang minta tolong tersebut, tidak dapat merealisasikan impian kamu yang super duper marvellous tersebut. 

Thursday, February 2, 2012

Back to Real Life

Yes. As per subject above, (macam karang ayat nak buat proposal kat bos), I'm back to my normal life, which sebenarnya tak best pasal bangun awal dan kena pegi kerja. Nak duit banyak tapi tak nak usaha, boleh? 

Bila tengok balik gambar-gambar pegi bercuti ari tu, ngapa ntah rasa macam gambar tak cukup. Sedangkan memang rasa nak pengsan dah bergambar. Sampaikan nak senyum pun tak larat. Hahaha tapi tak best hoke, bila sampai-sampai ofis je orang tanya Best tak g German? Shopping apa? Pergi London tak? Ni konfem lepas nie terus pregnant! 

Ok, isu pregnant amat sensitif ok. So jangan disebut-sebut. Part pasal g London tu, depa ingat aku kaya ke??? Tak tau nie dapat pegi satu negara pun dah bersyukur abes hoke. Apa pun, memang la suka orang tanya. Tapi sebenarnya MALU GILLLERRR pasal semua orang tanya. Bak kata kawan opis ari tu "Ko kan RETIS kat opis nie Reen!" 

Retis la sangat aku nie! 


Hahaha ok la.

Bye! 


Thursday, January 19, 2012

Honeymoon - Germany

As salam Semua, 

Walaupun keseorangan di hotel ni, tetap malas nak update blog. Entah apa la sindrom melanda. Owh ya, anyway, Yes I am! Saye di Jerman kini. Tujuan? Sudah tentu bercuti!!! Sebenarnya peluang tiba-tiba datang. Berusaha gigih mencari duit yang ada untuk memastikan agar saye pun dapat ikut serta :) Eih iye, my husband ada training kat sini for 5 days

Dan alhamdulillah, selepas berkira-kira, saye juga boleh menyertai en suami! Perasaan? Of course la excited. Disebabkan dalam masa 5 hari en suami akan sibuk, so kami ambil keputusan untuk tinggal lama sket di Germany. Lebih kurang 2 minggu la kami di sini. So hari yang selebihnya, kami perlu plan route trip kami sendiri dan sudah tentu DUIT SENDIRI juga :) alang-alang dah datang kan, harus la jenjalan! 

Tuesday, January 17, 2012

We are Here!

It's so cold in here!
-3°C

Banyak gambar nak post kat fb dan blog nie, tapi my husband terlupa nak tinggalkan kabel camera nie. Adoiii. So kena tunggu dia balik dulu. Ini jer gambar dari Tab yang saye sempat ambil pagi tadi.

view from my room @ Baden-Baden

Owh ya, saye di Germany untuk 2 minggu. Perasaan? EXCITED!

eih saye tak gemok.
tudung tu jer yg ketat sgt, tu yang nampak tembam :p 

Friday, January 13, 2012

She is Gifted

Yes, she is. Proud to be Malaysian. Melihat perjalanan karier Siti Nurhaliza memang sungguh membanggakan. Despite of so many controversy, yet, she is still in her TOP position. 

Siti Nurhaliza Biography ini disiarkan di Discovery Channel. 
Klik sini untuk menonton ok :) 



Cantik kan?

Thursday, January 12, 2012

Majlis Ezlynn - Skirt ko ngape?

Sumber: Oh Bulan



Dan... aku (ok kata nama aku lebih baik), dah kenapa ko kawen nak pakai skirt gini bagai? Kenapa? Adoiiii.
Kot yer nak buat style omputeh, tak yah la pakai skirt pendek. Kate yang kawen Prince William tu pun aku nengok, labuh jer dress die.

Serius, sekali tengok dah tau, ko ikut konsep si Memey tu!


p/s: dari suka, terus tak suka

Thursday, January 5, 2012

Kucing


sweet sangat kucen tu dan gegurl tu.

sumber: CursingMalay  - boring2 baca lah blog itu :)

Sunday, January 1, 2012

1 Jan 2012

As salam

Akhirnya, tiba juga tahun baru 2012. Setahun 1 bulan juga bergelar isteri dan menantu.
2011 saye tinggalkan dengan kenangan manis dan pahit.
Manis kerana mempunyai teman baik yang insyallah akan menemani saye hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah keluarga saye suka dan menerima suami saye seadanya.

Tahun 2011 tahun yang pahit juga untuk saye. Saye kehilangan Babah tersayang.
Tak tertanggung rasa rindu. Hidup yang kosong. Tiada sesiap mampu menggantikan Babah.
Saye tidak mampu menjadi anak yang baik untuk Mama. Tak mampu nak temani Mama sepanjang masa. Harap tahun baru ini, saye mampu memberi masa yang lebih untuk Mama.

Insyallah.

14 hari lagi! Tak sabar saye untuk trip yang paling best kot buat kami berdua. Nanti dah sampai, saye postkan gambar yer. Kan dulu pernah saye katakan, saye tiada honeymoon yang dirancang. Herm, jadi trip kali ni dikira Honeymoon la.

Ok, jumpa lagi. Hehehe

Artikel lain yang best:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...